Pages

Saturday, December 31, 2016

Guangdong Harap Tingkat Kerjasama dengan Negara-Negara di Laluan B&R


Forum Peringkat Tinggi Kerjasama Kapasiti Pengeluaran dan Pembangunan Inovasi bagi Ekspo Antarabangsa Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 Guangdong 2016 yang dianjurkan oleh pihak berkuasa bandar Guangzhou, ibu kota provinsi Guangdong telah diadakan pada 28 Oktober lalu.

Gabenor Provinsi Guangdong, Zhu Xiaodan ketika menyampaikan ucapan dalam forum kali ini berkata, selaku salah satu tempat permulaan Laluan Sutera Maritim pada zaman purba China, di samping antara provinsi China yang paling awal melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, Guangdong sentiasa mengutamakan pembinaan inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R), sekali gus memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan dengan negara-negara di sepanjang laluan B&R dalam sektor ekonomi dan perdagangan, kapasiti pengeluaran, inovasi sains dan teknologi serta pertukaran muhibah.


Tambah Zhu Xiaodan lagi, Guangdong diharap akan merebut peluang keemasan tersebut untuk meningkatkan rasa saling memahami dan saling mempercayai dengan negara-negara di sepanjang laluan B&R agar kerjasama bilateral terus digerakkan dalam bidang perkilangan, pertanian, sumber tenaga dan ekonomi maritim pada masa depan.

Forum kali ini turut diserikan oleh kehadiran lebih 800 orang peserta dari China dan negara asing.



http://malay.cri.cn/601/2016/10/31/241s165643.htm

Monday, December 26, 2016

Perkhidmatan Pos Melalui Kereta Api China-Eropah

Sebanyak 139 buah paket pos dalam 26 bungkusanan yang berlepas dari bandar Chongqing, China melalui pengangkutan kereta api "Yuxinou" iaitu dari Chongqing, melalui Xinjiang dan sampai ke Europe, telah tiba di pusat pos Frankfurt, Jerman dan semuanya disampaikan ke penerima masing-masing sehingga Jumaat lalu. Ini menandakan ujian perkhidmatan pos melalui pengangkutan kereta api China-Eropah mencapai kejayaan.

Menurut taklimat, perkhidmatan pos melalui pengangkutan kereta api ini 20 hari lebih cepat berbanding dengan pengangkutan laut, manakala kosnya hanya mewakili satu perlima berbanding dengan pengangkutan udara.



http://malay.cri.cn/601/2016/10/23/27s165482.htm

Wednesday, December 21, 2016

Gunung Salji Yulong yang Indah


Gunung salji Yulong menyimpan makna yang sangat istimewa bagi penduduk Lijiang dan merupakan gunung suci bagi etnik Naxi.

Gunung tersebut terletak di bahagian barat laut Lijiang yang terdiri daripada 13 puncak gunung dan dilitupi salji sepanjang tahun.



http://malay.cri.cn/601/2016/10/20/26s165445.htm

Friday, December 16, 2016

Ekspo Industri Kesihatan Antarabangsa Hainan


Ekspo Industri Kesihatan Antarabangsa Hainan 2016 diadakan di Haikou, ibu kota provinsi Hainan bermula 14 Oktober hingga hari ini.

Ekspo itu menjadi platform bagi pertukaran dan perdagangan antarabangsa yang profesional dalam bidang ubat-ubatan, perkakas perubatan, makanan kesihatan dan industri kesihatan. Syarikat-syarikat dari lebih 20 provinsi dan bandar di China serta lebih 10 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan dan Jepun menyertai ekspo kali ini.

Kerajaan Hainan menyenaraikan industri perubatan dan kesihatan dalam 12 bidang yang diutamakan dalam perkembangan ekonomi pada tahun 2016. Menurut rancangan berkenaan, industri kesihatan akan menduduki 15 peratus dalam jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di provinsi itu menjelang 2020.



http://malay.cri.cn/601/2016/10/16/41s165350.htm

Sunday, December 11, 2016

Ahli Kaligrafi China Penerima Anugerah Ekonomi Islam


Sidang Kemuncak Ekonomi Islam Global ke-3 dirasmikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Ahli kaligrafi Islam China, Mi Guangjiang dianugerahi Hadiah Ekonomi Islam kategori "fesyen, seni dan reka bentuk Islam".

