Pages

Monday, December 29, 2014

China Bimbang Keselamatan Penumpang, Krew QZ8501

China melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan penumpang dan anak kapal dalam pesawat AirAsia QZ8501 yang terputus hubungan pagi tadi, dan turut menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mereka.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai insiden kehilangan pesawat berkenaan, dalam sidang media hari ini.

Kini, masih belum ada warga China yang disahkan berada dalam pesawat itu. China akan terus mengikuti perkembangan insiden tersebut. 



http://malay.cri.cn/601/2014/12/28/123s153636.htm

Wednesday, December 24, 2014

Juara Pingpong Dunia, Wang Hao Bersara


Pemain pingpong China, Wang Hao baru-baru ini mengumumkan persaraan setelah 16 tahun menyertai pasukan negara, iaitu sejak tahun 1998.

Wang menjadi juara dunia sebanyak 18 kali, namun gagal memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik. Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain pingpong yang paling hebat di dunia.



http://malay.cri.cn/601/2014/12/24/123s153577.htm

Friday, December 19, 2014

Lawatan PM Li ke Serbia Jadi Tumpuan Media Eropah Tengah dan Timur


Selepas Pertemuan Pemimpin China dan Negara Eropah Tengah dan Timur, Perdana Menteri China, Li Keqiang memulakan lawatan rasminya ke Serbia semalam. Media Serbia menaruh perhatian tinggi terhadap lawatan Li kali ini. Di samping itu, media-media negara Eropah Tengah dan Timur juga membuat laporan tentang kehadiran Li Keqiang dalam Pertemuan Pemimpin China-Eropah Tengah dan Timur Ke-3 dan Forum Ekonomi dan Perdagangan China-Eropah Tengah dan Timur ke-4.


Media Serbia termasuk TV dan radio kebangsaan, akhbar utama dan majalah masing-masing membuat liputan tentang lawatan Li Keqiang ke Belgrade. Laporan itu menyebut, lawatan Li Keqiang memberi peluang baharu bagi perkembangan hubungan China dan Serbia serta menaiktaraf kerjasama dua hala.


Radio dan Televisyen Kebangsaan Montenegro mengulas bahawa pelaburan China akan menyambungkan semua rantau Eropah Tengah dan Timur.



http://malay.cri.cn/601/2014/12/18/241s153457.htm

Sunday, December 14, 2014

PM Li Mulakan Lawatan Rasmi ke Kazakhstan


Perdana Menteri China, Li Keqiang hari ini tiba di Astana, Kazakhstan dan memulakan lawatan rasminya ke negara itu. Beliau turut akan menghadiri Majlis Pemimpin Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).





http://malay.cri.cn/601/2014/12/14/241s153380.htm

Tuesday, December 9, 2014

Hari Sukarelawan Antarabangsa 2014 di Beijing


5 Disember lalu merupakan Hari Sukarelawan Antarabangsa ke-29. Kempen berkenaan dilancarkan di Beijing. Menurut statistik yang tidak lengkap, jumlah pertubuhan perkhidmatan sukarelawan di seluruh China telah mencapai 129 ribu buah, seramai lebih 65 juta orang sukarelawan menyertai aktiviti perkhidmatan sepanjang tahun.


Menurut maklumat berkenaan, kempen yang dilancarkan di Beijing kali ini bertemakan "Perkhidmatan sukarelawan di China, menyala impian dengan rasa kasih sayang". Dalam majlis pelancaran kempen itu, lima buah pertubuhan sukarelawan peringkat negara China mengeluarkan cadangan bertulis yang bertajuk "setiap orang bertindak".

Perhimpunan Agung PBB ke-40 pada 17 Disember tahun 1985 memutuskan, 5 Disember diisytiharkan sebagai Hari Sukarelawan Antarahangsa bermula pada tahun 1986.



http://malay.cri.cn/601/2014/12/06/26s153227.htm

Thursday, December 4, 2014

Hari Perlembagaan Nasional Pertama di China


4 Disember buat kali pertama disambut sebagai Hari Perlembagaan Nasional di China. Pengisytiharan Hari Perlembagaan Nasional menandakan kedudukan Perlembagaan semakin menonjol dalam bidang politik China.

