Pages

Saturday, July 30, 2011

Kerosakan Alat Isyarat Punca Nahas Keretapi Laju


Hasil siasatan awal mendapati, nahas kereta api laju di Wenzhou akibat kegagalan alat isyarat kecemasan berfungsi. Ini berlaku berikutan kesilapan yang serius dalam reka bentuk alat isyarat kecemasan di Stesen Selatan Wenzhou. Lampu amaran berwarna merah tersalah bertukar menjadi lampu hijau selepas alat tersebut terkena petir.


Demikian penjelasan yang diberi oleh Ketua Pengarah Biro Kereta Api Shanghai, An Lusheng dalam Sidang Pleno Dewan Negara China mengenai nahas kereta api laju Ningbo-Wenzhou di Wenzhou hari ini.

An Lusheng berkata, pegawai yang bertugas tidak menyedari kerosakan pada alat isyarat tersebut dan tidak segera membaikinya.


Keadaan itu jelas membuktikan terdapat masalah dalam kualiti kelengkapan teknikal, kualiti pekerja dan keupayaan pengendalian operasi. Beliau turut mengakui terdapat banyak kelemahan dalam kerja menyelamat jabatan kereta api.


Dalam perkembangan yang lain, Perdana Menteri Wen Jiaobao meninjau ke kawasan nahas di Wenzhou untuk menyampaikan rasa simpati kepada mangsa dan anggota keluarga mereka.

Sejurus selepas itu, beliau memberi penjelasan berkenaan operasi menyelamat dan kerja mengendalikan nahas tersebut kepada lebih 70 media dari dalam dan luar negara.


Dalam sidang medianya, Wen Jiabao sekali lagi menegaskan bahawa kepentingan keselamatan kereta api laju akan terus diberi perhatian serius.

Menurutnya, usaha pembinaan projek kereta api berkelajuan tinggi sudah mencapai kemajuan yang besar. Kemalangan itu memberi peringatan kepada semua bahawa keselamatan penumpang perlu diutamakan pada masa akan datang.



http://malay.cri.cn/601/2011/07/28/241s122822_1.htm

Sunday, July 24, 2011

China Bantu Proses Pembinaan Semula Iraq


Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menyatakan kesediaanya untuk membantu proses pembinaan semula negara Iraq. Hasrat itu disampaikan dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki di Beijing semalam.

Wen Jiabao berkata, al-Maliki merupakan Perdana Menteri Iraq yang pertama melawat China. Hubungan diplomatik antara Beijing dengan Baghdad sudah menjangkaui 50 tahun. Sebagai dua negara yang mempunyai hubungan persahabatan yang bersejarah panjang, lawatan itu amat bermakna.



Wen Jiabao berkata, China menghormati pilihan rakyat Iraq dan menyokong usaha untuk memelihara kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah negara itu. China menggalakkan perusahaan tempatan menjalinkan usahasama dalam bidang minyak dan gas asli di negara itu. Perdana Menteri Iraq memberi jaminan akan melindungi pekerja China dan menjaga kepentingan syarikat China.

Beliau berharap lebih banyak pelaburan daripada China dalam pelbagai sektor termasuk minyak dan gas, tenaga elektrik dan pengangkutan. Tegasnya Kerajaan Iraq berpegang kepada dasar satu China dan bersedia meningkatkan hubungan dengan China dalam pelbagai aspek.

Sejurus selepas pertemuan itu, kedua-dua pemimpin menyaksikan upacara menandatangani dokumen kerjasama



http://malay.cri.cn/601/2011/07/19/61s122572.htm

Monday, July 18, 2011

China Hormati Prinsip Antarabangsa dalam Isu Laut China Selatan


China mengekalkan pendiriannya mengenai isu Laut China Selatan,berdasarkan Undang-undang Antarabangsa, dan mahu menyelesaikan pertikaian melalui rundingan langsung antara negara terbabit.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam reaksinya terhadap kenyataan Menteri Luar Fipilina, Albert Del Rosario yang mencadangkan agar pertikaian Laut China Selatan diserahkan kepada Tribunal Undang-undang Laut Antarabangsa.



http://malay.cri.cn/601/2011/07/13/27s122454.htm

Tuesday, July 12, 2011

Bandar Mempesona China 2011 di Malaysia




Program mempromosi 'bandar China yang mempesona 2011 'anjuran Radio Antarabangsa China (CRI) diadakan di Subang Jaya dekat Kuala Lumpur, Malaysia baru-baru ini.




Sebanyak 20 bandar di China dicalonkan untuk pemilihan oleh para pendengar CRI dan pengunjung di pusat beli-belah Sunway Pyramid sebagai bandar yang paling mempesonakan mengikut ranking.



http://malay.cri.cn/901/2011/07/11/41s122399.htm