Pages

Tuesday, April 28, 2015

China, Pakistan Naiktarafkan Hubungan


Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Pakistan, Mian Muhammad Nawaz Sharif di Islamabad semalam. Kedua-dua pihak bersepakat untuk menaiktarafkan hubungan China-Pakistan kepada perkongsian strategik serba cuaca.

Dalam pada itu, Presiden Xi turut mengemukakan cadangan dalam lima perkara mengenai perkembangan hubungan China-Pakistan. Pertama, mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan menggalakkan interaksi antara kerajaan, badan legislatif, parti dan tentera; kedua, mendorong kerjasama saling menguntungkan dengan tumpuan pada pembinaan Koridor Ekonomi China-Pakistan serta kerjasama dalam pembinaan infrastruktur, sumber tenaga dan industri; ketiga, memperkasakan kerjasama keselamatan dan antikeganasan; keempat, bekerjasama menjayakan aktiviti Tahun Persahabatan China-Pakistan 2015 bagi merancakkan pertukaran budaya, pendidikan, kumpulan pemikir dan media; kelima, meningkatkan koordinasi dalam isu-isu penting serantau dan antarabangsa termasuk pembaharuan PBB, perubahan iklim serta keselamatan bahan makanan dan sumber tenaga.


Sharif pula menyifatkan persahabatan antara Pakistan dengan China sebagai asas kepada dasar luar Pakistan. Beliau turut menyatakan sokongan terhadap inisiatif "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR) yang dikemukakan oleh China, serta kesediaan untuk mengambil bahagian dalam penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).



http://malay.cri.cn/601/2015/04/21/21s155816.htm

Thursday, April 23, 2015

Gergasi Pembuat Kereta Api China Diharap Harumkan Nama Negara


Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika meninjau Syarikat Kereta Api Changchun Kumpulan Kerata Api Utara China (CNR) semalam berkata, gergasi kumpulan baharu yang terbentuk setelah CNR dan Kumpulan Kereta Api Selatan (CSR) disatukan, dikehendaki berusaha menjadi syarikat pembuat kelengkapan yang cemerlang di dunia.

PM Li selalu mempromosi kelengkapan buatan China khususnya kereta api laju ketika melawat negara-negara asing. Beliau berharap kumpulan baharu itu menjadikan konsep kualiti dan perkhidmatan terukir dalam lubuk hati demi mencapai kecemerlangan di pasaran antarabangsa dan mengharumkan nama negara.



http://malay.cri.cn/601/2015/04/11/41s155576.htm

Saturday, April 18, 2015

Pokok Pioni yang Berbunga Lebih 180 Buah


Sebuah pokok pioni yang berusia seratus tahun lebih berbunga lebih 180 buah, menarik kedatangan ramai pelancong.



http://malay.cri.cn/601/2015/04/09/27s155526.htm

Monday, April 13, 2015

China Pecut Kerjasama Perindustrian Antarabangsa


China akan memecutkan pengeksportan kelengkapan ke luar negara dan mengusahakan kerjasama perindustrian antarabangsa demi menggerakkan transformasi ekonomi dan memanfaatkan dasar buka pintu.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China Li Keqiang pada satu simposium yang dihadiri pegawai kanan dan pengurus syarikat milik negara di Beijing semalam.

Li berkata, ekonomi China yang kini berada pada fasa transformasi berhadapan dengan banyak peluang baharu malah cabaran. Demi mewujudkan pertumbuhan sederhana tinggi, pelaksanaan dasar buka pintu perlu terus dipergiatkan. Selain mengusahakan penyusunan semula struktur perdagangan luar dan meningkatkan keefisienan penggunaan modal asing, langkah-langkah mengeksport kelengkapan buatan China dan menjayakan kerjasama perindustrian antarabangsa juga perlu dipacu, kerana inilah pendekatan mustahak dalam menaiktarafkan ekonomi nasional.

Beliau mengetengahkan beberapa cadangan yang dapat membantu merealisasikan kesemua matlamat tersebut, antaranya termasuk memperluas saluran penggunaan rizab mata wang asing, memanfaatkan fungsi pinjaman, menyempurnakan jaringan kewangan China di seberang laut, meningkatkan kadar liputan insurans kredit eksport dan lain-lain.



http://malay.cri.cn/601/2015/04/04/125s155453.htm

Wednesday, April 8, 2015

Tentera Laut China Selesaikan Tugas Pindahkan Warga China dari Yemen


 

Pasukan Tentera Laut China telah menyelesaikan tugasan memindahkan warga China dari Yemen dengan lancar, kemudian akan kembali semula ke Teluk Aden dan kawasan perairan Somalia untuk meneruskan misi di sana. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Pertahanan China, Geng Yansheng hari ini. Beliau menegaskan kapal dan pesawat tentera China mahu menjadi bahtera Noh kepada warga China.


Menurut Geng, Kapal Linyi Tentera Laut China tiba di Pelabuhan Aden Yemen malam kelmarin untuk memindahkan 122 orang warga China dan dua pekerja warga asing syarikat China ke Djibouti dengan selamat pagi semalam. Selain itu, Kapal Weifang dan Weishanhu pula tiba di Pelabuhan Yemen petang semalam untuk memindahkan 449 orang warga China dan enam lagi pekerja asing syarikat China ke Djibouti pagi tadi. Mereka yang telah dipindahkan ke Djibouti itu nanti akan menaiki pesawat balik ke China.





http://malay.cri.cn/601/2015/03/31/26s155364.htm

Friday, April 3, 2015

Lawatan Jacob J.Lew ke China sebagai Persiapan Lawatan Presiden Xi Jinping ke AS


Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Jacob J.Lew

Wakil khas Presiden AS yang juga Naib Setiausaha Perbendaharaan AS, Jacob J.Lew melawat ke China untuk membuat persiapan Dialog Ekonomi dan Strategi China-AS yang bakal diadakan pada bulan Jun dan lawatan Presiden China, Xi Jinping ke AS pada bulan September. Demikian dinyatakan Naib Kewangan China, Zhu Guangyao semalam.

Dalam lawatan sehari itu, Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menemui Jacob J.Lew. Naib Perdana Menteri China, Wang Yang juga telah mengadakan rundingan dengan Jacob J.Lew.


Naib Perdana Menteri China, Wang Yang mengadakan rundingan dengan Jacob J.Lew

Menurut Zhu Guangyao, pertemuan tersebut amat berhasil. Kedua-dua pihak menyatakan bahawa China dan AS sebagai dua entiti ekonomi yang paling penting di dunia ini mengharapkan ekonominya mencapai kejayaan. Pemulihan ekonomi dunia sekarang tidak stabil dan tidak menentu. Berdasarkan keadaan tersebut, penyelarasan dasar ekonomi dan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara ini amat penting bagi pertumbuhan ekonomi dunia.

Selain itu, mengenai Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang dianjurkan China,Zhu Guangyao menyatakan bahawa Jacob J.Lew mewakili kerajaan AS menyatakan dengan tegas bahawa pihaknya mengalu-alukan dan menyokong semua anjuran yang berfaedah kepada pembangunan infrastruktur serta peranan China yang lebih besar dalam urusan ekonomi antarabangsa. AS berharap agar AIIB mempunyai piawaian yang tinggi dalam struktur tadbir urus dan pihaknya memahami usaha China untuk mencapai piawaian tersebut. Kedua-dua pihak bersedia untuk terus bertukar-tukar pendapat mengenai isu tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2015/03/31/26s155352.htm