4 Disember dicadangkan disambut setiap tahun sebagai Hari Perlembagaan Nasional dalam keputusan tentang masalah penting yang berkaitan dengan penggalakan mentadbir urus negara di sisi undang-undang yang diluluskan pada Sidang pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat ke-18 Parti Komunis China (PKC).

Cadangan itu turut diluluskan pada Sidang ke-11 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12. Aktiviti pendidikan dan pempopularan akan dilancarkan dalam pelbagai bentuk untuk memperkenalkan pengetahuan Perlembagaan kepada rakyat.

Langkah-langkah tersebut bermanfaat bagi mendidik dan memandu rakyat dan pertubuhan pelbagai peringkat memperkukuh kesedaran dan konsep Perlembagaan, memelihara kewibawaan Perlembagaan dan menjamin pelaksanaan Perlembagaan.



http://malay.cri.cn/601/2014/12/04/26s153173.htm

Saturday, November 29, 2014

Festival Ais dan Salji di Sarang Burung Beijing


Pertandingan Papan Luncur Salji Dunia Air&Style akan diadakan di Sarang Burung Beijing pada 6 Disember nanti. Sarang Burung dijangka akan menghasilkan salji buatan manusia bermula pada pertengahan bulan Disember nanti untuk menyambut Pertandingan Papan Luncur Salji Dunia serta Festival Ais dan Salji.

Dimaklumkan, Beijing disenaraikan sebagai calon tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk yang bakal diadakan pada tahun 2022. Sarang Burung akan menjadi stadium untuk mengadakan ucapara perasmian dan penutuan Sukan Olimpik Musim Sejuk pada masa itu.



http://malay.cri.cn/601/2014/11/27/241s153054.htm

Monday, November 24, 2014

Xi Jinping Hadiri Jamuan Rakyat New Zealand


Presiden China, Xi Jinping menghadiri majlis jamuan tengah hari yang diadakan oleh rakyat dari pelbagai kalangan rakyat New Zealand di Auckland pada 21 November 2014.



http://malay.cri.cn/601/2014/11/21/261s152953.htm

Wednesday, November 19, 2014

Lawatan Rasmi Obama ke China Dimulakan


Presiden China Xi Jinping melancarkan upacara menyambut kedatangan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang memulakan lawatan rasmi ke China hari ini.




Dimaklumkan, kedua-dua pemimpin ini mengadakan rundingan berskop kecil pagi tadi untuk bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan China-AS serta isu-isu global dan serantau yang menjadi perhatian bersama.





http://malay.cri.cn/601/2014/11/12/125s152753.htm

Friday, November 14, 2014

Mesyuarat AELM Dirasmikan


Sesi pertama Mesyuarat ke-22 Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dirasmikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Tasik Yanqi Beijing pagi tadi. 


Mesyuarat bertemakan "Perkongsian Asia Pasifik demi Masa Hadapan" itu mempunyai tiga topik perbincangan, iaitu memacu integrasi ekonomi serantau, merangsang inovasi dalam pembangunan ekonomi, pembaharuan dan pertumbuhan serta meningkatkan kesalinghubungan dan pembinaan infrastruktur secara komprehensif.





http://malay.cri.cn/601/2014/11/11/125s152706.htm

Sunday, November 9, 2014

China dan Australia Perluaskan Kerjasama Pragmatik


Menteri Luar China, Wang Yi telah ditemui rakan sejawatnya dari Australia, Julie Bishop yang menyertai Mesyuarat Peringkat Menteri APEC di Beijing semalam.

