Pages

Saturday, December 31, 2011

Xishuangbanna Terpilih 12 Terbaik Destinasi Pelancongan Global


Xishuangbanna, Provinsi Yunnan China telah dipilih sebagai salah satu daripada 12 destinasi pelancongan yang terbaik di dunia oleh Travel+Leisure, majalah pelancongan Amerika Syarikat baru-baru ini.


Menurut majalah tersebut, Xishuangbanna yang didiami ramai penduduk etnik minoriti seperti puak Dai dan puak Hani, terkenal dengan Laluan Purba "Teh-Kuda" yang sesuai dikunjungi melalui berjalan kaki, pemandangan hutan tropika, kuil Buddha, kampung puak minoriti serta gajah Asia, kesemua ini menjadikan Xishuangbanna begitu mempesonakan seperti dunia kayangan.



Destinasi pelancongan yang lain dalam senarai 12 terbaik tersebut merangkumi Bahia di Brazil, Hamburg di Jerman, Toronto di Kanada, Sri Lanka dan Saint Vincent and the Grenadines.

Travel+Leisure merupakan majalah pelancongan yang paling laris jualannya di AS.



http://malay.cri.cn/601/2011/12/30/241s127066.htm

Monday, December 26, 2011

Hu Yakin Hubungan China-Jepun Bermanfaat bagi Kedamaian Asia


China dan Jepun tetap mengekalkan permuafakatan bestari bagi mengukuhkan dan mengembangkan hubungan strategik, yang bermanfaat bagi merealisasikan perkembangan bersama, juga mewujudkan kedamaian, kestabilan dan kemakmuran Asia malah sejagat.

Demikian dinyatakan oleh Presiden China , Hu Jintao ketika mengadakan pertemuan dengan Predana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda di Beijing hari ini.


Hu Jintao berkata, hubungan China dan Jepun berkembang baik sepanjang tahun ini. Tahun 2012 merupakan ulang tahun ke-40 pemulihan semula hubungan diplomatik kedua-dua negara. Kedua-dua negara akan mecapai persepakatan penting mengikut empat dokumen politik bilateral. China dan Jepun harus mengambil iktibar sejarah dan bersama-sama membuka lembaran baharu bagi hubungan strategik dengan meningkatkan kepercayaan dan memperluas kerjasama.

Yoshihiko Noda mengatakan, perkembangan pesat China merupakan peluang yang baik bagi negaranya dan seluruh dunia. Negaranya dan China akan mengambil peluang tersebut bagi mempererat kerjasama dalam bidang perdagangan, perlindungan alam sekitar, kewangan dan pelancongan pada tahun 2012.

Ketika menyebut situasi di Semenanjung Korea, Hu Jintao dan Yoshihiko Noda bersedia meningkatkan komunikasi antara satu sama lain bagi kedamaian dan kestabilan di rantau itu dan Asia Timur Laut.



http://malay.cri.cn/601/2011/12/26/241s126977.htm

Wednesday, December 21, 2011

Panda China Bertemu dengan Pelawat Britain


Sepasang panda China yang bernama "Yang Guang" dan "Tian Tian" pertama kali bertemu dengan pelawat di Zoo Einburgh semalam.


Menurut perjanjian kerjasama penyelidikan pembiakan panda China-Britain, kedua-dua panda yang dilahirkan pada tahun 2003 ini akan dipelihara di Britain selama 10 tahun. Kedua-dua mereka dihantar ke Britain pada 4 Disember lalu dan berada dalam keadaan yang amat baik sekarang ini.


Menurut Jabatan Pelancongan Scotland, kedua-dua panda ini akan menarik lebih ramai pelawat ke Zoo Einburgh. Jumlah pelawat dijangka meningkat 70% pada tahun depan.



http://malay.cri.cn/601/2011/12/17/27s126798.htm

Friday, December 16, 2011

Keanggotaan China dalam WTO Menguntungkan Dunia


Forum Peringkat Tinggi sempena Ulang Tahun Ke-10 Keanggotaan China dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) diadakan di Beijing semalam. Presiden China, Hu Jintao dalam ucapannya pada forum tersebut mengatakan, keanggotaan China dalam WTO memberikan keuntungan kepada rakyat China dan dunia.

Beliau berkata, dalam tempoh 10 tahun yang lalu, China menyediakan bantuan sebanyak RMB 170 bilion, dan mengecualikan hutang berjumlah RMB 30 bilion kepada 50 negara miskin dan negara yang paling ketinggalan. Selain itu, China turut melatih lebih 60 ribu modal insan untuk 173 negara membangun dan 13 pertubuhan antarabangsa serantau.

Peserta forum turut memuji sumbangan China kepada WTO.


Setiausaha Agung Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB, Supachai Panitchpakdi berkata, Keanggotaan China dalam WTO memberikan perubahan kepada China, dunia dan sistem perdagangan pelbagai hala. China mempunyai banyak pengalaman berkaitan masalah yang dihadapi oleh negara membangun yang lain.