Mi Guangjiang, 53, yang berasal dari provinsi Shandong, pernah belajar dan bekerja di negara-negara Arab seperti Mesir selama lebih sepuluh tahun. 



Beliau menceburkan diri dalam penyelidikan kaligrafi dan seni khat serta naskhah kitab suci al-Quran bertulisan tangan.

Karya beliau menggabungkan ciri-ciri kaligrafi tradisional China dengan seni khat dan telah banyak kali dipamerkan di luar negara.



http://malay.cri.cn/601/2016/10/12/261s165293.htm

Tuesday, December 6, 2016

Wartawan Jelajahi Jalan Sutera China-Rusia

"Wartawan Multi-media Jelajahi Jalan Sutera China-Rusia" anjuran bersama Jabatan Pentadbiran Am Penerangan, Penerbitan, Radio, Filem dan TV China (SAPPRFT), Radio Antarabangsa China (CRI) dan agensi berita antarabangsa Rusia, Rossiya Segodnya dirasmikan di Kedutaan Besar Rusia di China hari ini.

Pegawai kedutaan, Kementerian Luar China dan pihak media kedua-dua negara telah menyertai aktiviti tersebut.

Duta Besar Rusia ke China, Andrey Denisov berkata, aktiviti kali ini menjadi platform yang baik bagi kerjasama antara media kedua-dua negara, di samping mempamerkan keunikan kebudayaan dan kemajuan masyarakat kedua-dua negara.

Penolong Kementerian Luar China, Li Huilai pula berkata, langkah media massa kedua-dua negara memberikan fokus pada keadaan Jalan Sutera bersesuaian dengan trend semasa.

Beliau berharap agar aktiviti tersebut dapat menyediakan persekitaran yang kondusif bagi perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Presiden CRI, Wang Gengnian berkata, aktiviti kali ini akan memperkenalkan pembangunan sosioekonomi, sejarah, kebudayaan dan adat resam di zon ekonomi Jalan Sutera kepada rakyat kedua-dua negara.



http://malay.cri.cn/601/2016/10/11/42s165274.htm

Thursday, December 1, 2016

Pelancong China Pilih Asia Tenggara sebagai Destinasi Pelancongan Sempena Cuti Hari Kebangsaan


Dalam tempoh cuti Hari Kebangsaan China yang bermula pada 1 hingga 7 Oktober lalu, banyak negara telah melonggarkan polisi visa kepada pelancong China, di samping menyediakan persekitaran pelancongan yang baik untuk warga China.

Menurut data daripada sistem pengurusan perkhidmatan rombongan pelancongan negara China, dalam tempoh tujuh hari yang lalu, pelancong yang mengikuti rombongan ke luar negara mencatat kira-kira 1.4 juta orang, dengan purata 200 ribu orang sehari, meningkat 11.9 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu.

Destinasi pilihan bagi pelancong China dalam senarai 10 teratas adalah Korea Selatan, Jepun, Rusia, Thailand, Taiwan China, Australia, Vietnam, Malaysia, Perancis dan Singapura.



http://malay.cri.cn/601/2016/10/08/26s165223.htm

Saturday, November 26, 2016

China Hendak Anjur Piala Dunia 2030


Naib Pengerusi Persatuan Bola Sepak China (CFA), Zhang Jian ketika diwawancara baru-baru ini berkata, pihaknya hendak memohon untuk menganjur Piala Dunia Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Sepak (FIFA) 2030. Menurutnya, menganjurkan piala dunia menjadi impian bagi semua peminat bola sepak China.

