Pages

Saturday, June 29, 2013

Angkasawan China Pertama Kali Beri Syarahan dari Ruang Angkasa



Angkasawan wanita China kapal angkasa Shenzhou-10, Wang Yaping telah memberi syarahan melalui televideo tentang gejala fizikal dalam keadaan graviti sifar dalam modul eksperimen Tiangong-1 pagi.

Belaiu dibantu oleh Nie Haisheng, manakala Zhang Xiaoguang bertugas sebagai jurugambar.


Dalam syarahan yang berlangsung kira-kira 40 minit tersebut, ketiga-tiga angkasawan tersebut juga berinteraksi dengan guru dan pelajar di bumi.



http://malay.cri.cn/601/2013/06/20/61s141259.htm

Monday, June 24, 2013

Zhangjiajie, Destinasi Pelancongan yang Terkenal

Kawasan Zhangjiajie, Hunan akan dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang indah, hijau, dan terbuka serta terkenal di dalam dan luar negeri.

Demikian dinyatakan oleh Datuk Bandar Zhangjiajie, Xu Xianhui dalam majlis mempromosikan Zhangjiajie di Shenzhen,Guangdong hari ini.


Datuk Bandar Zhangjiajie, Xu Xianhui (kanan) diwawancara dalam majlis mempromosikan Zhangjiajie.

Menurut Xu, Zhangjiajie memiliki keajaiban ekologi yang jarang ditemui di dunia. Kadar liputan hutannya mencapai 69.62% selain udara yang segar, punca air yang bersih dan bahan makanan yang hijau.

Kawasan itu kaya dengan sumber pelancongan termasuk gunung-ganang, lembah, gua, mata air panas, tasik, anak sungai, hutan dara dan tapak peninggalan sejarah.



http://malay.cri.cn/601/2013/06/18/125s141214.htm

Wednesday, June 19, 2013

China Sambut Hari Karbon Rendah Pertama


China menyambut Hari Karbon Rendah yang pertama. Pelbagai tempat di seluruh negara melakukan bebarapa acara untuk memperkenalkan konsep dan dasar karbon rendah dalam kehidupan seharian dan aktiviti pengeluaran.

Untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap penjimatan tenaga dan pengurangan jumlah karbon, Dewan Negara China pada September tahun lalu menjadikan hari ketiga dalam Minggu Penjimatan Tenaga pada bulan Jun setiap tahun sebagai Hari Karbon Rendah.

Difahamkan, Minggu Penjimatan Tenaga tahun ini jatuh pada 15 hingga 21 bulan Jun.



http://malay.cri.cn/601/2013/06/17/125s141185.htm

Friday, June 14, 2013

Bahtera Damai Mula Misi Harmoni di Asia



Kapal hospital tentera laut China, Bahtera Damai memulakan pelayaran "misi harmoni 2013" ke lapan negara Asia untuk menyediakan perkhidmatan perubatan kepada rakyat negara berkenaan, pagi tadi.



Ini kali ketiga kapal itu melakukan misi tersebut ke luar negara.



Dalam tempoh misi kali ini, Bahtera Damai akan melawat Brunei Darussalam dan menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus) Latihan Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR). Kapal itu juga akan buat pertama kali memberi perkhidmatan perubatan kepada anggota tentera pelbagai negara yang menjalankan misi mengiringi dan melindungi keselamatan kapal-kapal di perairan Teluk Aden.



http://malay.cri.cn/601/2013/06/10/241s141046.htm

Sunday, June 9, 2013

Pertemuan Kemuncak Pertama Xi dengan Obama


Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama di California, AS.
Xi mengucapkan terima kasih kepada Obama atas undangan untuk bertemu di Estet Annenberg yang dikenali sebagai Sunnylands, yang berdekatan dengan Lautan Pasifik. Beliau berkata pertemuan tersebut untuk merangka cetakan biru perkembangan hubungan kedua-dua negara, bagi melaksanakan kerjasama yang merentasi Pasifik.



Menurut Xi, pada lebih 40 tahun yang lalu, pemimpin China dan AS telah mewujudkan persalaman merentasi Pasifik, sekali gus membuka semula hubungan kedua-dua negara ini. Sejak itu pula, hubungan tersebut berkembang baik dan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Presiden Xi berkata, pada masa ini, hubungan China dengan AS berada pada satu titik permulaan yang baharu. Kedua-dua negara patut meningkatkan koordinasi dan kerjasama kerana China dan AS mempunyai kepentingan bersama yang meluas, baik dari segi usaha membangunkan ekonomi sendiri, mendorong pemulihan ekonomi dunia, mahupun menangani isu serantau dan antarabangsa serta menghadapi cabaran global.



Tegas beliau, dalam situasi dunia yang baharu kini, China dan AS perlu mengkaji semula hubungan yang diperlukan oleh kedua-dua negara ini. Selain itu, kaedah mewujudkan kerjasama yang menang-menang, dan cara kerjasama untuk mendorong keamanan dan pembangunan dunia perlu diberi perhatian. Masalah-masalah tersebut bukan sahaja mendapat perhatian rakyat kedua-dua negara ini, malahan juga mendapat perhatian antarabangsa. China dan AS perlu bersama-sama mendorong pembinaan hubungan antara negara besar yang baharu.

Xi menambah, beliau menanti-nantikan untuk bertukar-tukar pandangan dengan Presiden Obama tentang pelbagai isu strategik yang penting bagi meningkatkan perfahamanan dan kerjasama yang menyeluruh. Beliau percaya pertemuan kemuncak kali ini akan membuahkan hasil dan dapat menyuntik kedinamikan baharu kepada hubungan China-AS.

Barack Obama mengalu-alukan lawatan Presiden Xi Jinping. Beliau berkata, hubungan antara China dengan AS amat penting bukan sahaja bagi kedua-dua negara ini, malah kawasan Asia Pasifik bahkan seluruh dunia. Pertemuan dengan Presiden Xi ini mencerminkan hasrat AS yang mementingkan hubungan dengan China.

Menurut beliau, perbincangan yang terus terang dan bersifat membina amat penting bagi hubungan kedua-dua negara pada masa depan. Pertemuan kali ini juga memberikan peluang kepada kedua-dua negara untuk bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai bidang bagi membina model kerjasama berdasarkan sikap yang saling menghormati dan saling menguntungkan. China yang aman, stabil dan makmur bermanfaat kepada AS dan dunia.



http://malay.cri.cn/601/2013/06/08/261s141008.htm

Tuesday, June 4, 2013

China Selesai Tinjau Sansha


Untuk memajukan pembangunan bandar terbaru China, satu delegasi rasmi melakukan tinjauan ke kepulauan dan perairan di bawah pentadbiran Sansha pada 6 hingga 14 Mei lepas.


Program ini merupakan tinjauan komprehensif pertama yang dilakukan oleh pihak berkuasa provinsi Hainan sejak bandar Sansha ditubuhkan pada Julai tahun lepas.


Delegasi yang terdiri daripada pegawai peringkat provinsi dan bandar itu belayar 2,270 batu nautika dengan menaiki kapal pentadbiran perikanan, Yuzheng-310. Tinjauan berkenaan melibatkan Terumbu Zengmu, selain terumbu Yongshu, Meiji dan Zhubi.





http://malay.cri.cn/601/2013/05/15/61s140413.htm