Timbalan Pengarah Urusan IMF, Shinohara Naoyuki turut berkata, keanggotaan China dalam WTO menguntungkan banyak pihak termasuk syarikat asing yang memindahkan kilang pembuatan ke China.

Timbalan Presiden Bank Dunia, Otaviano Canuto meramalkan ekonomi China akan terus berkembang pesat, dan menjadi entiti ekonomi yang terbesar di dunia pada tahun 2030.



http://malay.cri.cn/601/2011/12/12/242s126673.htm

Sunday, December 11, 2011

China Berjaya Kawal Penyakit AIDS

Bilangan penghidap AIDS di China semakin terkawal. Jumlah penghidap HIV dan pesakit AIDS di negara ini merupakan 2% daripada jumlah global, iaitu tahap yang rendah. Demikian dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Chen Zhu.

Kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak RMB2.2 bilion untuk kempen pencegahan dan rawatan AIDS pada tahun ini. Di samping itu, kerajaan tempatan juga menambah peruntukan bagi usaha yang sama.

Chen Zhu berkata, dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-12 (2011-2015), China akan berusaha untuk mengawal bilangan penghidap HIV dan pesakit AIDS di bawah 1.2 juta orang menjelang 2015. Langkah pencegahan dan kempen mengurangkan diskriminasi, memperbaiki kualiti hidup penghidap dan pesakit AIDS juga dilaksanakan.




http://malay.cri.cn/601/2011/12/01/61s126440.htm

Monday, December 5, 2011

Pencapaian Tamadun Islam di China

Islam mempunyai warisan yang kaya di China. Islam mula sampai di China dari negara-negara Arab pada zaman Dinasti Tang iaitu dalam tahun 651 Masihi. Walaupun umat Islam terbahagi kepada dua puak yang besar, iaitu puak Sunnah dan Syiah, namun, umat Islam di China kebanyakannya tergolong dalam puak Syiah. Setelah tersebar sekian lama dan mengalami perkembangan dan perubahan dalam suatu jangka masa yang panjang, Islam yang bercirikan China telah terbentuk. Melaluinya wujudlah jambatan yang menghubungkan ekonomi, budaya dan persahabatan antara China dengan negara-negara Arab. Penyebaran agama Islam yang paling luas dalam sejarah China telah berlangsung pada zaman Dinasti Tang (tahun 618 hingga 907), Dinasti Song (tahun 960 hingga 1279) dan Dinasti Yuan (tahun 1271 hingga 1368). Sehingga zaman Dinasti Ming (tahun 1368 hingga 1644), 10 etnik minoriti China telah menganut beragama Islam, iaitu etnik Uygur, etnik Hui, etnik Kazak, etnik Tajik, etnik Uzbek, etnik Kirgiz, etnik Tatar, etnik Salar, etnik Dongxiang dan etnik Bonan. Agama Islam memberikan pengaruh yang besar kepada etnik-etnik tersebut, khususnya dalam bidang sejarah, budaya, etika, moral, gaya hidup dan adat resam. Pertembungan Islam dan budaya tradisi China telah menambah kandungan khazanah yang amat berharga kepada budaya dan sejarah China.


Persatuan Islam China ditubuhkan di Beijing pada tahun 1953. Persatuan ini merupakan pertubuhan kebangsaan yang berfungsi untuk memastikan pelaksanaan dasar bebas beragama kerajaan dipatuhi, memupuk semangat patriotik di kalangan umat Islam, menyebarkan ajaran dan amalan agama Islam, melindungi hak dan kepentingan umat Islam yang sah, mengukuhkan perpaduan bangsa, dan mengekalkan kestabilan sosial, penyatuan negara dan kedamaian dunia. Namun, dalam tempoh Revolusi Kebudayaan yang dimulakan pada tahun 1966, semua aktiviti keagamaan terpaksa dihentikan, masjid-masjid di merata tempat juga menghadapi ancaman yang teruk. Setelah Revolusi Kebudayaan berakhir pada tahun 1976, kerajaan China bukan sahaja menyusun semula dasar yang berkaitan dengan isu-isu etnik minoriti dan keagamaan, malah menjalankan semula dasar bebas beragama untuk menggalakkan perkembangan pelbagai agama.

