Pages

Tuesday, August 26, 2014

Perkhidmatan Sewa Kereta Elektrik di Beijing


Perkhidmatan sewa kereta elektrik sudah cuba disediakan di Taman Sains dan Teknologi Tsinghua, Beijing. Berdasarkan statistik, sebuah kereta elektrik yang boleh disewa tersebut boleh menggantikan penggunaan 8 hingga 20 buah kereta persendirian. Setiap pengguna kereta elektrik juga akan membantu mengurangkan sebanyak 290 kg gas karbon dioksida (CO2) setahun.


1 Cari pos perkhidmatan


2 Mendaftar untuk mendapat kad sewa


3 Pilih kereta


4 Sentuhkan kad pada pembaca kad untuk mengguna




http://malay.cri.cn/601/2014/08/26/102s151293.htm

Thursday, August 21, 2014

Kedai Bebas Cukai Terbesar di Dunia


Pusat Beli-Belah Bebas Cukai Teluk Begonia Sanya akan mula beroperasi pada 1 September nanti. Dimaklumkan, pusat beli-belah yang dilabur dan dibina oleh Syarikat Kumpulan China International Travel Service (CITS) dengan kos RMB 5 bilion tersebut bakal menyediakan perkhidmatan membeli-belah bebas cukai serta katering, rekreasi dan pameran kebudayaan, semuanya di bawah satu bumbung.


Pusat yang seluas 70 ribu meter persegi itu mengumpulkan hampir 300 jenama antarabangsa yang terkemuka, merangkumi 21 jenis komoditi termasuk pakaian, beg dan bagasi, minyak wangi, kosmetik, jam tangan dan kaca mata hitam.





http://malay.cri.cn/1460/2014/08/19/241s151169.htm

Saturday, August 16, 2014

YOG Ke-2 Dirasmikan di Nanjing China


Sukan Olimpik Belia (YOG) kedua dirasmikan Presiden China, Xi Jinping di Pusat Olimpik Nanjing malam ini.


Kira-kira 3,700 atlet dari seluruh dunia akan bertanding dalam 28 acara temasya sukan yang berlangsung selama 12 ini.


Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berharap YOG ini dapat menarik lebih ramai belia menyertai aktiviti sukan dan menjalani kehidupan mengikut konsep Olimpik.





http://malay.cri.cn/601/2014/08/16/101s151136.htm

Monday, August 11, 2014

Kembara "Temui Pesona Asia--Budaya Gansu yang Berwarna-warni" Dirasmikan


Kembara pertukaran budaya antarabangsa multimedia "Temui Pesona Asia--Budaya Gansu yang Berwarna-warni" dirasmikan di Lanzhou, ibu kota provinsi Gansu China semalam. Kembara yang temanya selaras dengan konsep "Koridor ekonomi Jalan Sutera" yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping akan membuka masa depan yang cerah pelbagai bandar di sepanjang Jalan Sutera purba. Sebagai kawasan yang penting dalam Jalan Sutera purba itu, provinsi Gansu akan menarik tumpuan dunia.


Kembara anjuran bersama oleh Radio Antarabangsa China(CRI), Radio Televisyen Gansu dan China.Net menarik penyertaan media perdana dari pelbagai negara termasuk China, Turki, Singapura dan Republik Korea. Dalam majlis perasmian, Presiden CRI, Wang Gengnian menyatakan harapan agar kembara kali ini dapat menggalakkan pertukaran media dan bermanfaat bagi pembangunan koridor ekonomi Jalan Sutera.



http://malay.cri.cn/601/2014/08/06/102s150955.htm

Wednesday, August 6, 2014

China Beri Lima Cadangan Penyelesaian Konflik Israel-Palestin


Menteri Luar China, Wang Yi memberi lima cadangan tentang penyelesaian konflik Israel-Palestin dalam sidang akhbar setelah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Shukri semalam.

Pertama, Israel-Palestin perlu merealisasikan gencatan senjata termasuk serangan udara dan tindakan ketenteraan darat berdasarkan perlindungan keselamatan rakyat dan keamanan serantau.

Kedua, China menyokong cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh Mesir.

Ketiga, punca konflik kedua-dua pihak ialah masalah mengenai kedudukan Palestin yang tidak dapat diselesaikan secara adil dan rasional. China sentiasa menyokong tuntutan rasional rakyat Palestin untuk menubuhkan negaranya sendiri. Pelbagai pihak Israel dan Palestin perlu mengadakan rundingan semula dengan secepat mungkin.

Keempat, Majlis Keselamatan PBB perlu memikul tanggungjawab sewajarnya untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin kerana isu ini berkaitan dengan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Masyarakat antarabangsa juga perlu bekerjasama untuk mendorong kewujudan kedamaian Israel-Palestin.

Kelima, situasi kemanusiaan di Palestin terutamanya di kawasan Gaza perlu diberi perhatian. China akan menghulurkan dana bantuan kemanusiaan kecemasan sebanyak USD 1.5 juta kepada rakyat Gaza.

Menteri Luar Shukri menghargai lima cadangan tersebut dan berkata pendirian China sama dengan pendirian Mesir. Masyarakat antarabangsa perlu mengalu-alukan suara China dan beliau menantikan peranan penting China dalam penyelesaian konflik Palestin-Israel.



http://malay.cri.cn/601/2014/08/04/122s150877.htm

Friday, August 1, 2014

Umat Islam China Sambut Hari Raya Aidilfitri


Selepas berpuasa selama sebulan, umat Islam di pelbagai tempat di China menyambut Hari Raya Aidilftri.



Penduduk Islam di bandar Beijing, provinsi Gansu dan Qinghai, serta Wilayah Autonomi Hui Ningxia beramai-ramai menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid. Semasa sambutan hari raya ini, mereka melawat saudara-mara dan kawan-kawan sambil menikmati makanan enak.






http://malay.cri.cn/601/2014/07/29/123s150780.htm