Pages

Sunday, July 27, 2014

Polis Beijing Adakan Latihan Antikeganasan


Polis Beijing mengadakan latihan antikeganasan pada 24 Julai lalu. Latihan itu bertujuan meningkatkan kemampuan anggota polis Beijing dalam membanteras kegiatan keganasan dan memelihara keamanan ibu negara.






http://malay.cri.cn/601/2014/07/25/21s150691.htm

Tuesday, July 22, 2014

Beijing Dilanda Cuaca Panas


Jabatan Meteorologi Beijing baru-baru ini mengeluarkan amaran cuaca panas untuk tempoh 4 hari berturut-turut, di samping menasihati orang awam supaya mengelakkan aktiviti riadah di luar pada masa tengah hari.


Suhu udara di Beijing mencatat 36 darjah Celsius pada 20 Julai lalu, dan akan menurun berikutan hujan yang dijangka turun pada 21 Julai.



http://malay.cri.cn/601/2014/07/21/21s150587.htm

Saturday, July 12, 2014

Hubungan China, AS Saling Melengkapi


Sejak terjalinnya hubungan diplomatik China dan AS pada 35 tahun yang lalu, hubungan kedua-dua negara berkembang dengan agak luar biasa. Pengalaman dan pengajaran yang ditimba amat berharga dan tidak boleh dilupakan. China dan AS patut berusaha membentuk hubungan negara gergasi jenis baharu yang tidak berkonflik, tidak bertentangan, saling menghormati dan bekerjasama untuk mencapai situasi menang-menang. China dan AS perlu meningkatkan rasa saling mempercayai, mencari kepentingan bersama, dan mengawal perselisihan bagi mendorong hubungan bilateral terus berkembang maju.

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika ditemui anggota utama delegasi AS yang menghadiri Dialog Strategi dan Ekonomi China-AS pusingan ke-6 serta Pertukaran Sosiobudaya China-AS pusingan ke-5 di Beijing semalam, termasuk Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Setiausaha Perbendaharaan AS, Jacob Lew.

John Kerry dan Jacob Lew pula berkata, dialog dan perbincangan dengan China dua hari yang lalu amat berhasil. Presiden Obama mengalu-alukan kehadiran China sebagai negara yang kuat, makmur lagi stabil. AS tidak berniat untuk menyekat, berkonflik dan bertentangan dengan China. AS menyokong China terus memperdalam pembaharuan. Pembangunan ekonomi China bermanfaat bagi AS yang berharap hubungan bilateral dapat mencapai lebih banyak hasil. Pihaknya bersedia meningkatkan dialog bagi mencapai perjanjian pelaburan bilateral dengan segera sekali gus memperkukuh hubungan rakan ekonomi kedua-dua pihak. AS dan China juga akan bersama-sama menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim dan isu-isu hangat serantau, memelihara kepentingan bersama serta keselamatan, kestabilan dan kemakmuran dunia. Presiden Obama berharap untuk melawat Beijing sekali lagi dan menghadiri sidang kemuncak APEC.



http://malay.cri.cn/601/2014/07/11/102s150354.htm

Saturday, July 5, 2014

Majlis Menulis Pertama Diadakan di Beijing






Majlis Menulis Untuk Kali Pertama disifatkan sebagai majlis paling penting dalam riwayat hidup seseorang pada zaman purba di China. Semalam, kanak-kanak yang berpakaian tradisional bangsa Han telah menjalani majlis tersebut di bawah panduan guru di Taman Daguan Beijing. Mereka memuja patung Confucius dan memperlihatkan keadaan kursus pertama kanak-kanak pada zaman purba kepada ibu bapa serta para pelancong.



http://malay.cri.cn/601/2014/07/02/102s150122.htm