Pages

Thursday, May 31, 2012

Pelajar di Xinjiang Dapat Makanan Tengah Hari Percuma



Kaunti Luntai, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang merupakan salah satu kawasan yang paling awal melaksanakan dasar "makanan tengah hari percuma". Sejak tahun 2010, kerajaan menyediakan makanan tengah hari secara percuma kepada pelajar yang mengikuti pendidikan wajib dan kanak-kanak prasekolah di kawasan desa.

Sejak semester musim bunga tahun ini, seramai 917 ribu orang pelajar yang mewakili 53.32% pelajar dalam fasa pendidikan wajib di Xinjiang mendapat makanan tengah hari secara percuma.




http://malay.cri.cn/381/2012/05/29/27s131186.htm

Saturday, May 26, 2012

Pesta Pelancongan dan Kebudayaan Altai Xinjiang ke-2


Pesta Pelancongan dan Kebudayaan Altai Xinjiang ke-2 dirasmikan pada 8 Mei lalu.


Pesta ini bertemakan "mempamerkan dasar yang bermanfaat bagi rakyat, menggalakkan kesenian bangsa, mencipta bandar bersejarah yang terkenal, mempamerkan kebudayaan Gunung Arjin".


Pesta inidiisikan dengan pelbagai acara termasuk pertandingan tarian yang menarik 10 ribu peserta, majlis perkahwinan beramai-ramai, pertunjukan busana tradisional, dan sukan terdisional.



http://malay.cri.cn/381/2012/05/23/27s131006.htm

Monday, May 21, 2012

Pesta Makanan Halal di Xinjiang


Pesta Budaya Makanan Halal China ke-2 dan Ekspo Makanan dan Minuman Istimewa Xinjiang dirasmikan di Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada 20 Mei lalu.

Sejumlah lebih 800 syarikat makanan halal dari enam negara serta 10 provinsi dan bandar di China menyertai ekspo kali ini. Beberapa aktiviti termasuk seminar, promosi dan pameran gambar diadakan dalam ekspo kali ini.

Kerajaan tempatan Urumqi menubuhkan satu tabung khas bagi memajukan perkhidmatan katering pada tahun 2012. Tabung tersebut melabur RMB10 juta untuk membangunkan Urumqi sebagai pusat makanan halal China.

Wednesday, May 16, 2012

Pasport Elektronik Dimulakan di China


Pasport elektronik dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Keselamatan Awam mulai hari ini. Ini menandakan dokumen perjalanan antarabangsa warganegara China memasuki era digital secara menyeluruh.


Pasport elektronik telah digunakan di lebih 90 buah negara dan kawasan di seluruh dunia mulai tahun 2004. Kementerian Keselamatan Awam China melakukan kerja persiapan mengeluarkan pasport elektronik bermula tahun 2009 selaras dengan penggunaan pasport seumpama ini di seluruh dunia.





http://malay.cri.cn/601/2012/05/15/61s130807.htm

Friday, May 11, 2012

Kapal Cheng Ho China Mula Lawatan ke India


Kapal Cheng Ho tentera laut China, yang sedang menjalankan pelayaran "Misi Harmoni" ke seluruh dunia tiba di Pelabuhan Cochin, India pagi tadi dan memulakan lawatan persahabatan selama empat hari di negara itu.


Menurut maklumat berkenaan, komander pelayaran yang juga Naib Ketua Turus Tentera Laut China, Laksamana Muda Liao Shining dan pegawai lain akan bertemu dengan pemimpin Tentera Laut Selatan India dan menyertai majlis sambutan yang dianjurkan tentera laut India. Tentera laut China akan mengadakan pelbagai aktiviti dengan tentera laut India termasuk mengadakan pertandingan bola sepak, bola tampar, pertunjukan kesenian serta melawat sekolah tentera laut, kapal latihan dan muzium marin India.



http://malay.cri.cn/601/2012/05/09/26s130650.htm

Sunday, May 6, 2012

Kapal Induk China Selesai Percubaan Pelayaran


Kapal induk China balik ke pelabuhan Dalian semalam setelah mengakhiri percubaan pelayaran selama 11 hari, iaitu dilanjutkan sehari daripada jadual asalnya.



Sebelum ini, jurucakap Kementerian Pertahanan China, Geng Yansheng ketika membicarakan keadaan kapal tersebut menyatakan bahawa percubaan awal sebelum ini telah mencapai hasil yang dijangkakan. Pihaknya akan meneruskan rangkaian percubaan teknologi menurut rancangan yang sudah ditetapkan. Tambah beliau, percubaan kali ini tidak bersangkutan dengan situasi semasa di rantau ini.



http://malay.cri.cn/601/2012/05/01/101s130402.htm

Tuesday, May 1, 2012

Jia Qinglin Melawat New Zealand

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Jia Qinglin tiba di Wellington, ibu negara New Zealand petang tadi waktu tempatan dalam rangka lawatan muhibah ke negara itu.


Dalam tempoh lawatannya, Jia Qinglin akan mengadakan rundingan dengan pemangku Perdana Menteri New Zealand, Bill English, dan menghadiri majlis penandatanganan beberapa perjanjian kerjasama antara kedua-dua negara. Beliau dijadual bertemu dengan Speaker Dewan Perwakilan New Zealand, Lockwood Smith, pemimpin Parti Buruh, David Shearer dan menyampaikan ucapan sempena ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China-New Zealand di Universiti Victoria of Wellington.


Lawatan Jia Qinglin selama empat hari ini atas undangan kerajaan New Zealand. Selepas itu beliau juga akan melawat Brunei Darussalam dan Thailand.




http://malay.cri.cn/601/2012/04/16/61s129948.htm