Pages

Tuesday, December 31, 2013

Jaringan Kereta Api China Sepanjang 100 Ribu Kilometer


Rangkaian landasan kereta api di China mengatasi 100 ribu kilometer berikutan beberapa jalan baharu yang dimulakan operasinya semalam. Antara yang baharu itu ialah jalan kereta api Xiamen-Shenzhen, jalan kereta api kelajuan tinggi Xi'an-Baoji, jalan kereta api Chongqing-Lichuan dan beberpa lain di kawasan pantai wilayah Guangxi, China.


Menurut Perbadanan Landasan Kereta Api China, antara keseluruhan rangkaian tersebut, yang kelajuannya melebihi 120 km sejam berjumlah 40 ribu km; yang mecatat 160 km sejam sepanjang 20 ribu km; manakala, jaringan kereta api kelajuan tinggi mececah 10 ribu km. Ini membuatkan China sebagai negara yang memiliki jalan kereta api kelajuan tinggi yang paling panjang di dunia.


Berdasarkan pelan rangkaian kereta api nasional, menjelang tahun 2015, jaringan kereta api kelajuan tinggi dijangka mencatat 19 ribu km. Panjang keseluruhan jalan kereta api yang berada dalam operasi akan mencapai 120 ribu km menjelang tahun 2020.



http://malay.cri.cn/601/2013/12/29/125s145831.htm

Saturday, December 21, 2013

Bangladesh, China, India dan Myanmar Bentuk Mekanisme Penggalakan Kerjasama


Hua Chunying

Bangladesh, China, India dan Myanmar telah membentuk mekanisme penggalakan kerjasama antara keempat-empat negara. Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China Hua Chunying ketika memberi makluman tentang mesyuarat pertama kumpulan kerja bersama berhubung koridor ekonomi Bangladesh, India, China dan Myanmar semalam.


Hua Chunying menyatakan bahawa mesyuarat itu diadakan dengan jayanya di Kunming, Yunnan China pada 18-19 Disember lalu. Para peserta telah mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai prospek pembangunan koridor ekonomi itu, bidang kerjasama utama dan pembinaan mekanisme. Pelbagai pihak telah mencapai persepakatan mengenai kerjasama dalam bidang infrastruktur pengangkutan, pelaburan, perdagangan dan pertukaran sosiobudaya. Dalam mesyuarat itu, para peserta telah menandatangani minit mesyuarat dan rancangan penyelidikan koridor ekonomi, di samping membentuk secara rasmi mekanisme penggalakan kerjasama antara keempat-empat negara.



Monday, December 16, 2013

Pendaratan Chang'e-3 Jadi Tumpuan Media Antarabangsa


Alat peninjau bulan China, Chang'e-3 selamat mendarat di bulan malam semalam, sekali gus menjadikan China negara ketiga di dunia yang berjaya melakukan pendaratan lembut di permukaan bulan. Pendaratan itu turut menjadi tumpuan media antarabangsa termasuk Rusia, AS, Eropah dan India.

Laman web akhbar Russian Gazeta dalam laporanya berkata, setelah alat peninjau terakhir Kesatuan Soviet mendarat di bulan pada 24 Ogos 1976, tiada satu pun negara yang mencapai kejayaan tersebut dalam tempoh 37 tahun yang lalu.

Agensi berita The Associated Press (AP) melaporkan, dengan pendaratan itu, China dijangka akan menjadi pesaing bagi AS dan Rusia dalam bidang penerokaan angkasa lepas dalam tempoh 10 hingga 20 tahun yang akan datang.

Menurut BBC pula, pendaratan Chang'e-3 ini menandakan China sudah mencapai satu lagi kejayaan yang besar dalam program angkasa lepasnya.



http://malay.cri.cn/601/2013/12/15/41s145538.htm

Wednesday, December 11, 2013

Presiden Ukraine Lawat CRI


Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych yang sedang dalam lawatan rasminya ke China melawat ke CRI pagi tadi untuk Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-5 CRI Online - Radio Dalam Talian Bahasa Ukraine CRI.

