Pages

Sunday, July 24, 2011

China Bantu Proses Pembinaan Semula Iraq


Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menyatakan kesediaanya untuk membantu proses pembinaan semula negara Iraq. Hasrat itu disampaikan dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki di Beijing semalam.

Wen Jiabao berkata, al-Maliki merupakan Perdana Menteri Iraq yang pertama melawat China. Hubungan diplomatik antara Beijing dengan Baghdad sudah menjangkaui 50 tahun. Sebagai dua negara yang mempunyai hubungan persahabatan yang bersejarah panjang, lawatan itu amat bermakna.



Wen Jiabao berkata, China menghormati pilihan rakyat Iraq dan menyokong usaha untuk memelihara kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah negara itu. China menggalakkan perusahaan tempatan menjalinkan usahasama dalam bidang minyak dan gas asli di negara itu. Perdana Menteri Iraq memberi jaminan akan melindungi pekerja China dan menjaga kepentingan syarikat China.

Beliau berharap lebih banyak pelaburan daripada China dalam pelbagai sektor termasuk minyak dan gas, tenaga elektrik dan pengangkutan. Tegasnya Kerajaan Iraq berpegang kepada dasar satu China dan bersedia meningkatkan hubungan dengan China dalam pelbagai aspek.

Sejurus selepas pertemuan itu, kedua-dua pemimpin menyaksikan upacara menandatangani dokumen kerjasama



http://malay.cri.cn/601/2011/07/19/61s122572.htm

No comments:

Post a Comment