Memandangkan Piala Dunia 2022 bakal diadakan di Qatar, tahun 2026 tidak mungkin lagi menyaksikan negara Asia sebagai tuan rumah kejohanan itu dengan adanya peraturan Piala Dunia tidak boleh diadakan di satu benua secara berterusan. Maka, tahun 2030 barulah dilihat peluang yang baik kepada China.



http://malay.cri.cn/601/2016/09/29/41s165124.htm

Monday, November 21, 2016

Makmal Tiangong-2 Bakal Bercantum dengan Kapal Angkasa Lepas Shenzhou-11


Pusat Kawalan Angkasa Lepas Beijing telah berjaya menjalankan kawalan orbit sebanyak dua kali semalam bagi menghantar Makmal Tiangong-2 ke orbit yang berjarak 393 kilometer dari bumi.

Hal tersebut menandakan Makmal Tiangong-2 telah memasuki fasa persiapan untuk bercantum dengan kapal angkasa lepas Shenzhou-11.



http://malay.cri.cn/601/2016/09/26/26s165054.htm

Wednesday, November 16, 2016

Pameran Sejarah Perkembangan Hak Asasi Manusia di PBB


China telah mencapai kemajuan pesat dan hasil yang cemerlang dalam usaha perlindungan hak asasi manusia.

Kejayaan tersebut mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa.
Demikian dinyatakan Naib Menteri Luar China, Li Baodong ketika mengunjungi pameran fotografi yang bertajuk "Usaha Gigih China dalam Perkembangan Pesat Hak Asasi Manusia" yang diadakan di ibu pejabat PBB pagi semalam.

Menurut beliau, usaha menggalakkan perkembangan hak asasi manusia di China yang mempunyai 1.3 bilion penduduk bukanlah hal yang mudah untuk dilakukan.
Hasil yang dicapai jelas mencerminkan China amat mengutamakan rakyatnya dan mementingkan hak asasi manusia.


Pameran yang diadakan sempena Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-71 itu akan membantu masyarakat antarabangsa untuk memahami kemajuan China dalam usaha perlindungan hak asasi manusia.

Pameran yang memaparkan lebih 80 gambar tersebut dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China dengan kerjasama Radio Antarabangsa China (CRI).

Sejak dirasmikan pada 19 September lalu di ibu pejabat PBB, pameran itu telah berjaya menarik perhatian ramai peserta persidangan UNGA.



http://malay.cri.cn/601/2016/09/23/102s165012.htm

Friday, November 11, 2016

Xin Jinping Ditemui Putin


Presiden China, Xi Jinping telah ditemui rakan sejawatnya dari Rusia, Viladimir Putin di Hangzhou hari ini.

Xi Jinping mengalu-alukan kedatangan Putin untuk menyertai Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20). Beliau menegaskan bahawa China dan Rusia perlu mengeratkan lagi kerjasama strategik komprehensif, menyokong sepenuhnya usaha masing-masing untuk memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara. Kedua-dua pihak diharap menggalakkan penggabungan strategik pembangunan kedua-dua negara antara pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan pembinaan Kesatuan Ekonomi Eurasia, antaranya termasuklah menggalakkan kerjasama pragmatik yang melibatkan pembinaan prasarana, sumber tenaga, penerbangan, aeroangkasa dan teknologi canggih, di samping memperkasakan pertukaran ketenteraan dan kerjasama keselamatan.

Kedua-dua negara juga perlu mengeratkan koordinasi dan kerjasama dalam hal ehwal antarabangsan dan serantau, memelihara prinsip dan tujuan Piagam PBB serta norma asas hubungan antarabangsa dengan bersungguh-sungguh, menjaga kesaksamaan dan keadilan antarabangsa, di samping menggalakkan kedamaian, kestabilan dan kemakmuran dunia.


Dalam pertemuan itu, Putin menyatakan bahawa Rusia bersedia untuk bersama-sama dengan China mendorong daya kekuatan yang lebih besar berdasarkan rasa saling mempercayai dalam politik dan persahabatan rakyat kedua-dua negara, memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, kewangan, sumber tenaga serta sains dan teknologi bagi membawa lebih banyak faedah kepada rakyat kedua-dua negara.



http://malay.cri.cn/601/2016/09/04/26s164685.htm

Saturday, November 5, 2016

China dan AS Kekalkan Kerjasama


Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah mengadakan pertemuan di Hangzhou semalam.

