Pages

Friday, September 27, 2013

Import dan Eksport China No.1 di Dunia


Situasi perdagangan luar di China terus baik pada suku keempat tahun ini. Kadar peningkatan sepanjang tahun mungkin akan mencatat 8%. Jumlah import dan eksport di China pada tahun ini berkemungkinan besar menduduki tempat teratas di dunia.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang.

Menurutnya, pelaksanaan dasar ekonomi makro sekarang ini terbukti berfungsi mendorong perdagangan luar. Di samping itu, ekonomi di luar negara turut pulih semula. Daya saing perusahaan, khususnya kemampuan menerokai pasaran antarabangsa dapat meningkat ekoran pelaksanaan transfomasi ekonomi. Pada keseluruhanya, ekonomi di China akan mengekalkan trend perkembangan yang baik pada separuh tahun kedua tahun ini.



http://malay.cri.cn/601/2013/09/26/27s143728.htm

Sunday, September 22, 2013

Bakal Jemaah Haji Berlepas dari Lanzhou


Bakal jemaah haji dari provinsi Gansu, China berlepas dari lapangan terbang Lanzhou malam tadi. Jemaah kumpulan pertama terdiri daripada 297 orang.


Jumlah bakal haji di provinsi itu mencatat 2,288 orang dan berkurang kira-kira 600 orang berbanding tahun yang lalu. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Menunaikan Fardu Haji Biro Agama Gansu, Ma Shuyun, memandangkan kawasan di sekitar Kaabah sedang diperluas, bakal jemaah haji dari pelbagai negara berkurang kira-kira 20% atas permintaan kerajaan Arab Saudi.



http://malay.cri.cn/601/2013/09/20/41s143594.htm

Tuesday, September 17, 2013

Kumpulan ke-14 Armada China Lawat Thailand


Kumpulan ke-14 armada China yang menamatkan tugas perlindungan pelayaran di perairan Teluk Aden tiba di Pelabuhan Sattahip, Thailand semalam untuk mengadakan lawatan selama lima hari atas undangan angkatan tentera laut negara itu.

Armada ini terdiri daripada sebuah kapal pembinasa, sebuah kapal frigat dan sebuah kapal logistik.



http://malay.cri.cn/901/2013/09/13/102s143444.htm

Thursday, September 12, 2013

Mesyuarat Pertahanan China-AS Ke-14 Di Beijing



Mesyuarat Pertahanan China-AS ke-14 diadakan di Beijing semalam. Mesyuarat yang disifatkan sebagai telus dan membina ini dipengerusikan bersama oleh Naib Ketua Turus Agung Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), Wang Guanzhong dan Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, James Miller.

Dalam mesyuarat tersebut, Wang Guanzhong menyatakan, kata sepakat yang dicapai oleh Presiden Xi Jinping dan Presiden Barack Obama mengenai hubungan model baharu antara kuasa besar telah menjadi arahan dan sasaran perkembangan hubungan kedua-dua negara pada masa depan. Dalam pada itu, hubungan ketenteraan dan keselamatan merupakan inti dalam hubungan China-AS. Beliau turut menjelaskan pendirian China dalam usaha meningkatkan rasa saling mempercayai strategik serta interaksi yang positif di rantau Asia-Pasifik.

James Miller menyatakan, AS bersikap positif terhadap tentera kedua-dua negara patut mengadakan interaksi di rantau Asia-Pasifik dan bersedia terus membincangkan mekanisme saling memaklumkan operasi ketenteraan penting dan kod tatalaku keselamatan ketenteraan laut dan udara dengan China.



Saturday, September 7, 2013

Presiden Xi Temui Obama


Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama di luar Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Saint Peterburg semalam.

Dalam pertemuan itu, Xi berkata, China akan mengekalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di samping mempercepat transformasi struktur ekonomi. Hal ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada kerjasama dua hala.


Menurut beliau, China mengambil berat keprihatinan pihak AS terhadap isu akses pasaran dan perlindungan hak harta intelek. Dalam pada itu, AS patut melonggarkan sekatan terhadap pengeksportan produk berteknologi tinggi ke China dan berusaha menyediakan suasana yang adil kepada syarikat China yang melabur di AS.

Tambah beliau, Asia Pasifik antara rantau yang tertumpunya kepentingan bersama China-AS. Potensi kerjasama antara kedua-dua negara lebih banyak daripada percanggahan pendapat.



Obama pula menyatakan hasratnya untuk menjalinkan perkongsian yang menyeluruh dengan China dalam hal-ehwal Asia Pasifik serta memperkasakan kerjasama serantau. AS berharap perselisihan di rantau itu dapat diselesaikan melalui saluran diplomatik.



http://malay.cri.cn/601/2013/09/07/21s143219.htm

Monday, September 2, 2013

Transit Tanpa Visa di Chengdu untuk 45 Negara


Mulai 1 September lalu, pelancong asing dibenarkan transit tanpa visa di bandar Chengdu, provinsi Sichuan selama 72 jam. Chengdu menjadi bandar keempat yang melaksanakan dasar transit tanpa visa selama 72 jam selepas Beijing, Shanghai dan Guangzhou,

Berikutan pelaksanaan dasar itu, warga 45 buah negara termasuk AS dan Britain boleh menikmati kemudahan masuk tanpa visa ke Chengdu selama 72 jam dengan syarat mempunyai visa masuk dan tiket penerbangan ke negara ketiga. Walau bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan mengunjungi bandar-bandar lain di China dalam tempoh tersebut, dan mesti mengambil penerbangan keluar dari Chengdu.



http://malay.cri.cn/601/2013/09/02/123s142978.htm