Sebelum majlis bermula, Viktor Yanukovych diberi taklimat oleh Presiden CRI, Wang Gengnian tentang usaha pembangunan siaran antarabangsa China dan pembangunan siaran bahasa Ukraine. Beliau turut meninjau ke pameran siaran bahasa Ukraine dan berinteraksi dengan staf bahagian tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2013/12/05/242s145300.htm

Friday, December 6, 2013

China Longgar Dasar Satu Anak


China akan melonggarkan dasar satu anak yang dilaksanakan mulai tahun 1978, bagi membenarkan pasangan memiliki dua anak jika salah seorang daripada mereka ialah anak tunggal.

Demikian menurut keputusan Parti Komunis China (PKC).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas Sidang Pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC yang berlangsung pada 9 hingga 12 November lepas, China akan melaksanakan dasar baharu tersebut di samping mengekalkan dasar perancangan keluarga.


Kenyataan itu berkata, dasar kelahiran akan diubahsuai dan diperbaiki secara berperingkat bagi menggalakkan perkembangan populasi yang seimbang dalam jangka panjang.

Pegawai Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Negara China berkata, pelonggaran dasar tersebut akan membolehkan kadar kelahiran China kekal pada tahap yang stabil.



http://malay.cri.cn/601/2013/11/16/241s144836.htm

Sunday, December 1, 2013

Pasukan Perubatan China Rawat Lebih 1,000 Orang Filipina


Pasukan perubatan China yang dihantar ke Filipina telah merawat lebih 1,000 orang pesakit tempatan. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang semalam.


Dimaklumkan, pasukan tersebut memberi rawatan perubatan, pembedahan, ortopedik, pediatrik dan ginekologi kepada mangsa bencana. Sumbangannya amat dihagai kerajaan dan rakyat tempatan.



http://malay.cri.cn/901/2013/11/28/101s145149.htm

Tuesday, November 26, 2013

Tianhe-2, Kekal Komputer Terpantas di Dunia


Komputer Tianhe-2 yang dicipta oleh Universiti Teknologi Sains Pertahanan Negara China dengan kelajuannya 33.86 petaflops per detik kekal menduduki tempat pertama dalam senarai 500 komputer super dunia terkini yang diumumkan oleh Pertubuhan Top 500 Antarabangsa semalam. Kelajuan komputer itu hampir dua kali ganda berbanding komputer Titan AS yang menduduki tempat kedua.



http://malay.cri.cn/601/2013/11/19/26s144904.htm

Thursday, November 21, 2013

Pesta Kesenian Asia ke-13 di Kunming


Pesta Kesenian Asia ke-13 dirasmikan di bandar Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China semalam. Pesta kali ini bertemakan "Asia yang Mempesonakan, China Berbudaya, Yunnan yang Berwarna-warni, Bandar Kunming yang Indah".


Kementerian Kebudayaan China mengundang rombongan kesenian dari 11 buah negara Asia termasuk Kemboja, Indonesia, Singapura, Vietnam untuk beraksi dalam pesta tersebut. Dalam tempoh pesta, forum dan pameran yang berkaitan akan turut diadakan.



http://malay.cri.cn/601/2013/11/19/26s144898.htm

Saturday, November 16, 2013

Keberanian Pelajar China Dipuji


Jurucakap Kementerian Luar China, Qin Qang memuji keberanian pelajar warga negara ini, Yan Jun yang menyelamatkan seorang kanak-kanak Jepun sebagai memperlihatkan kebaikan tradisional bangsa Cina yang "suka membantu" .

Pujian itu dibuat selepas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menganugerahkan hadiah kepada pelajar berumur 26 tahun itu atas keberaniannya menyelamatkan seorang kanak-kanak di Osaka dari sungai yang bergelombang akibat taufan pada bulan September lalu.

Qin berharap kanak-kanak tersebut boleh menyumbang kepada persahabatan China dan Jepun selepas dewasa.