Kedua-dua pemimpin telah bertukar-tukar pendapat secara mendalam, mesra serta mencapai konsensus mengenai hubungan dua hala dan isu-isu antarabangsa dan rantau yang menjadi tumpuan bersama.

Xi Jinping menyatakan bahawa China menyanjung kerjasama dan sokongan AS terhadap China sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20). China bersedia untuk bersama-sama dengan AS dan pihak-pihak yang terlibat memastikan sidang kali ini mencapai hasil positif bagi menyuntik daya kekuatan dan merangsang keyakinan ekonomi dunia.

Menurut Xi Jinping, China dan AS adalah pihak yang paling awal meratifikasi Persetujuan Paris dan menyerahkan dokumen berkenaan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kedua-dua pihak akan terus memperluas kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, antaranya termasuklah penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau, sumber tenaga bersih, jaringan elektrik pintar, pelabuhan hijau dan bandar rendah karbon.


Dalam pertemuan itu, Xi Jinping juga menyatakan bahawa China bersunguh-sungguh memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah, di samping menentang sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang cuba memisahkan Taiwan daripada Tanah Besar China. China berharap agar AS mematuhi dasar Satu China dan prinsip tiga pengumuman bersama China-AS serta mengambil tindakan yang praktikal bagi mengekalkan keharmonian hubungan Tanah Besar China-Taiwan dan kerjasama bilateral China-AS.

Obama pula menyatakan bahawa tindakan AS dan China yang mendahului pihak-pihak lain dalam Persetujuan Paris mencerminkan pengaruh kerjasama kedua-dua negara berkenaan. AS bersedia untuk menjalinkan kerjasama penguatkuasaan undang-undang dengan China dalam usaha memerangi jenayah rentas sempadan, mengadakan perbincangan lanjut dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan serta meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang keselamatan serantau dan global.

Ketika membicarakan isu Taiwan, Obama menyatakan bahawa dasar Satu China yang dijalankan oleh AS tidak pernah berubah, bahkan turut menentang sebarang tindak-tanduk yang cuba mewujudkan "Kemerdekaan Taiwan". Selain itu, AS juga mengiktiraf Tibet sebagai wilayah China.



http://malay.cri.cn/601/2016/09/04/26s164679.htm

Monday, October 31, 2016

China dan Arab Saudi Tingkat Kerjasama


Presiden China, Xi Jinping telah ditemui Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman di Beijing semalam.

Presiden Xi mengalu-alukan kunjungan Mohammed ke China dan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou. Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi China-Arab Saudi yang berjaya mengadakan mesyuarat buat julung-julung kali.

Xi Jinping menyatakan bahawa China menyifatkan Arab Saudi sebagai rakan kerjasama yang penting dalam pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). China bersedia untuk bersama-sama dengan Arab Saudi memperkaya konotasi hubungan perkongsian strategik komprehensif yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, di samping menggalakkan kedamaian serantau dan dunia.

Xi Jinping menyatakan bahawa masyarakat antarabangsa meletakkan harapan yang tinggi kepada sidang kemuncak kali ini agar memainkan peranan yang aktif dalam meningkatkan ekonomi dunia dan kerjasama antarabangsa. China dan Arab Saudi diharap dapat bergabung tenaga untuk memastikan sidang kali ini memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi dunia dan tadbir urus sejagat.

Mohammed menyatakan bahawa kerajaan dan rakyat Arab Saudi amat mementingkan hubungan dengan China, dan menyifatkan China sebagai rakan strategik yang penting. Pihaknya menyokong China sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou.



http://malay.cri.cn/601/2016/09/01/26s164630.htm

Wednesday, October 26, 2016

Buah Delima Keluaran Mengzi Yunnan Tarik Pedagang Asia Tenggara


Bandar Mengzi, provinsi Yunnan China berjiran dengan kawasan Asia Tenggara. Pada musim buah delima dari bulan Ogos hingga September, buah-buahan ini akan menarik ramai pedagang dari Myanmar, Thailand dan Vietnam untuk membeli dan kemudian menjual di pasaran negara masing-masing.