Thursday, December 1, 2011

TRIP KE 6 - GUANGZHOU 25 - 29 FEB 2012

25-FEB Day One
02:25 pm: Check In at LCCT
04:25 pm: Flight to Guangzhou
08:20 pm: Arrive at Guangzhou Baiyun International Airport
09:30 pm: Dinner
11:00 pm: Check in Hotel

26-FEB Day Two
Breakfast
Visit Makam Saad Abi Waqas
Visit Muslim Product
Lunch
Visit Fuli Wholesale Merket (pusat jualan borong pakaian)
Dinner
Visit Beijing Lu (pusat membeli belah paling popular di Guangzhou)
Back to Hotel / Rest

27-FEB Day Three
Breakfast
Visit Masjid Huaisheng
Visit Leather and bag at San Yuan Li
Lunch
Visit Cristal Centre (Pusat Jualan Kristal)
Dinner
Pearl River Boat Ride
Back to Hotel / Rest

28-FEB Day Four
Breakfast
Visit Visit Textiles and Silk at Zhong Da
Lunch
Visit Digital / Electronic centre at HaiYin
Dinner
Visit Shang Xia Jiu Lu (night shopping street)
Back to Hotel / Rest

29-FEB Day Five
Breakfast
12:00 pm: Check Out Hotel
Visit One link International Toys and Gift Centre
Lunch
Visit Nan Tien (barangan dapur/cadar/peralatan rumah)
06:00 pm: Moves to Airport
07:05 pm: Check In at Baiyun International Airport
09:05 pm: Flight to Kuala Lumpur
01:10 am: (1-MAC) Arrive at LCCT Airport

Untuk tempahan, sila SMS
1. Nama
2. No Kad Pengenalan
3. No Pasport
4 .Tarikh Luput Passport

HARGA TERMASUK:
- Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang
- Pengangkutan dengan kenderaan berhawa dingin
- Tipping kepada pemandu pelancong
- Makan 3 x sehari (MUSLIM MEALS)
- Lawatan sebagaimana dalam aturcara

HARGA TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan pergi balik
- Pengurusan Visa
- Kegunaan peribadi seperti panggilan telefon, dobi dan sebagainya
- Lawatan selain dari aturcara
- Lebihan timbangan bagasi

UNTUK PENGESAHAN TEMPAHAN sila masukkan RM 900 sebelum @ pada 20 DISEMBER 2011 seorang ke bank CIMB nama MUHD NAQIEUDDIN BIN NASARUDDIN no akaun 01080033399520 & baki RM 900 perlu di jelaskan sebelum @ pada 14 JANUARI 2012

*** PENTING!!! sila SMS nama, tarikh dan masa bank in

KEPERLUAN UTAMA:
- Passport Antarabangsa (tamat tempoh tidak kurang daripada 6 bulan dari tarikh lawatan)

Monday, November 28, 2011

China Berusaha Majukan Xinjiang


Anggota Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Zhou Yongkang berkata, pihaknya akan berusaha mengembangkang ekonomi dan memelihara keamanan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang.

Menurutnya, pertumbuhan ekonomi di Xinjiang amat pesat pada tahun ini dan taraf hidup penduduknya juga meningkat secara ketara. Selain itu, usaha kerajaan tempatan dalam melonjakkan tahap keselesaan perumahan dan tahap kemajuan pendidikan juga terbukti berhasil. Penduduk dari pelbagai kumpulan etnik hidup secara damai.


Tambah beliau, pihak berkuasa akan melaksanakan beberapa projek dalam bidang sumber tenaga, lalu lintas dan pengairan pada tahun hadapan untuk meningkatkan lagi taraf hidup penduduk di wilayah tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2011/11/26/41s126255.htm

Wednesday, November 23, 2011

15 Sijil Paten Iktiraf Teknologi Percantuman Angkasa


Berikutan kejayaan misi percantuman kapal angkasa Shenzhou-8 dengan modul eksperimen Tiangong-1, menghasilkan 15 sijil paten dianugerahkan kepada Akademi Teknologi Aeronautik Shanghai, yang membangunkan tekonologi percantuman tersebut.

Sijil itu dikeluarkan oleh Jabatan Harta Intelek Kebangsaan China (SIPO) dan kerajaan Shanghai semalam.

Difahamkan, paten tersebut merangkumi peralatan perantuman dan platform uji penimbal percantuman angkasa.

Pengarah Institut 805 Akademi Tekonologi Aeronautik Shanghai, Gao Songtao berkata, penyelidikan mengenai mekanisme percantuman mengambil masa 17 tahun. Para saintis berusaha menjalankan kajian terperinci dan melakukan inovasi teknologi yang intensif bagi memastikan kejayaan misi percantuman kali ini.

Kejayaan itu juga mencerminkan kehebatan China dalam teknologi percantuman angkasa.



http://malay.cri.cn/601/2011/11/23/241s126181.htm

Friday, November 18, 2011

Kapal Angkasa Shenzhou-8 Selamat Pulang ke Bumi


Kapsul kapal angkasa Shenzhou-8 selamat mendarat di Mongolia Dalam di utara China selepas berjaya menyelesaikan misi percantuman dengan modul eksperimen Tiangong-1.

Kejayaan tersebut sekali gus membuka lembaran baharu dalam sejarah pembangunan areoangkasa China.


