Pages

Friday, March 12, 2010

Sebuah Rumah Penginapan Warga Tua Penganut Islam di Hohhot China

Terdapat sebuah rumah penginapan warga tua penganut Islam di Hohhot Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China. Rumah penginapan warga tua itu ialah satu perkhidmatan badan kebajikan masyarakat pertama yang khusus disediakan kepada warga tua yang beragama Islam di China.


Pelbagai jenis alat riadah turut disediakan untuk warga tua penganut agama Islam terletak di koridor yang panjang itu. Beberapa orang warga tua sedang menonton acara TV di dalam rumah penginapan itu. Pengarah Rumah Penginapan Warga Tua Penganut Islam Encik Qiao Zhiming berkata bahawa rumah penginapan itu selesai dibina pada tahun 2000. Kerajaan tempatan telah memperuntukkan lebih 7 juta yuan RMB. Kebanyakan usahawan di Hohhot telah mendermakan wang untuk pembinaan rumah penginapan warga tua itu.

Encik Qiao Zhiming berkata bahawa keluasan rumah penginapan warga tua itu merupakan bangunan dua tingkat yang berwarna hitam dan putih dengan keluasan mencatat 4700 meter persegi. Terdapat 56 buah bilik, 20 buah daripadanya bilik berdua, 20 buah bilik bertiga dan 8 buah bilik untuk suami isteri dan perseorangan di rumah penginapan warga tua itu. Warga tua penganut Islam telah menikmat perkhidmatan yang sempurna daripada para pekerja dan juga pemandangan yang indah. Encik Qiao Zhiming berkata bahawa kami telah menyediakan perkhidmatan yang sempurna kepada warga tua yang tergolong dalam kebajikan awam. Kos makanan bulanan untuk setiap orang warga tua mencatat 200 yuan RMB. Setiap orang warga tua mendapat lebih 100 yuan RMB yang disediakan oleh rumah penginapan warga tua itu.

Bilik penginapan untuk suami isteri tidak begitu besar tetapi agak bersih. Pasangan suami-isteri Li Shiliang dengan riang gembira tinggal di sana. Beliau berkata bahawa kami tinggal di sini selama lebih setahun dan menikmati kehidupan yang bahagia. Ramai orang muda tidak memahami perkara ini pada masa sekarang dan berpendapat bahawa warga tua yang dihantar ke rumah penginapan itu merupakan perbuatan yang tidak baik dan tidak taat kepada warga tua. Ini merupakan salah faham terhadap perkara ini. Anak kami sibuk bekerja dan tiada peluang untuk memberi nasihat kepada kami. Pembinaan rumah penginapan untuk warga tua merupakan arah aliran perkembangan pada masa yang akan datang.

Kami menjelaskan bahawa warga tua telah melalui kehidupan yang bahagia dan berasa gembiara. Selain rumah kediaman, terdapat banyak bilik restoran, temasuklah bilik serba guna, bilik aktiviti, terdapat meja Pingpong, meja mahjong, catur, surat akhbar, majalah dan lain-lain untuk memenuhi keperluan warga tua semasa mengadakan aktiviti rekreasi. Selain itu, klinik dan doktor juga telah disediakan secara khusus untuk menjaga kesihatan warga tua. Alat intercom juga telah dipasang pada katil setiap orang warga tua untuk membolehkan mereka mendapat perkhidmatan pada bila-bila masa.

Mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk menyediakan makanan dan minuman warga tua setiap hari. Kami melihat dapur yang bersih dan sayur-sayuran terletak di dalam ruang dapur rumah penginapan warga tua itu. Menyentuh tentang keadaan makanan dan minuman setiap hari, tukang masak Ma yang sedang memasak lauk-pauk untuk warga tua itu berkata bahawa makanan harian untuk warga tua adalah sama dengan lauk-pauk keluarga kami sendiri, akan tetapi jenis makanannya lebih banyak daripada kami. Kami memasak 3 hingga 4 kali lauk-pauk dan sekali baozi, sejenis roti kukus berisi daging atau makanan manis setiap minggu dan lain-lain.



Terdapat lebih 60 orang warga tua tinggal di rumah penginapan warga tua penganut Islam Hohhot pada masa sekarang. Kebanyakannya ialah pendudukan tempatan dan juga ada warga tua dari Beijing dan tempat -tempat lain. Sekalipun mereka telah berpisah dengan anak mereka sendiri, akan tetapi mereka telah mendapat penjagaan daripada petugas yang menganggap mereka sama seperti anggota keluarganya. Encik Li berkata bahawa hubungan warga tua dengan kami sangat baik sama seperti hubungan ibu bapa dengan anaknya.

Menghormati kepercayaan agama mereka adalah sangat penting bagi waga tua penganut Islam. Oleh itu, surau tempat bersembahyang bagi kaum lelaki dan wanita dan bilik mandi awam dan lain-lain telah disediakan di dalam rumah penginapan itu. Warga tua boleh mengadakan aktiviti keagamaan pada bila-bila masa. Surau bagi kaum lelaki dan wanita terletak di tingkat pertama dan tingkat kedua, sejadah yang berwarna-warni terhampar cantik di atas lantai kayu di dalam surau itu kelihatan agak bersih dan kemas.



http://malay.cri.cn/681/2008/12/10/102s92852.htm

No comments:

Post a Comment