Pages

Monday, October 31, 2016

China dan Arab Saudi Tingkat Kerjasama


Presiden China, Xi Jinping telah ditemui Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman di Beijing semalam.

Presiden Xi mengalu-alukan kunjungan Mohammed ke China dan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou. Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi China-Arab Saudi yang berjaya mengadakan mesyuarat buat julung-julung kali.

Xi Jinping menyatakan bahawa China menyifatkan Arab Saudi sebagai rakan kerjasama yang penting dalam pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). China bersedia untuk bersama-sama dengan Arab Saudi memperkaya konotasi hubungan perkongsian strategik komprehensif yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, di samping menggalakkan kedamaian serantau dan dunia.

Xi Jinping menyatakan bahawa masyarakat antarabangsa meletakkan harapan yang tinggi kepada sidang kemuncak kali ini agar memainkan peranan yang aktif dalam meningkatkan ekonomi dunia dan kerjasama antarabangsa. China dan Arab Saudi diharap dapat bergabung tenaga untuk memastikan sidang kali ini memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi dunia dan tadbir urus sejagat.

Mohammed menyatakan bahawa kerajaan dan rakyat Arab Saudi amat mementingkan hubungan dengan China, dan menyifatkan China sebagai rakan strategik yang penting. Pihaknya menyokong China sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou.



http://malay.cri.cn/601/2016/09/01/26s164630.htm

Wednesday, October 26, 2016

Buah Delima Keluaran Mengzi Yunnan Tarik Pedagang Asia Tenggara


Bandar Mengzi, provinsi Yunnan China berjiran dengan kawasan Asia Tenggara. Pada musim buah delima dari bulan Ogos hingga September, buah-buahan ini akan menarik ramai pedagang dari Myanmar, Thailand dan Vietnam untuk membeli dan kemudian menjual di pasaran negara masing-masing.

Mengzi dinamakan sebagai "Kampung Buah Delima China" oleh Biro Perhutanan China pada tahun 2004. Keluasan penanaman buah delima di tempat itu mencatat lebih 8 ribu hektar dengan kapasiti pengeluarannya hampir 300 ribu tan setahun.



http://malay.cri.cn/601/2016/08/31/26s164619.htm

Friday, October 21, 2016

Kontinjen Paralimpik China Ditubuhkan


Kontinjen Paralimpik China telah ditubuhkan dalam perhimpunan yang diadakan di Beijing petang semalam sebagai persediaan untuk menyertai Sukan Paralimpik ke-15 di Río de Janeiro, Brazil.

Kontinjen tersebut terdiri daripada 499 orang, antaranya termasuklah 308 atlet yang bakal bertanding dalam 528 acara bagi 22 jenis sukan di temasya sukan yang bakal berlangsung pada 7 hingga 18 September nanti.


Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong dalam perhimpunan itu juga menggalakkan atlet kurang upaya supaya berjuang dengan bersunguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan, di samping menyemarakkan semangat kesukanan yang tinggi.



http://malay.cri.cn/601/2016/08/30/26s164602.htm

Sunday, October 16, 2016

Mesyuarat Menteri Perdagangan G20 2016 di Shanghai


Mesyuarat Menteri Perdagangan Kumpulan G20 2016 dirasmikan di Shanghai pada 9 Julail lalu.

Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng dalam majlis perasmian mesyuarat kali ini berkata, jumlah perdagangan asing dan agregat ekonomi negara-negara anggota G20 masing-masing melampaui 80% dan 85% daripada agregat ekonomi dunia, maka G20 memainkan peranan enjin bagi pertumbuhan ekonomi sejagat.


Gao berkata, para peserta akan mengadakan perbincangan tentang isu-isu berhubung meningkatkan pembinaan mekanisma perdagangan dan pelaburan G20, menyokong sistem perdagangan multilateral, memacu pertumbuhan ekonomi global pada mesyuarat yang diadakan pada 9 hingga 10 Julau ini.



Para peserta diharap bersikap terbuka dan inklusif agar mencapai konsensus yang pragmatik dalam mesyuarat kali ini demi meletakkan asas yang kukuh bagi Sidang Kemuncak G20 yang bakal diadakan di Hangzhou pada bulan September.



http://malay.cri.cn/601/2016/07/09/241s163595.htm

Tuesday, October 11, 2016

Shenzhou-11 Dilancarkan Pertengahan Oktober


Kapal angkasa pembawa angkasawan Shenzhou-11 semalam diterbangkan ke Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, iaitu salah sebuah daripada empat pangkalan aeroangkasa utama di China, untuk kerja pemasangan dan ujian selanjutnya.


Difahamkan, Shenzhou-11 yang akan membawa dua orang angkasawan lelaki ke angkasa lepas dijadual dilancarkan pada pertengahan Oktober depan. Kini, semua persiapan berjalan dengan lancar dan teratur.

Tugas utama kapal angkasa buatan China itu adalah untuk menghantar personel dan bekalan kepada modul eksperimen Tiangong-2.



http://malay.cri.cn/601/2016/08/14/125s164307.htm

Thursday, October 6, 2016

Beijing Kumpulkan Reka Bentuk Logo Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022


Aktiviti "Surat undangan dari Tembok Besar" anjuran Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing diadakan di kaki Tembok Besar, bandar Beijing pada 31 Julai, sempena ulang tahun pertama bandar ini dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Aktiviti kali ini bertujuan untuk menjemput masyarakat di seluruh dunia mengirimkan reka bentuk lambang Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022.


Laman web rasmi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing turut dilancarkan secara rasmi dalam aktiviti kali ini, iaitu "www.beijing2022.cn". Bahan sumber ditawarkan laman web rasmi tersebut dalam tiga jenis bahasa, iaitu bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.



http://malay.cri.cn/601/2016/08/01/241s164056.htm

Saturday, October 1, 2016

IMF: Nilai RMB Sesuai dengan Keadaan Ekonomi


Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam mengedarkan Laporan Risiko Luaran 2016 yang menyebut, nilai mata wang renmindi (RMB) adalah sesuai dengan keadaan ekonomi China, meskipun susut pada setengah pertama tahun ini.

Menurut laporan tersebut, seiring dengan menurunnya ketergantungan ekonomi China terhadap permintaan luar, permintaan dalam negeri diunjur akan meningkat, dan pada masa yang sama lebihan perdagangan negara ini akan berkurang secara beransur-ansur dalam jangka masa sederhana.

Sementara itu, seiring dengan semakin ramai pelancong China melawat ke luar negara, defisit perdagangan perkhidmatan akan terus meningkat.



http://malay.cri.cn/601/2016/07/28/41s163978.htm