Wang Yi menyatakan bahawa hubungan China-Australia memelihara trend perkembangan yang baik. Jabatan berkenaan kedua-dua pihak harus membuat persiapan yang baik untuk memastikan pertukaran lawatan antara pemimpin kedua-dua negara berjaya dijalankan, kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang diperluaskan demi mendorong hubungan bilateral berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Julie Bishop pula menyatakan bahawa Australia berkeyakinan penuh terhadap China dapat menjayakan Persidangan APEC 2014 dan juga bersedia meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dengan China dalam mekanisme Kumpulan 20 (G20).



http://malay.cri.cn/601/2014/11/07/26s152631.htm

Tuesday, November 4, 2014

Mesyuarat Pengawalan WMD China-AS di Beijing


Naib Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Senjata Kementerian Luar China, Li Yang

Mesyuarat Panel Bersama Pembanterasan Percambahan Senjata Pemusnah Besar-Besaran(WMD) China dan AS kali pertama diadakan di Beijing hari ini. Naib Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Senjata Kementerian Luar China, Li Yang sebagai ketua delegasi China dan Ketua Penolong Setiausaha Negara AS bagi Biro Keselamatan Antarabangsa dan Pengawalan Senjata Nuklear(ISN), Vann Van Diepen sebagai ketua delegasi AS hadir dalam mesyuarat kali ini.


Ketua Penolong Setiausaha Negara AS bagi Biro Keselamatan Antarabangsa dan Pengawalan Senjata Nuklear (ISN), Vann Van Diepen.

Sebelum ini, China dan AS telah mencapai konsensus untuk menubuhkan panel bersama Pembanterasan Percambahan Senjata Pemusnah Besar-Besaran dalam tempoh Dialog Strategik dan Ekonomi China-AS pusingan keenam yang diadakan pada bulan Julai tahun ini. Inilah julung kalinya China membina mekanisma kerjasama dengan kuasa besar dalam bidang berkenaan. Wadah ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesalingpercayaan keselamatan strategik antara kedua-dua negara, malah juga memberi "tenaga positif" kepada penjalinan hubungan kuasa besar model baharu China-AS.



http://malay.cri.cn/601/2014/11/03/241s152554.htm

Thursday, October 30, 2014

China Desak Israel Henti Projek Perumahan

China mendesak Israel segara menghentikan projek pembinaan rumah di petempatan Yahudi, dan mengelak tindakan yang memburukkan konflik bagi membuka laluan kepada pemulihan rundingan damai dengan Palestin.

Wakil tetap China ke PBB, Liu Jieyi dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) semalam berkata, China berasa bimbang terhadap konflik antara kedua-dua pihak. Dialog dan rundingan merupakan satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

China menyokong tindakan UNSC dan akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memainkan peranan positif dalam proses kedamaian Asia Barat.



http://malay.cri.cn/601/2014/10/30/242s152497.htm

Saturday, October 25, 2014

Li Keqiang Ditemui Ketua Delegasi Ekonomi APEC


Perdana Menteri, Li Keqiang menemui ketua-ketua delegasi yang menyertai Mesyuarat Menteri Kewangan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-21 di Beijing semalam.

Li Keqiang berkata, perkembangan ekonomi China pada tiga suku pertama tahun ini pada tahap yang munasabah di samping menampakkan perubahan yang positif dan mendalam. China giat menggalakkan pembangunan dan kerjasama ekonomi rantau Asia Pasifik, dan bersedia mendorong pertumbuan ekonomi serantau dan sejagat yang kuat, berterusan dan seimbang. Beliau berharap Mesyuarat Menteri Kewangan APEC membincangkan pendekatan transformasi dan pembangunan ekonomi serantau, mendorong kerjasama ekonomi serantau yang pragmatik, supaya menyuntik tenaga dan kedinamikan ke dalam APEC.


