Pages

Saturday, June 27, 2015

Tony Leung Terima Pingat Seni Perancis


Pelakon terkenal Hong Kong, Tony Leung Chiu Wai dianugerahi Pingat Seni dan Sastera Perancis kategori pegawai pada 8 Jun lalu atas sumbangannya dalam usaha mendorong pertukaran kebudayaan antara China dan Perancis. Beliau merupakan pelakon China pertama yang memperoleh pingat tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2015/06/09/21s156817.htm

Monday, June 22, 2015

Kapal Karam China Bakal Diangkat dari Permukaan Air


Angka korban kapal karam di Sungai Yangtze meningkat kepada 97 orang, manakala lebih daripada 300 lagi masih hilang.

Bagaimanapun, anggota penyelamat tidak berputus asa dalam usaha mencari mangsa, biarpun peluang menemui mereka yang selamat semakin nipis. Mereka menebuk petak lubang kecil pada badan kapal peranginan itu untuk memudahkan akses ke dalam kapal yang terlungkup itu. Sehingga kini, usaha mencari tersebut telah mencecah lebih daripada 70 jam dan masih tiada sebarang penemuan berlaku.




Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Xu Chengguang memaklumkan, operasi mengangkat kapal berkenaan dari permukaan air akan dilakukan hari ini bagi menemukan lebih banyak mangsa, dengan tujuannya mengobarkan semangat kemanusiaan.





http://malay.cri.cn/601/2015/06/05/125s156748.htm

Sunday, June 7, 2015

Aktiviti Interaksi Budaya China-India


Perdana Menteri China, Li Keqiang bersama-sama rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi menghadiri aktiviti interaksi budaya China-India "pertemuan Taichi dan Yoga" di taman Tiantan Beijing petang semalam.

Li berkata, Taichi dan Yoga yang masing-masing mewakili budaya tradisi kedua-dua negara ini dipersembahkan bersama menunjukkan hasrat China dan India untuk hidup secara damai dan menggalakkan kemakmuran dan kestabilan serantau serta keamanan dunia.

Modi pula berkata, "pertemuan Taichi dan Yoga" memperlihatkan imej baharu kedua-dua negara kuno ini berkembang maju. Golongan muda kedua-dua negara dapat meningkatkan persefahaman dan interaksi melalui aktiviti ini. Pertukaran budaya dapat menggalakkan perkembangan hubungan dua hala.

Tuesday, June 2, 2015

Xi Jinping dan Modi Capai Konsensus Kerjasama China-India


Presiden China, Xi Jinping ditemui Perdana Menteri India, Narendra Modi di bandar Xi'an semalam.

Xi mengalu-alukan lawatan rasmi Modi dan menyatakan bahawa lawatan beliau ke India pada tahun lalu begitu menggalakkan dan kedua-dua negara kini telah mencapai konsensus untuk mengintensifkan hubungan rakan kerjasama strategik dan menjalinkan hubungan rakan pembangunan yang lebih erat. Hubungan dua hala berkembang dengan stabil, kedua-dua negara berhasrat untuk mengekalkan interaksi peringkat tinggi yang lebih kukuh dan mempergiat kerjasama dalam pelbagai sektor utama selain meningkatkan interaksi sosiobudaya, menangani isu-isu berkenaan dan mengadakan sinergi dalam kerjasama serantau dan antarabangsa. Lawatan Modi kali ini dipercayai dapat mengeratkan hubungan rakan kerjasama strategik China-India.

Modi pula berkata, pihaknya bersedia untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan China dan mempergiat kerjasama dengan China dalam rangka Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB). India mengalu-alukan pelaburan China dan bersedia untuk meningkatkan koordinasi dengan China dalam isu serantau dan dunia demi menggalakkan order antarabangsa yang lebih adil dan saksama.



http://malay.cri.cn/601/2015/05/15/27s156333.htm