Kapal angkasa Shenzhou-8 dilancarkan dengan roket pembawa "Long March II" di Pusat Pelancaran Jiuquan, Gansu pada 1 November lalu.

Kapal angkasa itu berjaya bercantum dengan modul pertama makmal angkasa China sendiri, Tiangong-1 sebanyak dua kali. Kejayaan itu menandakan misi percantuman selama 49 hari di angkasa lepas selesai dan sekali gus membuka laluan bagi China membina stesen angkasa lepas sekitar 2020.



http://malay.cri.cn/601/2011/11/18/121s126024.htm

Friday, November 11, 2011

China Jamin Kebebasan Beragama

Kerancakan pertumbuhan ekonomi dan kegiatan perdagangan di Bahagian Timur, China telah memperluaskan penyebaran Islam dari bahagian barat ke kawasan pertumbuhan baru. Kini bilangan umat Islam di Bahagian Timur termasuk di Shenzhen telah meningkat pesat.

Menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Islam China, Yang Zhibo, pembukaan kawasan baru di bahagian timur telah mencetus penghijrahan pekerja-pekerja imigran dari Asia Barat.

Menurutnya, dua buah masjid baharu dibina di Yiwu dan Shenzhen yang boleh menampung antara 7 ribu hingga 8 ribu jemaah. Itu menunjukkan pertambahan penduduk Islam terutamanya dari kaum etnik Uygur dan Hui yang sebelum ini hanya tertumpu kepada Wilayah Xinjiang dan Ningxia.

Yang Zhibo berkata, perkembangan pesat masyarakat Islam di China adalah hasil dasar terbuka dan jaminan kerajaan China kepada rakyatnya untuk bebas mengamalkan agama masing-masing termasuk agama Islam. Malah menurutnya, institusi Islam termasuk masjid boleh dibina di mana-mana dengan syarat mengikut prosedur kerajaan tempatan. Sejak 30 tahun lalu, agama Islam berkembang pesat di China. Lebih 35 ribu masjid dibina di seluruh negara dengan 45 ribu imam dilantik oleh pihak berkuasa agama Islam China. Terdapat lebih 23 juta penduduk Islam di seluruh negara.

Yang Zhibo memberitahu para wartawan dari Malaysia dan Indonesia yang tiba di Beijing untuk meneruskan fasa terakhir program Kembara Muslim China 2011. Progaram anjuran CRI ini telah menjelajah kehidupan masyarakat Uygur di Kashgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dan di Yinchuan, Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia.

Tegasnya, walaupun angka pertambahan penduduk Islam tidak diperolehi, namun daripada pembinaan masjid dan institusi agama di China bertambah 5 ribu lagi sejak 10 tahun lalu. Ketika ini, bilangan masjid di China sudah dapat menampung bilangan penduduk Islam.

Yang Zhibo berkata, peningkatan itu jauh lebih tinggi daripada negara Arab Saudi. Bagi menjamin kebebasan beragama, kerajaan China juga mempunyai undang-undang untuk menghukum sesiapa yang menyekat kebebasan beragama oleh kaum etnik minoriti. Ini termasuk dijatuhi penjara antara 3 hingga 5 tahun.



http://malay.cri.cn/681/2011/11/09/181s125721.htm

Monday, November 7, 2011

Umat Islam China Sambut Hari Korban


Umat Islam China mengadakan pelbagai program untuk menyambut Hari Korban.


Pada 6 November, Persatuan Islam China mengadakan majlis jamuan makan malam untuk menyambut hari kebesaran tersebut. Presidennya, Haji Sabarudin Chen Guangyuan, ketika berucap pada majlis tersebut berjanji akan memimpin semua umat Islam untuk memberi sumbangan yang wajar kepada pembangunan sosioekonomi negara.



Sehari sebelumnya, temu mesra untuk menyambut hari kebesaran itu telah diadakan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Pemimpin wilayah itu menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada umat Islam dari pelbagai etnik minoriti.

Di Beijing pula, kira-kira 400 orang umat Islam dari lebih 10 etnik minoriti yang berhijrah dari Xinjiang juga mengadakan persembahan malam gembira untuk menyambut perayaan itu.




http://malay.cri.cn/601/2011/11/07/121s125661.htm

Thursday, November 3, 2011

The World's Most Powerful People, 2011


Name: Hu Jintao
Rank: 3
Age: 68
Title: President, People's Republic of China
Residence: Beijing, China

Hu currently holds all 3 offices required to be considered China's Paramount Leader: Communist Party General Secretary, President and Commander in Chief. But as part of a well-orchestrated succession plan, he will gradually give up his titles over the next few years, starting with the most important one — General Secretary — next year. His presumed successor, Xi Jinping, will assume the presidency a year later.

