Pages

Wednesday, September 30, 2015

Ucapan Presiden Xi pada Upacara Menyambut Kunjungannya



Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan pada upacara menyambut kunjungannya yang dilancarkan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama di Rumah Putih, Washington semalam.

Xi berkata, China dan AS adalah negara yang gemilang, manakala rakyat kedua-dua negara pula cemerlang. Sejak terjalinnya hubungan diplomatik 36 tahun lalu, meskipun mengalami jatuh bangun, tetapi hubungan antara kedua-dua pihak telah menyaksikan kemajuan yang signifikan.

Keputusan strategik mengenai pembinaan hubungan kuasa besar model baharu China-AS diluluskan bersama oleh Presiden Xi dan Presiden Obama semasa pertemuan mereka di Annenberg Estate di California pada 2013. Sejak itulah, kemajuan yang amat besar sudahpun disaksikan dalam kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang.


Xi berpendapat, hubungan China-AS pada masa ini harus sejajar dengan situasi semasa. Objek lawatan beliau adalah untuk keamanan dan kerjasama. China bersedia bersama-sama dengan AS untuk menggalakkan perkembangan hubungan dua hala dan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, bahkan seluruh dunia.

Xi dalam ucapannya menyusul beberapa cara untuk memperkukuh hubungan antara kedua-dua pihak, antaranya mengambil langkah untuk menjamin hubungan berkenaan mara di landasan yang betul, sihat dan stabil; meningkatkan komunikasi strategik berdasarkan rasa saling mempercayai, menghormati kepentingan dan perhatian masing-masing, mengetepikan perselisihan; mendukung konsep kerjasama yang saling menguntungkan, melebarkan bidang kerjasama; merapatkan hubungan persahabatan di kalangan rakyat dan menggalakkan masyarakat kedua-dua negara maju secara selaluan; serta meningkatkan penyelarasan dalam isu-isu utama antarabangsa dan rantau, bersama-sama menghadapi cabaran global.


Presiden itu beranggapan, hubungan China-AS kini sedang berada pada satu permulaan yang serba baharu. Kerjasama yang bersifat saling menguntungkan adalah satu-satunya pilihan yang tepat dalam pengembangan hubungan kedua-dua negara. Beliau berharap agar kerjasama berkenaan dapat dijayakan untuk membuka lembaran baharu dalam sejarah hubungan China-AS.



http://malay.cri.cn/601/2015/09/26/102s158880.htm

Friday, September 25, 2015

Temuramah CIA Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha


Persatuan Islam China (CIA) semalam mengadakan temuramah di Beijing sempena menyambut Hari Raya Aidiladha.

Presiden CIA, Imam Haji Hilaluddin Chen Guangyuan menyampaikan ucapan dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di seluruh negara dan dunia. Menurut beliau, tahun 2015 merupakan ulang tahun ke-70 kemenangan perang rakyat China menentang pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia. Agama Islam adalah agama yang mencintai bangsa dan negara serta menyanjung tinggi keamanan dan kedamaian. Pihaknya akan terus menyumbang demi merealisasikan kebangkitan bangsa China.

Temuramah tersebut turut diserikan oleh kehadiran Naib Perdana Menteri Dewan Negara, Liu Yandong dan Ketua Pengarah Jabatan Barisan Bersatu Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Sun Chunlan.

Seramai 40 orang pegawai diplomat daripada kedutaan negara Islam dan lebih 300 umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri temuramah tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2015/09/24/101s158848.htm

Sunday, September 20, 2015

Minions Lawat Tembok Besar


Tiga watak utama filem animasi 3D Minions, Stuart, Kevin dan Bob mendaki Tembok Besar untuk mengucapkan "Helo" kepada penonton China dan memulakan aktiviti mempromosi filem mereka di sini. Filem itu akan ditayangkan di China. 



http://malay.cri.cn/601/2015/08/31/123s158423_4.htm

Saturday, September 5, 2015

China Laksanakan Tindak Balas Kecemasan Hadapi Ribut Taufan Goni

Menurut maklumat Pentadbiran Lautan Negara China semalam, ribut taufan No.15 tahun ini, Taufan Goni akan melanda Selat Bashi, kawasan perairan sebelah timur Taiwan, perairan timur laut Laut China Selatan dan kebanyakan perairan Laut China Timur. Kawasan pantai laut provinsi Guangdong dan Hainan serta Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi akan mengalami ribut air pasang.


Demi mengatasi ribut taufan tersebut, Pentadbiran Lautan Negara China telah melaksanakan tindak balas kecemasan peringkat ketiga dan menuntut jabatan berkenaan menjalankan kerja pengawasan, amaran awal dan peninjauan bencana dengan sebaik-baiknya.



http://malay.cri.cn/601/2015/08/22/26s158285.tm