Pages

Saturday, July 30, 2011

Kerosakan Alat Isyarat Punca Nahas Keretapi Laju


Hasil siasatan awal mendapati, nahas kereta api laju di Wenzhou akibat kegagalan alat isyarat kecemasan berfungsi. Ini berlaku berikutan kesilapan yang serius dalam reka bentuk alat isyarat kecemasan di Stesen Selatan Wenzhou. Lampu amaran berwarna merah tersalah bertukar menjadi lampu hijau selepas alat tersebut terkena petir.


Demikian penjelasan yang diberi oleh Ketua Pengarah Biro Kereta Api Shanghai, An Lusheng dalam Sidang Pleno Dewan Negara China mengenai nahas kereta api laju Ningbo-Wenzhou di Wenzhou hari ini.

An Lusheng berkata, pegawai yang bertugas tidak menyedari kerosakan pada alat isyarat tersebut dan tidak segera membaikinya.


Keadaan itu jelas membuktikan terdapat masalah dalam kualiti kelengkapan teknikal, kualiti pekerja dan keupayaan pengendalian operasi. Beliau turut mengakui terdapat banyak kelemahan dalam kerja menyelamat jabatan kereta api.


Dalam perkembangan yang lain, Perdana Menteri Wen Jiaobao meninjau ke kawasan nahas di Wenzhou untuk menyampaikan rasa simpati kepada mangsa dan anggota keluarga mereka.

Sejurus selepas itu, beliau memberi penjelasan berkenaan operasi menyelamat dan kerja mengendalikan nahas tersebut kepada lebih 70 media dari dalam dan luar negara.


Dalam sidang medianya, Wen Jiabao sekali lagi menegaskan bahawa kepentingan keselamatan kereta api laju akan terus diberi perhatian serius.

Menurutnya, usaha pembinaan projek kereta api berkelajuan tinggi sudah mencapai kemajuan yang besar. Kemalangan itu memberi peringatan kepada semua bahawa keselamatan penumpang perlu diutamakan pada masa akan datang.



http://malay.cri.cn/601/2011/07/28/241s122822_1.htm

No comments:

Post a Comment