2011 Lowlight: In a rare display of independence, Chinese media exposed government cover-up of a deadly bullet train crash in July.



http://finance.yahoo.com/career-work/article/113736/worlds-most-powerful-people-forbes;_ylt=AoUTC5gwEOg1IkvjuZxvah4z0tIF;_ylu=X3oDMTBzbjB1NGhqBHBvcwMxBHNlYwNhcnRpY2xlRmluYWwEc2xrAzI-

Tuesday, November 1, 2011

LRT Binaan CRCC di Mekah Akan Beroperasi

Transit Aliran Ringan (LRT) yang dibina oleh Syarikat Pembinaan Landasan Kereta Api China Berhad (CRCC) akan mula beroperasi pada 3 November dan berkhidmat dalam sepanjang lima hari bagi jemaah haji menunaikan fardu haji di Mekah nanti.


Pengerusi Jawatankuasa Fardu Haji Pusat Arab Saudi yang juga Gabenor Provinsi Mekah, Putera Khaled Ballam telah membuat tinjauan ke tapak pembinaan landasan LRT tersebut semalam.



Rangkaian LRT di Mekah mula dibina pada tahun 2008. Dijangka, kira-kira 3 juta penumpang akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan itu dalam tempoh lima hari.


Pada masa itu, kebanyakan bakal haji yang ulang alik antara tempat-tempat suci untuk menunaikan fardu haji akan memilih menaiki LRT yang baru siap ini dan kesesakan lalu lintas pada masa puncak dijangka akan berkurangan.


http://malay.cri.cn/601/2011/10/30/241s125400.htm

Friday, October 28, 2011

Kapal Angkasa Lepas Shenzhou VIII akan Dilancarkan


Roket pembawa Long March II F yang membawa kapal angkasa lepas Shenzhou VIII akan dilancarkan pada awal bulan November di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan China.



Kapal angkasa yang membawa angkasawan itu akan menjalankan misi untuk bercantum dengan kapal angkasa Tiangong I yang sedang mengelilingi orbitnya.





http://malay.cri.cn/601/2011/10/26/41s125307.htm

Friday, October 14, 2011

China Utamakan Dasar Keseimbangan Dagangan


Perdana Menteri China, Wen Jiabao menegaskan bahawa China sentiasa mengutamakan dasar untuk mendorong keseimbangan perdagangan. China tidak semata-mata mengejar lebihan dagangan sebaliknya turut menekankan keperluan mengimport. Negara itu meramalkan lebihan dagangannya berkurangan 3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini.

Wen Jiabao menyatakan demikian ketika merasmikan Ekspo Import dan Eksport China ke-110 hari ini.


Beliau berkata, perdagangan import dan eksport China sedang berkembang ke arah yang lebih seimbang. Lebihan dagangan pada tahun 2009 berkurangan sebanyak USD 100 bilion dolar Amerika berbanding pada tahun 2008. Pada tahun lepas, ia berkurangan sebanyak USD 12.6 bilion dolar..

Menurut Wen Jiabao, dijangkakan keseluruhan import China akan melebihi 8 trilion dolar dalam lima tahun akan datang. Ini akan memberikan banyak peluang perniagaan kepada negara lain. China bersedia meningkatkan kerjasama dengan negara asal lebihan perdagangan berkenaan untuk menyelesaikan ketidakseimbangan itu.

Sementara itu, China juga berharap negara berkenaan mengiktiraf kedudukan pasaran ekonomi China secepat mungkin, melonggarkan sekatan eksport produk berteknologi tinggi bagi mewujudkan iklim keseimbangan dalam pembangunan dagangan dua hala.



http://malay.cri.cn/601/2011/10/14/123s125032.htm

Tuesday, October 11, 2011

Majlis Rasmi Rai Ulang Tahun Ke-100 Revolusi 1911


Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-100 Revolusi 1911 diadakan di Dewan Agung Rakyat Beijing pagi tadi.

Presiden Hu Jintao menyampaian ucapan dalam majlis tersebut. Pegawai-pegawai kanan yang turut hadir ialah Jiang Zeming, Wu Bangguo, Wen Jiabao, Jia Qinglin, Li Changchun, Xi Jinping, Li Keqiang, He Guoqing dan Zhou Yongkang.

Hu Jintao berkata, Parti Komunis China merupakan penyokong yang paling kuat kepada pelopor Sun Yat Sen, dan juga pewaris yang paling setia dalam meneruskan cita-cita revolusi 1911 dengan kerjasama yang jitu.


Selepas penubuhan Republik Rakyat China dan amalan dasar pembaharuan serta pintu terbuka, pembangunan negara mencapai hasil yang cemerlang. Cita-cita Sun Yat-sen dan para perintis revolusi turut diperkembangkan.