Menteri Kewangan Australia, Joe Hockey mewakili 25 entiti ekonomi yang menyertai mesyuarat kali ini berkata bahawa pertumbuhan ekonomi China signifikan bagi Asia Pasifik khasnya dan dunia amnya.



http://malay.cri.cn/601/2014/10/22/124s152326.htm

Monday, October 20, 2014

China dan Singapura Terokai Projek Tunjang Baru



Tahun 2015 merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik antara China dengan Singapura. Perkembangan hubungan bilateral menghadapi peluang yang penting dan ruang yang luas. China bersedia mengekalkan hubungan dengan Singapura yang selaras dengan perkembangan arus zaman, memperhebat kerjasama pragmatik, memperluas kepentingan bersama, menerokai projek tunjang baru, agar merealisasikan menang-menang.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong di Milan semalam.

Menurut Lee Hsien Loong, pihaknya bersedia melaksanakan projek kerjasama yang telah ditetapkan, memperkasakan kerjasama dengan kawasan tengah dan barat di negara China, mempertingkat kerjasama dalam logistik, pelaburan dan pembangunan hijau, serta menggalakkan kesalinghubungan serantau dan pembangunan lestari.



http://malay.cri.cn/901/2014/10/18/101s152242.htm

Wednesday, October 15, 2014

Hishammuddin: Hubungan Ketenteraan Malaysia-China Perlu Diperkukuh


Bernama Malaysia melaporkan, hubungan ketenteraan antara Malaysia dan China perlu diperkukuhkan lagi bagi membawa kepada kejayaan lebih baik dalam memerangi semua bentuk kegiatan militan. Demikian dikatakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas menerima kunjungan Anggota Dewan Negara China Yang Jiechi baru-baru ini.

Berhubung lawatan Yang Jiechi dan delegasinya ke Malaysia, Hishammuddin percaya ia satu permulaan baik bagi Malaysia sebelum menjadi pengerusi ASEAN tahun depan. Katanya hubungan diplomatik antara Malaysia dan China tidak wujud secara automatik, tetapi hasil daripada lawatan dan persefahaman yang dipupuk.

Sementara itu, Yang Jiechi berkata, China dan Malaysia telah menikmati kerjasama erat dalam pelbagai bidang sejak sekian lama, beliau mencadangkan kerjasama dalam bidang pendidikan dan pelancongan dipertingkatkan. Beliau juga yakin hubungan ekonomi dua hala akan mencapai sasaran perdagangan USD150 bilion menjelang 2017.

Yang Jiechi juga berkata, China mengalu-alukan penyertaan Dato' Seri Najib pada forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang akan berlangsung di Beijing November ini dan percaya penyertaan beliau akan memainkan peranan penting bagi kejayaan mesyuarat itu.



http://malay.cri.cn/901/2014/10/10/102s152112.htm

Friday, October 10, 2014

Umat Islam Gansu Sambut Hari Korban


Lebih 1.8 juta orang penganut Islam yang berbilang kaum termasuk Hui, Dongxiang, Baoan, Salar dan Kazak di provinsi Gansu, China mulai menyambut Hari Korban yang jatuh pada 5 Oktober.

Pada pagi tadi, lebih 30 ribu orang umat Islam berkumpul di Perkuburan Islam Dashaping yang terletak di pinggir bandar Lanzhou untuk solat berjemaah. Setelah sembahyang, mereka kembali ke rumah masing-masing untuk menyembelih kambing dan lembu serta menziarahi saudara mara dan sahabat.



http://malay.cri.cn/601/2014/10/04/41s152025.htm

Sunday, October 5, 2014

Dewan Negara China Adakan Jamuan Sambutan Hari Kebangsaan


Dewan Negara China mengadakan jamuan sambutan Hari Kebangsaan di Dewan Besar Rakyat di Beijing malam semalam. Pemimpin Parti Komunis China dan kerajaan China termasuk Xi Jinping, Li Keqiang, Zhang Dejiang, Yu Zhengsheng, Liu Yunshan, Wang Qishan dan Zhang Gaoli bersama-sama dengan lebih 3,000 tetamu dari dalam dan luar negara merayakan hari kebesaran itu.


