Pages

Wednesday, April 27, 2016

Forum Boao Tutup


Forum Boao 2016 ditutup petang semalam. Lebih 2,100 orang ahli politik, wakil bidang industri dan perdagangan serta pakar dari 62 negara dan kawasan berkumpul di Boao, provinsi Hainan, China dan memberikan cadangan bagi pembangunan di Asia dan dunia.

Setiausaha Agung forum tersebut, Zhou Wenzhong berkata, forum tahun ini berfokuskan lima bidang termasuk kewangan internet, ekonomi yang berkongsi, pembaharuan struktur pembekalan, keluaran pintar dan pengumpulan dana beramai-ramai.

Sejumlah besar usahawan dan pakar telah mencapai kata sepakat bahawa pembaharuan struktur akan mendinamikkan ekonomi di Asia. Para wakil memberikan perhatian yang tinggi tentang pembaharuan struktur pembekalan di China.



http://malay.cri.cn/601/2016/03/26/41s161824.htm


















Friday, April 22, 2016

PM Li Ditemui Pengarah Urusan IMF


Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde yang menghadiri sidang tahunan Forum Pembangunan China di Beijing pagi semalam.

Li berkata, ketidaktentuan ekonomi dunia semakin ketara. Pelbagai entiti ekonomi perlu memperkasakan penyelarasan dasar makro, memelihara dan mendorong kestabilan sistem ekonomi dan kewangan sejagat.

China memberikan perhatian yang serius tentang peranan dan cadangan daripada pelbagai institusi kewangan antarabangsa termasuk IMF.

Selain itu, China bersedia untuk meningkatkan dialog dan kerjasama dengan institusi-institusi tersebut dan menunjukkan isyarat positif untuk meningkatkan keyakinan pasaran.

Lagarde pula berkata, Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-13 China telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

IMF kagum akan kegigihan China dalam memperkasakan dasar pembaharuan ekonomi.



http://malay.cri.cn/601/2016/03/22/41s161746.htm

Sunday, April 17, 2016

Majlis Penutupan Sidang ke-4 NPC di Beijing


Sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan(NPC) China ke-12 mengadakan majlis penutupan di Dewan Rakyat Beijing pagi tadi.

Sidang tersebut mengadakan undian mengenai tujuh draf resolusi termasuk laporan kerja kerajaan, rancangan pembangunan lima tahun ke-13, laporan prestasi pelaksanaan rancangan pembangunan sosioekonomi negara pada tahun 2015, di samping rancangan, sasaran dan dasar bagi tahun 2016.


Selepas majlis penutupan itu berakhir, Perdana Menteri, Li Keqiang bertemu dengan wartawan untuk sesi wawancara.



http://malay.cri.cn/601/2016/03/16/26s161654.htm

Tuesday, April 12, 2016

Putin Ditemui Menteri Luar China


Presiden Rusia, Vladimir Putin ditemui Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang mengadakan lawatan ke Rusia di Istana Kremlin, Moscow semalam.

Putin menilai tinggi hubungan Rusia-China yang berkembang pada taraf yang tinggi. Beliau menyatakan, kedua-dua pihak perlu mempercepat kerjasama tentang projek yang penting, memperkasakan kerjasama dalam bidang sumber tenaga dan produk mekanik dan elektronik. Rusia mementingkan aktiviti "Tahun Pertukaran Media" kedua-dua negara. Pihaknya bersedia meningkatkan komunikasi dengan China dalam hal ehwal antarabangsa, dan bersama-sama memelihara norma asas tanggungjawab antarabangsa.

Wang menyatakan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 tercapainya Perjanjian Kerjasama China-Rusia Berdasarkan Persahabatan dan Semangat Kejiranan. China bersedia memegang kesempatan ini untuk secara menyeluruh memperkasakan hubungan rakan kerjasama strategik komprehensif China-Rusia. Rusia dijadikan keutamaan dalam diplomasi China tentang kerjasama luar. Skala dan kualiti ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara meningkat di bawah situasi ekonomi global yang berada dalam kemerosotan. Ini mencerminkan kerjasama dua hala yang pragmatik berpotensi besar. China yakin pada prospek pembangunan Rusia, dan bersedia terus meningkatkan taraf kerjasama berkenaan. China dan Rusia sebagai penggerak utama untuk memelihara keamanan, kestabilan, kesaksamaan, dan keadilan dunia, perlu terus meningkatkan penyelarasan strategik.

Selain itu, Wang juga mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang perkembangan kerjasama dialog dua hala, isu antarabangsa dan serantau termasuk isu Syria ,dan isu Semenanjung Korea yang bersama-sama diprihatinkan, dan mencapai persepakatan yang luas.



http://malay.cri.cn/601/2016/03/12/123s161614.htm

Thursday, April 7, 2016

Inovasi, Reformasi, Pembangunan Tumpuan Sidang G20 Hangzhou


Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou akan memfokuskan inovasi, reformasi dan pembangunan demi melakar kejayaan baharu untuk mesyuarat yang menjadi tumpuan seluruh dunia itu.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang media sempena sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) hari ini.

Wang berkata, pertumbuhan inovatif bakal menjadi topik utama dalam sidang kemuncak tersebut. Dengan mengambil peluang daripada revolusi perindustrian baharu dan ekonomi digital, cetakan biru baharu diharap dapat dihasilkan sebagai pemacu pembangunan ekonomi global. Dalam pada itu, reformasi struktur juga perlu diberikan penekanan.

Beliau turut menekankan pentingnya untuk menggalakkan entiti-entiti ekonomi utama mencapai persepakatan baharu dan bergabung tenaga untuk menggerakkan ekonomi global ke arah pemulihan yang lebih kukuh.

Tambah beliau lagi, China mengutamakan isu pembangunan dalam penyelarasan dasar makro, dan menggalakkan anggota-anggota G20 mengambil inisiatif bagi melaksanakan Agenda Pembangunan 

Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) demi mewujudkan pembangunan inklusif dunia.




http://malay.cri.cn/601/2016/03/08/21s161544.htm

Saturday, April 2, 2016

Arca Syiling Tembaga Gergasi


Arca syiling tembaga gergasi yang dipertontonkan di Taman Perlombongan Negara Baoshan, provinsi Hunan menarik kedatangan ramai pelancong.

Arca yang tingginya 27 meter dan tebalnya 3.8 meter dengan diameter 24 meter ini merupakan arca syiling tembaga kuno yang terbesar di dunia.





http://malay.cri.cn/601/2016/03/02/123s161436.htm