Hu Jintao menyeru Taiwan untuk bersama-sama dengan Tanah Besar mengutamakan pembangunan damai dalam hubungan kedua-dua pihak. Mereka juga diminta menentang sebarang usaha untuk "kemerdekaan Taiwan" dan mengekalkan "Kesepakatan 1992". Pertukaran dan kerjasama sesama bangsa di kedua-dua Selat Taiwan perlu diperluaskan. Kedua-dua pihak perlu mengatasi masalah dan konfrontasi yang mendepani serta berusaha bersama untuk mewujudkan kebangkitan semula bangsa China.

Majlis sambutan tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Mesyuarat Politik Rakyat Kebangsaan, Jia Qinglin.

Pada tahun 1911, para perintis revolusi China yang diwakili oleh Sun Yat-sen melancarkan revolusi yang menggulingkan pentadbiran Dinasti Qing, menghancurkan monarki autokratik yang telah dilaksanakan selama ribuan tahun dan berjaya membuka pintu untuk negara ini berkembang menuju arah kemajuan.



http://malay.cri.cn/601/2011/10/09/102s124782.htm

Sunday, October 9, 2011

Kumpulan Pertama Jemaah Haji China Bertolak


Dua penerbangan carter yang membawa kumpulan pertama seramai 664 orang jemaah haji China tahun 2011 telah berlepas dari Beijing ke Arab Saudi semalam.

Sepanjang musim haji tahun ini, sebanyak 41 penerbangan carter dari tiga syarikat penerbangan, iaitu Air China, China Southern dan China Eastern akan menghantar lebih 13,700 jemaah haji China ke Arab Saudi.

Rombongan jemaah haji China dijadualkan pulang ke tanah air setelah menunaikan fardu haji di Mekah pada 5 hingga 9 November nanti.

Friday, October 7, 2011

ASIA bakal kuasai teknologi

BIMBANG...kemunculan China serta negara Asia sebagai pesaing dalam bidang penyelidikan menggusarkan ramai saintis dari negara Eropah sekali gus memberi tamparan hebat kepada mereka.

JIKA dulu, hanya Amerika Syarikat ( AS), Jepun dan negara Eropah saja boleh mendabik dada dan mengakui kehebatan mempelopori bidang penyelidikan dunia, kini mereka terpaksa mengakui persaingan hebat dari China.

Persaingan itu membabitkan peningkatan mendadak dalam penghasilan produk penyelidikan di institusi pengajian tinggi selain bantuan dan dana kewangan yang mencurah dari syarikat korporat.

BERPUSU-PUSU...peningkatan bidang penyelidikan, pembangunan dan teknologi turut menyumbang kepada penawaran pekerjaan kepada rakyat China sekali gus meningkatkan lagi taraf sosio ekonomi.


Ini sekali gus menggugat kedudukan negara berkenaan yang selama ini memegang carta teratas dalam hasil penyelidikan dan komersil.

Lebih parah, kualiti produk sedia ada tidak lagi menjadi keutamaan sebaliknya ‘perlumbaan’ dan ‘percakaran’ siapa terbaik di kalangan yang terbaik.


Berdasarkan Kajian Sains Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada Hari Sains Sedunia di Paris, November tahun lalu, mendapati pembabitan China sebagai kuasa baru dalam dunia penyelidikan sangat pantas dan mengagumkan.

Peningkatan itu berdasarkan beberapa faktor seperti kepercayaan sektor korporat dan industri dalam memberi dana sebagai pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Secara tidak langsung turut memberi kesan positif terhadap pembangunan sains dan teknologi.
BERI CABARAN...penyelidikan dan pembangunan di India juga berjaya mempertingkatkan lagi penggunaan teknologi di negara terbabit hingga memberi cabaran kepada negara sudah terkenal.

“Ini satu fenomena mengagumkan kerana jika berdasarkan sejarahnya, China dianggap masih baru dalam dunia penyelidikan dan pembangunan berbanding tiga negara berkenaan yang sudah jauh mendahului.

“Namun sokongan dan keberanian sektor industri melabur bagi membantu meningkatkan taraf penyelidikan di negara itu menjadikannya sebagai pesaing kompetitif, dinamik serta mampu menggugat.

“Perkembangan ini menunjukkan kehendak mereka begitu tinggi dalam menghasilkan pembangunan dan kemajuan jangka panjang serta wajar diberi pujian.

“Pada masa sama menjadi ‘amaran’ kepada negara lain supaya terus berusaha,” kata Pengarah Urusan Unesco, Irina Bokova.

Kajian itu dilaksanakan kumpulan pakar antarabangsa yang menjalankan penyelidikan semasa dalam pembudayaan sains dan teknologi berdasarkan perubahan kualiti serta kuantiti secara global.

Setiap bahagian dibahagikan kepada kawasan tertentu dengan ciri berbeza termasuk penekanan terhadap negara berpotensi tinggi dalam R&D seperti Brazil, Kanada, Cuba dan Turki.
OPTIMIS...sokongan dari pelabur memberi harapan baru kepada penyelidik di China hingga mampu melonjakkan lagi bidang penyelidikan.