Presiden Xi Jinping dalam ucapannya menegaskan China akan mengekalkan usaha pembangunan sosialisme bercirikan China. Serentak itu, pembinaan Parti Komunis China juga perlu dikekalkan.



http://malay.cri.cn/601/2014/10/01/26s151981.htm

Tuesday, September 30, 2014

PM Li Temui Pengerusi BCBS


Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan Perbankan Basel (BCBS), Stefan Ingves serta pegawai kanan badan penyeliaan kewangan dari pelbagai negara yang menghadiri Persidangan Pegawai Penyelia Perbankan Antarabangsa ke-18 di Beijing semalam.


Li dalam pertemuan itu berkata bahawa sistem kewangan global masih mempunyai kelemahan pada masa ini. Ekonomi sebenar merupakan asas kepada perkembangan sektor kewangan. Pembaharuan terhadap pengawalseliaan kewangan antarabangsa bertujuan mengekalkan operasi stabil sistem kewangan global dan memacu pembangunan sihat ekonomi sebenar. China bersedia bekerjasama dengan BCBS dan negara-negara lain di dunia untuk memperkasakan usaha kawalan makro dan memastikan kestabilan kewangan global.

Ingves pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk memperhebat kerjasama dengan China dalam menghadapi risiko kewangan dan menggalakkan pembangunan ekonomi sebenar bagi menyumbang kepada pemulihan ekonomi sejagat.



http://malay.cri.cn/601/2014/09/27/21s151903.htm

Thursday, September 25, 2014

Tasik Yanqi Sambut Sidang Kemuncak APEC


Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC 2014 akan diadakan di Tasik Yanqi, daerah Huairou, Beijing pada bulan November nanti.


Ini merupakan kali kedua China menjadi tuan rumah persidangan tersebut selepas ia diadakan di Shanghai pada tahun 2001.




http://malay.cri.cn/601/2014/09/19/21s151744.htm

Saturday, September 20, 2014

Cikgu Pencen Buat 10 Ribu Kapal Terbang Kertas


Xu Shuquan, seorang cikgu pencen berusia 70 tahun yang menetap di bandar Chengdu, membuat lebih 10 ribu kapal terbang dengan kertas terbuang. 


Kapal terbang yang dibuatnya itu pelbagai jenisnya termasuk pesawat pengintip, pesawat pengangkutan dan pesawat penumpang. 


Xu Shuquan berkata, hasrat beliau yang paling besar adalah menganjurkan satu pameran untuk memperkenalkan seni lipat kertas tradisional China. 




http://malay.cri.cn/601/2014/09/18/21s151723.htm

Monday, September 15, 2014

Forum Davos 2014 Dibuka Tirai


Mesyuarat Tahunan Pelopor Baharu 2014 yang juga dikenali sebagai Forum Davos Musim Panas dibuka tirainya di bandar Tianjian, utara China semalam.


Perdana Menteri Li Keqiang menyampaikan ucapan di depan sejumlah 1,600 wakil dari kalangan akademik, politik dan perniagaan serta lebih 500 pemberita dari dalam dan luar negeri yang berkumpul di Pusat Persidangan dan Pameran Meijiang di Tianjin.

Li berkata, inovasi besar maknanya bagi China dan seluruh dunia. Ekonomi China yang mengekalkan pertumbuhan yang sihat dan berterusan dipacu oleh usaha pembaharuan dan inovasi.

Beliau dalam ucapanya menggariskan rangka hala tuju pembangunan ekonomi domestik bagi tempoh empat bulan selanjutnya tahun ini dari segi strategik, iaitu memantapkan pertumbuhan, menggalakkan pembaharuan, menyusun semula struktur, menambah baik kesejahteraan rakyat dan mencegah risiko



http://malay.cri.cn/601/2014/09/11/125s151553.htm

Wednesday, September 10, 2014

Seri Paduka Mulakan Lawatan di Beijing


Menurut laporan UTUSAN, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berangkat tiba untuk lawatan negara selama tiga hari ke Beijing, China bermula kelmarin.Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua yang diiringi Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh selaku menteri pengiring serta pegawai kanan kerajaan, disambut oleh Timbalan Menteri Luar China, Qian Zhongshan, Duta Besar Malaysia di China, Datuk Iskandar Sarudin dan Duta Besar China di Malaysia, Huang Huikang.