Mengzi dinamakan sebagai "Kampung Buah Delima China" oleh Biro Perhutanan China pada tahun 2004. Keluasan penanaman buah delima di tempat itu mencatat lebih 8 ribu hektar dengan kapasiti pengeluarannya hampir 300 ribu tan setahun.



http://malay.cri.cn/601/2016/08/31/26s164619.htm

Friday, October 21, 2016

Kontinjen Paralimpik China Ditubuhkan


Kontinjen Paralimpik China telah ditubuhkan dalam perhimpunan yang diadakan di Beijing petang semalam sebagai persediaan untuk menyertai Sukan Paralimpik ke-15 di Río de Janeiro, Brazil.

Kontinjen tersebut terdiri daripada 499 orang, antaranya termasuklah 308 atlet yang bakal bertanding dalam 528 acara bagi 22 jenis sukan di temasya sukan yang bakal berlangsung pada 7 hingga 18 September nanti.


Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong dalam perhimpunan itu juga menggalakkan atlet kurang upaya supaya berjuang dengan bersunguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan, di samping menyemarakkan semangat kesukanan yang tinggi.



http://malay.cri.cn/601/2016/08/30/26s164602.htm

Sunday, October 16, 2016

Mesyuarat Menteri Perdagangan G20 2016 di Shanghai


Mesyuarat Menteri Perdagangan Kumpulan G20 2016 dirasmikan di Shanghai pada 9 Julail lalu.

Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng dalam majlis perasmian mesyuarat kali ini berkata, jumlah perdagangan asing dan agregat ekonomi negara-negara anggota G20 masing-masing melampaui 80% dan 85% daripada agregat ekonomi dunia, maka G20 memainkan peranan enjin bagi pertumbuhan ekonomi sejagat.


Gao berkata, para peserta akan mengadakan perbincangan tentang isu-isu berhubung meningkatkan pembinaan mekanisma perdagangan dan pelaburan G20, menyokong sistem perdagangan multilateral, memacu pertumbuhan ekonomi global pada mesyuarat yang diadakan pada 9 hingga 10 Julau ini.



Para peserta diharap bersikap terbuka dan inklusif agar mencapai konsensus yang pragmatik dalam mesyuarat kali ini demi meletakkan asas yang kukuh bagi Sidang Kemuncak G20 yang bakal diadakan di Hangzhou pada bulan September.



http://malay.cri.cn/601/2016/07/09/241s163595.htm

Tuesday, October 11, 2016

Shenzhou-11 Dilancarkan Pertengahan Oktober


Kapal angkasa pembawa angkasawan Shenzhou-11 semalam diterbangkan ke Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, iaitu salah sebuah daripada empat pangkalan aeroangkasa utama di China, untuk kerja pemasangan dan ujian selanjutnya.


Difahamkan, Shenzhou-11 yang akan membawa dua orang angkasawan lelaki ke angkasa lepas dijadual dilancarkan pada pertengahan Oktober depan. Kini, semua persiapan berjalan dengan lancar dan teratur.

Tugas utama kapal angkasa buatan China itu adalah untuk menghantar personel dan bekalan kepada modul eksperimen Tiangong-2.



http://malay.cri.cn/601/2016/08/14/125s164307.htm

Thursday, October 6, 2016

Beijing Kumpulkan Reka Bentuk Logo Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022


Aktiviti "Surat undangan dari Tembok Besar" anjuran Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing diadakan di kaki Tembok Besar, bandar Beijing pada 31 Julai, sempena ulang tahun pertama bandar ini dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Aktiviti kali ini bertujuan untuk menjemput masyarakat di seluruh dunia mengirimkan reka bentuk lambang Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022.