Selain hasil penyelidikan, ia turut memberi fokus kepada peningkatan penyelidik
di negara membangun yang amat memberangsangkan iaitu 38 peratus pada 2007 dengan sebahagian besarnya dari China iaitu 1,423,400.

Peningkatan itu sekali gus membantu melonjakkan lagi perbelanjaan domestik Asia dalam R&D dan meletakkannya sebagai antara pesaing besar penyelidikan dunia.

Selain kemampuan China, India dan Korea Selatan turut menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan peningkatan antara 27 hingga 32 peratus dalam tempoh hanya lima tahun.

Malangnya, dalam tempoh itu menunjukkan penurunan bagi AS, negara Eropah dan Jepun sekali gus membuktikan mereka sebenarnya perlu berusaha lebih keras bagi memperoleh kembali keyakinan serta kepercayaan pihak pelabur yang kini mengalih tumpuan kepada Asia.

“Situasi ini sangat memeranjatkan kerana sejak lama mendominasi carta, mereka kini semakin diketepikan meskipun dari segi kepakaran adalah yang terbaik. Perkembangan ini juga sukar ditafsir dan dijangka.

“Tumpuan pelabur kini adalah ke negara yang menunjukkan lebih kesungguhan untuk mempelopori dunia penyelidikan baru. Meskipun hasilnya masih belum terbukti sepenuhnya, mereka tetap berkeyakinan.

“Ini juga satu cabaran baru kepada negara berkenaan untuk meyakinkan pengeluar dana bahawa apa yang diberikan tidak sia-sia sebaliknya mampu memberi pulangan setimpal atau lebih tinggi,” katanya turut mengakui kos rendah juga antara faktor pelabur beralih arah.

“Tukaran kadar wang asing yang tidak menentu juga antara sebab mengapa mereka mahu mencuba di negara baru kerana risikonya lebih rendah. Dalam hal ini, negara Asia mempunyai banyak kelebihan.
LURU KE ANGKASA...pelancaran roket membawa modul Tiangong-1 membuktikan kemampuan China. Ia sebahagian rancangan membina stesen angkasa lepas.


“Apatah lagi dengan pembangunan pesat sektor pendidikan yang kini menjadikan Asia sebagai transit terbaru masyarakat seluruh dunia, meninggikan lagi peluang sedia ada. Banyak kelebihan diperoleh dan ia dimanfaatkan dengan baik hingga menjadikannya sebagai hab pendidikan global,” katanya.

Meskipun andaian ia mampu menimbulkan konflik, perkembangan itu seharusnya dilihat dari sudut positif kerana mampu menyumbang kepada peningkatan penghasilan produk yang boleh dikomersialkan dari dunia penyelidikan.

Manfaat itu, katanya, lebih berharga daripada sebarang pertikaian atau sikap mendabik dada kerana keutamaan adalah menjadikan kejayaan penyelidikan itu sebagai batu loncatan menghasilkan kehidupan lebih baik.

“Selain meningkatkan lagi taraf dan penemuan baru bagi manfaat kehidupan sejagat. Jika menjadikan konflik itu sebagai agenda utama, nilai penyelidikan itu tiada gunanya meskipun mampu menghasil�kan penemuan menakjubkan atau keuntungan berlipat ganda.

“Alasan mengapa penyelidikan itu dilakukan perlu diletakkan di tangga teratas supaya salah faham atau konflik yang timbul boleh diperbetulkan. Malangnya, ketaksuban terhadap siapa paling handal mengaburi segalanya.” katanya.

INFO


  • Pada 2002, sebanyak 83 peratus kajian penyelidikan dan pembangunan disumbangkan negara membangun.

  • Selain Asia, antara negara yang semakin menunjukkan peningkatan atau sekurang-kurangnya masih mampu menarik perhatian pelabur ialah Jerman, Perancis dan United Kingdom.

  • Eropah, AS dan China menyumbang 20 peratus penyelidik di seluruh dunia manakala Jepun 10 peratus dan Kesatuan Russia tujuh peratus.




  • http://www.hmetro.com.my/articles/Asiabakalkuasaiteknologi/Article

    Wednesday, October 5, 2011

    Orang Shanghai Berebut-rebut Beli Emas

    Harga emas yang turun menjunam telah merangsang pembelian barang emas di Shanghai sempena cuti panjang Hari Kebangsaan yang juga dipanggil "Minggu Emas".


    Menurut Pusat Maklumat Komersial Shanghai, dalam tempoh tiga hari pertama sahaja sempena cuti Hari Kebangsaan China, lebih 60 buah pusat beli-belah di Shanghai telah mencatat jualan barang emas sebanyak 1.035 bilion Yuan RMB, meningkat lebih 40% berbanding masa yang sama tahun lalu.



    http://malay.cri.cn/601/2011/10/05/122s124727.htm

    Monday, October 3, 2011

    Hari Kebangsaan Disambut Meriah di China


    Upacara meletakkan kalung bunga kepada Tugu Peringatan Pahlawan di Medan Tian'anmen Beijing diadakan sempena ulang tahun ke-62 penubuhan Republik Rakyat China semalam. Upacara itu turut dihadiri oleh pemimpin China antara lain Presiden Hu Jintao, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC), Wu Bangguo dan Perdana Menteri Wen Jiabao.


