Pages

Saturday, June 30, 2012

Perlumbaan Kereta Super Terhebat di Shanghai


Perlumbaan Kereta Super 2012 diadakan di Litar Antarabangsa F1 Shanghai pada 22 hingga 24 Jun yang lalu. Pelbagai kelab kereta super yang terkenal di China, termasuk Kelab SSCC Shanghai terlibat dalam perlumbaan tersebut.



Aktiviti yang melibatkan 300 buah kereta super itu merupakan perlumbaan kereta super yang terbesar dengan jumlah jenama dan pemandu yang terbanyak di China.





http://malay.cri.cn/601/2012/06/27/41s132054.htm

Monday, June 25, 2012

PM China Mulakan Lawatan ke Argentina

Perdana Menteri China, Wen Jiabao semalam tiba di Buenos Aires untuk memulakan lawatan rasminya ke Argentina. Lawatan perdana menteri China ke Argentina sebelum ini diadakan 27 tahun lalu.



Wen dalam ucapannya di lapangan terbang menyatakan bahawa persahabatan kedua-dua negara amat kukuh. Ini terbukti dengan kekerapan pertukaran lawatan peringkat tinggi, peningkatan persefahaman potilik, pencapaian kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan teknologi serta penyelarasan dalam urusan antarabangsa dan serantau sejak hubungan diplomatik dijalin 40 tahun yang lalu, khususnya selepas perkongsian strategik terjalin pada tahun 2004. China bersedia menggunakan peluang ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik untuk terus mempererat kerjasama yang saling menguntungkan dengan Argentina sehingga memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.



Lawatan Wen kali ini dipercayai akan membantu memperluas persepakatan, memperkukuh rasa saling mempercayai serta kerjasama pragmatik, dan sekali gus melonjakkan hubungan rakan strategik China-Argentina.



http://malay.cri.cn/601/2012/06/24/101s131950.htm

Wednesday, June 20, 2012

Jumlah Pelancong Guangdong ke Asia Tenggara Meningkat


Jumlah pelancong provinsi Guangdong ke Asia Tenggara pada cuti musim panas tahun ini meningkat kira-kira 30% berbanding dengan tahun lalu. Namun, tiada tempahan pakej pelancongan ke Filipina ekoran isu Pulau Huangyan. Demikian dimaklumkan oleh beberapa agensi pelancongan di provinsi itu semalam.

Harga pakej pelancongan ke Asia Tenggara dikatakan akan kekal atau naik sedikit pada tahun ini.
Dimaklumkan juga bahawa beberapa agensi pelancongan di Guangdong telah membuka semula tempahan pakej pelancongan ke Filipina. Namun, jumlah pelancong tempatan yang memilih ke negara tersebut masih rendah.




http://malay.cri.cn/901/2012/06/18/241s131784.htm

Friday, June 15, 2012

China's air pollution problem


Young and old residents of the Chinese metropolis of Wuhan were advised to stay indoors on June 11 after a thick haze blanketed the city of nine million people, official media said.











Sunday, June 10, 2012

Pesta Makanan Halal China ke-2


Pesta Makanan Hala China ke-2 berlangsung di Urumqi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China pada 20 Mei lalu.





Kira-kira 800 syarikat dari enam buah negara dan kawasan serta 10 buah provinsi dan bandar di China menyertai pesta ini yang menyediakan lebih 1,200 buah gerai pameran.



Sempena pesta ini turut diadakan forum, demanstrasi memasak, pertandingan membuat kek Xinjiang, promosi syarikat makanan halal di Xinjiang, pertandingan makanan halal kebangsaan, ekspo makanan Xinjiang, pameran peralatan dapur, dan pameran foto dan lukisan industri makanan dan minuman Xinjiang.




Pertandingan membuat kek Xinjiang merupakan acara yang paling menarik. 180 jenis kek yang dibuat oleh 111 orang peserta dari 14 kawasan di Xinjiang dipamerkan.


Bandar Urmuqi menubuhkan tabung khas pembangunan industri makanan dan minuman dan memperuntukkan RMB 10 juta setiap tahun bagi membantu bandar Urmuqi menjadi bandar makanan halal yang paling terkenal di China.





http://malay.cri.cn/381/2012/06/06/27s131415.htm

Tuesday, June 5, 2012

Kapal Cheng Ho Tiba di Itali


Kapal "Cheng Ho' tiba di Taranto semalam untuk lawatan empat hari di Itali.


Dalam tempoh lawatan berkenaan, Komander Kapal "Cheng Ho" merangkap Naib Ketua Turus Tentera Laut China, Laksamana Muda, Liao Shining akan melawat pangkalan tentera laut Taranto dan bertemu pemimpin kanan tentera di pangkalan itu.


Askar dan pelajar China juga akan berkunjung ke pangkalan tentera laut Itali dan mengadakan pertandingan bola sepak.


Selain itu, kapal "Cheng Ho" juga akan mengadakan latihan bersama dengan "Dora", kapal pembinasa peluru berpandu milik Itali.





http://malay.cri.cn/781/2012/06/01/101s131288.htm