Laman web rasmi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing turut dilancarkan secara rasmi dalam aktiviti kali ini, iaitu "www.beijing2022.cn". Bahan sumber ditawarkan laman web rasmi tersebut dalam tiga jenis bahasa, iaitu bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.



http://malay.cri.cn/601/2016/08/01/241s164056.htm

Saturday, October 1, 2016

IMF: Nilai RMB Sesuai dengan Keadaan Ekonomi


Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam mengedarkan Laporan Risiko Luaran 2016 yang menyebut, nilai mata wang renmindi (RMB) adalah sesuai dengan keadaan ekonomi China, meskipun susut pada setengah pertama tahun ini.

Menurut laporan tersebut, seiring dengan menurunnya ketergantungan ekonomi China terhadap permintaan luar, permintaan dalam negeri diunjur akan meningkat, dan pada masa yang sama lebihan perdagangan negara ini akan berkurang secara beransur-ansur dalam jangka masa sederhana.

Sementara itu, seiring dengan semakin ramai pelancong China melawat ke luar negara, defisit perdagangan perkhidmatan akan terus meningkat.



http://malay.cri.cn/601/2016/07/28/41s163978.htm

Monday, September 26, 2016

Kembara Laluan Sutera 2016 Bermula


Tujuh orang wartawan dari Malaysia dan tiga wartawan dari Indonesia melawat Radio Antarabangsa China (CRI), pihak penganjur program Kembara Laluan Sutera 2016 pagi tadi.

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Awang Sariyan turut berkunjung ke CRI untuk bertemu dengan rombongan wartawan tersebut.

Petang ini, mereka akan memulakan kembara ke Xi'an, ibu kota provinsi Shaanxi dengan menaiki kerera api laju (HSR) untuk mendekati masyarakat Muslim tempatan serta melawat destinasi pelancongan terkenal, Terra Cotta di sana.


Datuk Dr. Awang Sariyan bersama-sama Zhang Wenwen, Naib Pengarah Pusat Asia Tenggara merangkap Ketua Bahagian Bahasa Melayu

Pada beberapa hari akan datang, para wartawan dari Malaysia, Indonesia dan juga CRI akan melanjutkan kembara ke provinsi Qinghai untuk mencari tinggalan Jalan Sutera, melawat komuniti Islam tempatan dan beberapa syarikat industri halal yang telah menjalinkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN.


Rombongan wartawan Malaysia melawat Bahagian Bahasa Melayu CRI.

Selepas kembali ke Beijing pada 1 Ogos, rombongan Kembara Laluan Sutera 2016 akan melawat ke Masjid Niujie, masjid terkuno di Beijing serta Syarikat Kereta Api China yang sedang meneroka pasaran kerat api laju di ASEAN pada 2 Ogos, iaitu hari terakhir program kali ini.
Media-media yang terlibat dalam Kembara Laluan Sutera 2016 termasuk Astro Awani, Utusan, Al-Hjirah, Berita Harian, My Suara dan DBP dari Malaysia serta Metro News dan Kompas dari Indonesia.



http://malay.cri.cn/901/2016/07/27/102s163918.htm

Wednesday, September 21, 2016

Sibuk di Bazar Aidiladha









Bazar-bazar yang sibuk di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Umat Islam di seluruh China bersama-sama merayakan hari kebesaran itu.



http://malay.cri.cn/601/2016/09/12/123s164831_3.htm

Friday, September 16, 2016

Umat Islam Xinjiang Sambut Hari Raya Aidiladha




Penduduk Islam di wilayah Xinjiang, China membeli pakaian cantik-cantik dan memasak makanan untuk merayakan Hari Raya Aidiladha hari ini.

Dalam pada itu, pasaran makanan halal dan kompleks beli-belah tempatan turut membuat persiapan untuk memenuhi keperluan orang ramai sempena perayaan ini.



http://malay.cri.cn/601/2016/09/12/27s164816.htm

Sunday, September 11, 2016

Liu Yandong Ditemui Presiden Bank Dunia


Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong ditemui Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim di Beijing semalam.

