Pages

Saturday, March 22, 2014

China dan Australia Selaraskan Operasi SAR


Tentera Udara Austrarlia
Presiden China, Xi Jinping berhubung dengan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott melalui telefon semalam untuk menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370.
Dalam perbincangan itu, Abbott telah memaklumkan kemajuan terkini SAR oleh Australia. Xi Jinping mengucapkan terima kasih kepada Australia yang telah menyediakan maklumat dan kerjasama kepada China. Beliau menyatakan China akan mengekalkan perhubungan dan kerjasama dengan Australia yang erat.


Tentera Laut China
China telah mengubah rancangan SAR semalam, dengan menghantar kapal ke perairan Lautan Hindi, kawasan penemuan objek yang disyaki serpihan pesawat tersebut. Dua armada tentera laut China kini melancarkan operasi SAR di kawasan berjarak 2,300 batu nautika dan 3,100 batu nautika.



http://malay.cri.cn/601/2014/03/21/26s147731.htm

No comments:

Post a Comment