Menurut beliau, Duta Besar China ke Jepun, Chen Yonghua juga memberikan surat pujian kepada Yan Jun baru-baru ini.



http://malay.cri.cn/601/2013/11/15/241s144819.htm

Monday, November 11, 2013

Pembinaan Kereta Api Laju Hong Kong Siap


Kereta api laju yang pertama di Hong Kong siap dibina semalam. Perkhidmatan kereta api tersebut bakal memendekkan tempoh perjalanan dari Hong Kong ke Guangzhou kepada 48 minit.



http://malay.cri.cn/601/2013/11/08/124s144660.htm

Wednesday, November 6, 2013

Kekuningan Daun Pokok Gingko Hiasi Beijing


Daun-daun pokok gingko di tepi jalan berhampiran Diaoyutai, Beijing bertukar ke warna kekuning-kuningan pada musim luruh. Pemandangan yang amat unik lagi indah ini menarik ramai pengunjung, khususnya peminat fotografi.





http://malay.cri.cn/601/2013/11/05/21s144567.htm


Friday, November 1, 2013

Transit Tanpa Visa di Chongqing untuk 45 Negara


Mulai bulan depan, pelancong asing dibenarkan transit tanpa visa di bandar Chongqing selama 72 jam.

Chongqing menjadi bandar kelima yang melaksanakan dasar transit tanpa visa selama 72 jam selepas Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Chengdu.


Berikutan pelaksanaan dasar itu, warga 45 buah negara termasuk Singapura boleh menikmati kemudahan masuk tanpa visa ke Chongqing selama 72 jam dengan syarat mempunyai tiket penerbangan ke negara ketiga.



http://malay.cri.cn/601/2013/10/31/125s144494.htm

Sunday, October 27, 2013

Armada Lindungi Kapal Nelayan China di Teluk Aden


Kapal pendarat Jinggangshan China memberikan perlindungan kepada lapan buah kapal nelayan China yang belayar melalui Teluk Aden pada 25 Oktober lalu.

Kelapan-lapan buah kapal nelayan tersebut berlepas dari bandar Fuzhou, selatan China menuju ke Teluk Nouadhibou di Mauritania, setelah singgah di Singapura. Semua kapal nelayan itu panjangnya kurang daripada 25 meter, dan setiap kapal membawa lima orang anak kapal, tanpa pengawal bersenjata. Oleh itu, kapal-kapal nelayan itu mudah menjadi sasaran lanun.


Untuk menjamin keselamatan kapal-kapal tersebut, kapal Jinggangshan akan menemani pelayaran mereka melalui Selat Bal-el-Mandeb dan dijangka memasuki kawasan perairan tengah Laut Merah pada pagi 31 Oktober nanti. Pelayaran tersebut sepanjang 1262 batu nautika.



http://malay.cri.cn/601/2013/10/27/102s144406.htm

Tuesday, October 22, 2013

Pesta Kebudayaan dan Pelancongan Antarabangsa Guilin ke-4 Dirasmikan


Pesta Kebudayaan dan Pelancongan Antarabangsa Guilin ke-4 yang berlangsung dari 21 hingga 26 Oktober telah dirasmikan di bandar Guilin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China pada malam 21 Oktober.


Sembilan buah program yang merangkumi bidang kebudayaan, pelancongan, sukan, kesenian dan perdagangan diadakan semasa pesta ini untuk memperlihatkan keindahan pemandangan gunung dan sungai di Guilin, serta kecemerlangan budaya dan keistimewaan adat resam penduduk tempatan.


Pesta Kebudayaan dan Pelancongan Antarabangsa Guilin yang diadakan pada musim luruh (Oktober hingga November) setiap tahun ini bertujuan untuk mempromosikan sumber pelancongan di Guilin di samping meningkatkan tarikan sektor pelancongan di bandar tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2013/10/22/27s144290.htm

Thursday, October 17, 2013

Masjid Niujie Pada Pagi Hari Raya Aidiladha


Masjid Niujie, Beijing dibanjiri umat Islam yang datang pada waktu awal pagi 15 Oktober untuk menunaikan solat sunat Aidiladha secara berjemaah dan menyaksikan upacara korban. Ramai yang mengambil peluang ini untuk merapatkan tali silaturrahim sesama saudara seagama.



http://malay.cri.cn/601/2013/10/16/261s144182.htm

Saturday, October 12, 2013

Kanak-kanak Dua Tahun Sudah Ada Kesedaran Mesra Alam


Seorang kanak-kanak yang hanya berusia dua tahun sudah menyedari bahawa sampah sarap mesti dibuang ke dalam tong sampah.