Liu Yandong telah mengucapkan terima kasih lepada pihak Bank Dunia atas sumbangannya dalam membantu pembaharuan perubatan China.

Menurut beliau, Bank Dunia telah memberikan cadangan membina terhadap pembaharuan perubatan China dan rujukan penting bagi penyusunan skim "Kesihatan China".

Beliau berharap kedua-dua pihak terus mengintensifkan kerjasama demi kesihatan rakyat China khasnya dan dunia amnya.

Jim Yong Kim pula menyanjung tinggi prestasi pembaharuan perubahan China dan berharap kedua-dua pihak terus meningkatkan kerjasama untuk mempromosikan pengalaman yang berjaya negara ini kepada negara-negara lain.



http://malay.cri.cn/601/2016/07/23/122s163856.htm

Tuesday, September 6, 2016

Kapal Selam Zhang Qian Singgah di Shenzhen


Zhang Qian, kapal selam kendalian manusia peringkat 10 ribu meter telah berjaya menyelesaikan misi pertama di Laut China Selatan dan singgah di Pelabuhan Chiwan Shenzhen buat sementara waktu untuk bekalan sumber tenaga, penggantian anak kapal dan urusan kastam pada hari ini.


Kapal selam tersebut akan menuju ke kawasan perairan berhampiran dengan Papua New Guinea untuk melaksanakan misi pelayaran fasa kedua.





http://malay.cri.cn/601/2016/07/22/122s163830.htm

Thursday, September 1, 2016

Muzium Kereta Vintaj China Dibuka

Beberapa puluh kereta vintaj dari seluruh pelosok dunia telah "dijemput" ke China untuk dipamerkan dalam muzium tema kereta vintaj yang pertama di negara ini.




Muzium tersebut terletak di bandar Dalian.




Para pengunjung dapat menghayati dan memahami keunikan budaya kereta dari pelbagai zaman yang terdapat dalam muzium tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2016/07/21/122s163813.htm

Saturday, August 27, 2016

Xi Jinping Adakan Tinjauan di Ningxia

Presiden China, Xi Jinping telah membuat tinjauan di Wilayah Autonomi Hui Ningxia pada 18 hingga 20 Julai lalu.

\

Xi telah mengunjungi rumah keluarga Ma Kejun, penduduk Kampung Yangling Kaunti Jingyuan bandar Guyuan Ningxia dan berbual-bual mesra dengan penduduk tempatan pada petang 18 Julai lalu.


Selain itu, Xi turut melawat dan bertemu dengan penduduk Kampung Yuanlong Kaunti Yongning bandar Yinchuan, ibu kota wilayah Ningxia pada pagi 19 Julai lalu.



http://malay.cri.cn/601/2016/07/21/122s163812.htm

Monday, August 22, 2016

14,500 Umat Islam China Tunai Fardu Haji ke Mekah

Seramai 14,500 penganut agama Islam China bakal menuju ke tanah suci Mekah untuk menunaikan fardu haji. Penganut yang berasal dari Henan, Mongolia Dalam, dan Hebei bertolak dari Beijing hari ini.

Menurut maklumat berkenaan, setakat Jumaat lalu, seramai 11,000 penganut Islam China telah tiba di Madina, Arab Saudi dengan menaiki 37 pesawat carter.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Negara China, Zhang Yantong ketika mengucapkan selamat jalan kepada umat Islam China di lapangan terbang Beijing menyatakan bahawa jabatannya bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasaan yang berkenaan untuk menyediakan perkhidmatan yang baik kepada penganut Islam China agar memudahkan perjalanan mereka.



http://malay.cri.cn/601/2016/08/20/26s164432.htm

Wednesday, August 17, 2016

Forum Kedamaian Dunia Dibuka Tirainya


China, selaku pembina perdamaian dunia, penyumbang kepada perkembangan sejagat dan pelindung orde antarabangsa yang saksama dan wajar, bersedia bersama-sama dengan pelbagai negara untuk mencipta masa depan yang kekal damai dan makmur bersama.

