Pages

Thursday, March 27, 2014

Pesawat Tentera Udara China Tiba di Lautan Hindi Selatan


Sebuah pesawat pengangkut Ilyushin Il-76 milik Tentera Udara China yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaporkan telah tiba di ruang udara perairan Selatan Lautan Hindi, lokasi objek terapung dikesan oleh dua satelit China dan Australia petang tadi.


Kapal Ekspedisi Antaratika "Xue Long" China

Selain itu, krew pesawat Il-76 ini memaklumkan keadaan operasi SAR, cuaca dan maritim di perairan itu kepada anak Kapal Ekspedisi Antaratika "Xue Long" China yang dijangka tiba di perairan berkenaan pada awal pagi besok waktu Beijing.



http://malay.cri.cn/601/2014/03/24/241s147786.htm

Saturday, March 22, 2014

China dan Australia Selaraskan Operasi SAR


Tentera Udara Austrarlia
Presiden China, Xi Jinping berhubung dengan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott melalui telefon semalam untuk menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370.
Dalam perbincangan itu, Abbott telah memaklumkan kemajuan terkini SAR oleh Australia. Xi Jinping mengucapkan terima kasih kepada Australia yang telah menyediakan maklumat dan kerjasama kepada China. Beliau menyatakan China akan mengekalkan perhubungan dan kerjasama dengan Australia yang erat.


Tentera Laut China
China telah mengubah rancangan SAR semalam, dengan menghantar kapal ke perairan Lautan Hindi, kawasan penemuan objek yang disyaki serpihan pesawat tersebut. Dua armada tentera laut China kini melancarkan operasi SAR di kawasan berjarak 2,300 batu nautika dan 3,100 batu nautika.



http://malay.cri.cn/601/2014/03/21/26s147731.htm

Wednesday, March 12, 2014

Persidangan Tahunan CPPCC Berakhir


Persidangan ke-2 Jawatankuasa Kebangsaan ke-12 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang berakhir pagi tadi menyeru badan pelbagai peringkat CPPCC serta para anggotanya bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang dipimpin oleh Presiden Xi Jinping, untuk membangunkan masyarakat maju dan merealisasikan impian China.


Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Yu Zhengsheng mempengerusikan upacara penutupan persidangan ini, yang turut dihadiri Xi Jinping, Li Keqiang, Zhang Dejiang, Liu Yunshan, Wang Qishan dan Zhang Gaoli.



http://malay.cri.cn/601/2014/03/12/41s147501.htm

Friday, March 7, 2014

Pameran Bunga Sempena Hari Wanita di Beijing


Pameran bunga yang bertemakan "kecantikan yang abadi" diadakan di Taman Botani Beijing pada 7 hingga 9 Mac ini. Lebih seratus jenis bunga orkid yang sedang mekar menjadi daya tarikan utama dalam pameran tersebut.


Pengunjung wanita akan dihadiahi sepasu bunga yang cantik sempena Hari Wanita yang jatuh pada 8 Mac.



http://malay.cri.cn/601/2014/03/07/21s147351.htm

Sunday, March 2, 2014

Dewan Besar Rakyat Nanti-nantikan Persidangan Tahunan NPC dan CPPCC 2014


Sidang ke-2 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-12 bakal dirasmikan di Dewan Besar Rakyat, Beijing esok.



Dengan ini, persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan CPPCC 2014 pula dibuka tirainya.



Pengawal melalui pintu gerbang Dewan Besar Rakyat.






http://malay.cri.cn/601/2014/03/02/101s147181.htm