Seri Paduka berdua turut menerima penghormatan daripada kawalan hormat terdiri daripada 36 anggota Angkatan Tentera China.

Datuk Iskandar berkata, lawatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke China merupakan undangan Presiden China Xi Jinping selain membalas lawatan Xi ke Malaysia pada Oktober tahun lepas. Lawatan ini juga bertujuan mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China yang terjalin lebih 700 tahun lalu dan secara diplomatik terjalin selama 40 tahun.

Seri Paduka berdua akan berangkat ke Hangzhou pada hari Sabtu untuk meneruskan lawatan selama tiga hari di sana.



http://malay.cri.cn/901/2014/09/05/102s151468.htm

Friday, September 5, 2014

YOG di Nanjing Berakhir


Majlis penutupan Sukan Olimpik Belia Musim Panas (YOG) kedua di Nanjing, provinsi Jiangsu.

Perdana Menteri China, Li Keqiang menghadiri majlis tersebut. Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach dalam ucapannya menyampaikan rasa terima kasih kepada kerajaan China, Jawatankuasa Penganjuran YOG Nanjing serta para sukarelawan.


Seramai hampir 3,800 orang atlet dari 204 buah negara dan wilayah dari seluruh dunia menyertai 28 buah acara besar dan 222 buah acara kecil dalam YOG kali ini.

Selaku tuan rumah YOG kali ini, kontinjen China yang terdiri daripada lebih 120 orang atlet mencapai prestasi yang cemerlang dalam acara bola sepak perempuan, olahraga, renang, ping pong dan tenis.

YOG Musim Panas ketiga akan diadakan di Buenos Aires, ibu negara Argentina pada tahun 2018.



http://malay.cri.cn/601/2014/08/29/241s151351.htm

Tuesday, August 26, 2014

Perkhidmatan Sewa Kereta Elektrik di Beijing


Perkhidmatan sewa kereta elektrik sudah cuba disediakan di Taman Sains dan Teknologi Tsinghua, Beijing. Berdasarkan statistik, sebuah kereta elektrik yang boleh disewa tersebut boleh menggantikan penggunaan 8 hingga 20 buah kereta persendirian. Setiap pengguna kereta elektrik juga akan membantu mengurangkan sebanyak 290 kg gas karbon dioksida (CO2) setahun.


1 Cari pos perkhidmatan


2 Mendaftar untuk mendapat kad sewa


3 Pilih kereta


4 Sentuhkan kad pada pembaca kad untuk mengguna




http://malay.cri.cn/601/2014/08/26/102s151293.htm

Thursday, August 21, 2014

Kedai Bebas Cukai Terbesar di Dunia


Pusat Beli-Belah Bebas Cukai Teluk Begonia Sanya akan mula beroperasi pada 1 September nanti. Dimaklumkan, pusat beli-belah yang dilabur dan dibina oleh Syarikat Kumpulan China International Travel Service (CITS) dengan kos RMB 5 bilion tersebut bakal menyediakan perkhidmatan membeli-belah bebas cukai serta katering, rekreasi dan pameran kebudayaan, semuanya di bawah satu bumbung.


Pusat yang seluas 70 ribu meter persegi itu mengumpulkan hampir 300 jenama antarabangsa yang terkemuka, merangkumi 21 jenis komoditi termasuk pakaian, beg dan bagasi, minyak wangi, kosmetik, jam tangan dan kaca mata hitam.





http://malay.cri.cn/1460/2014/08/19/241s151169.htm