Harapan itu diluahkan Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong ketika berucap pada Forum Kedamaian Dunia ke-5 yang diadakan di Universiti Tsinghua, Beijing hari ini.
Yandong berkata, kedamaian dan pembangunan merupakan matlamat utama yang dikejar bangsa 

China sejak sekian lama. China sentiasa menempuhi jalan pembangunan yang damai, melaksanakan strategi pembukaan yang saling menguntungkan, memperluas penjalinan ikatan muhibah dengan pelbagai negara, dan proaktif menunaikan kewajiban antarabangsa.

Forum itu bertemakan "Orde Keselamatan Bersama: Bekerjasama, Inklusif, Terbuka" dan dilancarkan sepadan dengan situasi semasa dan permintaan pembangunan.



http://malay.cri.cn/601/2016/07/16/125s163730.htm

Friday, August 12, 2016

CRI Bantu Tubuhkan Dua Kolej Komunikasi Antarabangsa di Yunnan


Universiti Yunnan dan Universiti Minzu Yunnan masing-masing menubuhkan satu Kolej Komunikasi Antarabangsa Asia Selatan dan Asia Tenggara di bandar Kunming, hari ini, atas sumbangan Radio Antarabangsa (CRI) dan pihak berkuasa provinsi Yunnan.


Presiden CRI, Wang Gengnian pada upacara pelancaran dua kolej tersebut menyatakan bahawa kedudukan Yunnan yang strategik menyebabkan ia berperanan sebagai satu hab dalam pelaksanaan dasar buka pintu terhadap kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara. Oleh hal yang demikian, penubuhan dua kolej berkenaan bermakna strategik untuk mempergiatkan usaha komunikasi antarabangsa.

Beliau berharap agar kedua-dua kolej tersebut dapat menjadi tempat bermulanya pembangunan modal insan yang mengutamakan pengkajian terhadap budaya, bahasa, negara-negara dan teknik pemberitaan.



http://malay.cri.cn/601/2016/07/15/125s163719.htm

Sunday, August 7, 2016

Rundingan Keqiang dengan Pemimpin EU


Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan rundingan dengan Presiden Majlis Eropah, Tusk dan Presiden Jawatankuasa Kesatuan Eropah (EU), Juncker di Dewan Kongres Rakyat, Beijing pada pagi 13 Julai lalu.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan secara mendalam mengenai pembinaan proses integrasi Eropah, hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dan EU dan wajib EU yang terkandung dalam fasal 15 " Protokol China Menganggotai Pertubuhan Perdagangan Dunia" serta hal-ehwal serantau dan antarabangsa yang diberi perhatian bersama.


Li Keqiang menyatakan, pihak China akan sentiasa memberi sokongan kukuh kepada proses integrasi Eropah, bersikap positif terhadap kemakmuran dan kestabilan Kesatuan Eropah (EU) serta yakin EU akan mendapat perkembangan baru melalui pembaharuan. Ini pun selaras dengan kepentingan bersama China dan EU. Pihak China bersudi bekerjasama dengan EU dan berusaha dengan sedaya upaya untuk memelihara kedamaian dan kemakmuran dunia supaya dapat mendorong pembangunan dan kemakmuran bersama.

Menurut Tusk dan Juncker, hubungan China dan EU kelihatan semakin mantap dan strategik dengan pengaruhnya semakin meluas ke lingkungan sejagat. EU mangambil berat kepada perkongsian strategi dan kerjasama pragmatik dengan China. Isu oversupply keluli merupakan isu sejagat, dan juga pernah dialami Eropah. Pihaknya menghargai tindakan berkesan yang diambil China mengenai isu tersebut dan berharap agar bersama dengan pihak China berdasarkan persahabatan mencari pakej penyelesaian yang bersifat membina. Selain itu, pihaknya akan memegang janjinya dan bersungguh-sungguh mengadakan perbincangan untuk menjalankan kewajibannya yang terkandung dalam fasal 15 Protokol berkenaan.



http://malay.cri.cn/601/2016/07/14/125s163699.htm