Pages

Wednesday, January 28, 2015

Pertandingan Ukiran Salji Antarabangsa di Harbin


Pertandingan Ukiran Salji Antarabangsa selama 4 hari sedang diadakan sempena Ekspo Seni Arca Salji Taiyangdao, di bandar Harbin, provinsi Heilongjiang China.


Pertandingan itu disertai oleh lebih 100 orang seniman pengukir salji dari 12 buah negara.


Seniman asyik menghasilkan karya mereka pada ketulan bongkah salji sebesar 30 meter padu.



http://malay.cri.cn/601/2015/01/13/21s153934.htm

Sunday, January 18, 2015

Misi bantuan pasca banjir di Kg Jenal, Kuala Krai, Kelantan

KAMPUNG JENAL - terletak di Mukim Kuala Gris, Dabong, Kuala krai, Kelantan - lokasi Kg Jenal adalah di kawasan pedalaman yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai Rizab Hutan Simpan - terletak di seberang Sungai Kelantan dari Kuala Gris, dikelilingi hutan serta kebun-kebun getah - mempunyai kemudahan infrastruktur yang sangat kurang menyebabkan kampung tersebut masih miskin dan daif - Perhubungan ke Kg Jenal hanya dengan jalan tanah dari Tanah Merah melalui hutan simpan atau merentasi Sungai Kelantan dari Kuala Gris.


3 jam masa yang diambil untuk masuk ke kawasan ini dari jalan utama



hanya kenderaan 4X4 boleh masuk ke kawasan ini








barangan bantuan sedang diagihkan. Ada 52 keluarga menetap.


kuliah maghrib. Selesai solat Isya' tetamu dihidangkan menu daging kambing dan ikan patin.

Tuesday, January 13, 2015

Armada China Melawat Britain


Armada China ke-18 yang terdiri daripada Kapal Changbaishan, Kapal Yuncheng dan Kapal Chaohu tiba di Pelabuhan Tentera Portsmouth, Britain semalam.


Duta Besar China ke Britain, Liu Xiaoming, Penolong Ketua Turus Angkatan Tentera Laut Diraja Britain, Johnstone, Panglima Pangkalan Tentera Portsmouth, Lee Rigby turut menghadiri majlis sambutan tersebut. Armada China akan dibuka kepada orang awam selama tiga hari.


Armada China ke-18 yang baru menyelesaikan misi menjaga keselamatan di Teluk Aden dan kawasan perairan Somalia turut akan mengadakan lawatan ke Jerman, Belanda, Perancis dan Greece.



http://malay.cri.cn/601/2015/01/13/27s153929.htm

Thursday, January 8, 2015

Musim Pelancongan Ais dan Salji Kanas ke-8 di Xinjiang


Musim Pelancongan Ais dan Salji ke-8 Kanas,wilayah Xinjiang telah dirasmikan di tempat peranginan Hemu pada 1 Janurari lalu.


Aktiviti musim pelancongan ais dan salji kali ini turut disambut oleh petani dan penggembala pelbagai etnik tempatan dan pelancong dari pelbagai tempat China. Mereka menonton perlumbaan kuda di padang yang dilitupi salji dan persembahan adat resam tradisional etnik Kazakh dan orang Tuva etnik Mongolia.


Sejak diadakan pada tahun 2008, Musim Pelancongan Ais dan Salji Kanas telah menjadi salah satu pesta yang agak istimewa di wilayah Xinjiang, bahkan di seluruh China. Pada tahun 2014, kampung Hemu dipilih sebagai salah satu antara sepuluh kampung nostalgia di China.





http://malay.cri.cn/601/2015/01/04/241s153785.htm

Saturday, January 3, 2015

Lima Ahli Bomba Terkorban dalam Kebakaran Gudang Harbin


Menurut maklumat markas komander operasi pemadaman kebakaran gudang di Pasaran Tembikar Nanxun Utara, bandar Harbin provinsi Heilonjiang China, kebakaran gudang telah dipadamkan. Lima ahli bomba terkorban dalam kebakaran yang dahsyat itu, indentiti tiga orang antara mereka telah dikenal pasti.


Kebakaran yang berlaku pada 2 Januari itu berlarutan selama 20 jam dan mengakibatkan dua kali runtuhan. Menurut statistik terkini, 14 orang cedera dalam kebakaran tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2015/01/03/122s153775.htm