    Aktiviti merayakan Hari Kebangsaan juga diadakan di pelbagai tempat di China. Ini termasuk persembahan tarian dan seni mempertahankan diri yang diadakan di Xi'an, sebuah bandar yang bersejarah di negara ini. 


    Dalam jamuan Hari Kebangsaan yang diadakan di Beijing pada 30 September lalu, Perdana Menteri China, Wen Jiabao berkata, tahun ini ialah ulang tahun ke-90 penubuhan Parti Komunis China dan juga tahun pertama bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Ke-12. China komited untuk merealisasikan kemodenan negara di samping mengekalkan jalan pembangunan secara damai. Selain itu, China juga akan terus berusaha bersama rakyat pelbagai negara untuk memberi sumbangan kepada kedamaian dan kemakmuran dunia.



    http://malay.cri.cn/601/2011/10/02/21s124656.htm

    Saturday, October 1, 2011

    theme song THE SORCERER & THE WHITESNAKE

    林峰&黄圣依新歌《许诺》完整版,电影《白蛇传说》主题曲
    lagu tema daripada Raymond Lam & Eva Huang "YANG DIJANJIKAN" versi penuh filem "Ahli Sihir & Ular Putih"







      

    Monday, September 26, 2011

    China Pelawa Usahawan dari Negara Islam Melabur

    China mempelawa lebih banyak syarikat swasta dari negara Islam melabur dan menjalinkan usahasama dengan syarikat tempatan di kawasan barat China.

    Demikinan dinyatakan oleh Naib Menteri Perdagangan China, Jiang zengwei dalam Sidang Kemuncak Usahawan Muslim Antarabangsa China Tahun 2011 di Yinchuan, Ningxia hari ini.

    Beliau berkata, prospek kerjasama China dengan negara Islam dalam bidang ekonomi dan perdagangan amat cerah.

    China tetap melaksanakan dasar pintu terbukanya untuk menarik minat lebih banyak sektor korporat dari negara-negara Islam melabur di kawasan barat China dan Ningxia.

    Jiang zengwei berkata, jumlah perdagangan China dengan dunia Arab telah mencatat USD 140 bilion pada tahun 2010. Selain bidang kemudahan asas, kewangan dan pelancongan, ahli perniagaan dari negara Islam disaran memperluaskan kerjasamanya dengan China dalam bidang perkhidmatan di luar negara. Selain itu penerokaan juga berpotensi dalam sektor gunatenaga, , perlindungan alam sekitar, sumber yang mesra alam dan industri kreatif pada masa depan.



    http://malay.cri.cn/601/2011/09/20/241s124356.htm

    Friday, September 23, 2011

    57 Terkorban dalam Banjir di Sichuan, Shaanxi dan Henan


    Menurut maklumat terbaru, Kementerian Hal Ehwal Awam China, banjir yang melanda di Provinsi Shaanxi, Sichuan dan Henan menyebabkan 57 terkorban manakala lebih 10 juta rakyat menderita. Banjir dan tanah runtuh yang berlaku sejak awal bulan ini akibat hujan lebat yang berterusan.


    Berikutan dengan keadaan yang di luar jangkaan itu, pihak berkuasa China melancarkan operasi kecemasan.


    Pasukan mencari dan menyelamat sudah dikerah ke kawasan tersebut. Selain itu, mereka akan menggunakan satelit kawalan jauh untuk memantau keadaan dan mengambil langkah menangani keadaan di kawasan tersebut.









    http://malay.cri.cn/601/2011/09/20/241s124349.htm

    Monday, September 19, 2011

    Satelit " Zhongxing 1-A" China Berjaya Dilancar


    China berjaya melancarkan satelit komunikasi baharunya, Zhongxing 1-A" dari Pusat Pelancaran Xichang, Provinsi Sichuan pada pukul 12.33 pagi tadi.

    Satelit itu menggunakan roket pembawa "No.3 B Long March" menuju ke arah orbit yang ditetapkan.


    Satelit "1-A Zhongxin" dimiliki oleh Perbadanan Satelit dan Telekomunikasi China.


    Ia hasil ciptaan Akademi Teknologi Angkasa China di bawah Perbadanan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China. Satelit tersebut akan menyediakan perkhidmatan yang lebih bermutu tinggi dalam telekomunikasi dan penyiaran, termasuk perkhidmatan audio visual dan data.


    http://malay.cri.cn/601/2011/09/19/241s124284.htm