Selepas habis meminum sebotol minuman, kanak-kanak ini berjalan menuju ke arah tong sampah. Walaupun tersandung pada rantai besi dan terjatuh, namun dia tetap bersusah-payah memanjat untuk membuang botol minuman itu ke dalam tong sampah.

Gambar ini kini menjadi sensasi internet di China, sekali gus menimbulkan perbincangan hangat orang ramai terhadap kesedaran dan amalan mesra alam serta adab ketika melancong.



http://malay.cri.cn/601/2013/10/07/21s143952.htm

Monday, October 7, 2013

Xi Jinping Menghadap Yang di-Pertuan Agong


Presiden China, Xi Jinping semalam telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara Malaysia.

Xi Jinping berkata, rakyat China menghargai usaha Baginda dalam membantu menjalinkan hubungan diplomatik China-Malaysia pada tahun 1974, iaitu semasa Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5. Seiring dengan perkembangan globalisasi dan kemajuan sosial yang berorientasikan maklumat, China dan Malaysia mempunyai kaitan yang semakin rapat dalam mengejari masa depan yang cerah. Saya bersama dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak memutuskan akan meningkatkan hubungan China-Malaysia kepada Hubungan Rakan Strategik Komprehensif. Kita berikrar membuahkan hasil yang lebih besar dalam perkembangan hubungan China-Malaysia supaya dapat membawa kesejahteraan kepada rakyat kedua-dua negara.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah menyatakan lawatan Xi Jinping ke Malaysia mencerminkan persahabatan yang kukuh antara kedua-dua negara dan pasti akan meningkatkan hubungan bilateral ke satu tahap yang lebih tinggi.



http://malay.cri.cn/901/2013/10/05/42s143920.htm

Wednesday, October 2, 2013

Jumlah Perdagangan China-Malaysia Cecah USD 100 Bilion


Menurut maklumat dari Kaunselor Kedutaan Besar China di Malaysia, Lin Dong baru-baru ini, jumlah perdagangan antara China dengan Malaysia mencatat USD70 bilion pada 2011, manakala angka tersebut meningkat kepada USD 94.7 bilion pada tahun lalu dan dijangka mencecah USD100 bilion pada tahun ini.

Menurut Lin, Malaysia merupakan rakan perdagangan  ketiga terbesar bagi China di rantau Asia selepas Jepun dan Republik Korea, dan rakan perdagangan terbesar bagi China di rantau Asia Tenggara. Dengan ini, beliau menyatakan keyakinan bahawa perkembangan hubungan kerjasama China-Malaysia akan membawa lebih banyak faedah kepada rakyat kedua-dua pihak.

Lin turut melahirkan harapan agar lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia tidak lama lagi akan mendorong hubungan persahabatan kedua-dua negara berkembang dengan lebih sihat.



http://malay.cri.cn/901/2013/10/01/122s143827.htm

Friday, September 27, 2013

Import dan Eksport China No.1 di Dunia


Situasi perdagangan luar di China terus baik pada suku keempat tahun ini. Kadar peningkatan sepanjang tahun mungkin akan mencatat 8%. Jumlah import dan eksport di China pada tahun ini berkemungkinan besar menduduki tempat teratas di dunia.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang.

Menurutnya, pelaksanaan dasar ekonomi makro sekarang ini terbukti berfungsi mendorong perdagangan luar. Di samping itu, ekonomi di luar negara turut pulih semula. Daya saing perusahaan, khususnya kemampuan menerokai pasaran antarabangsa dapat meningkat ekoran pelaksanaan transfomasi ekonomi. Pada keseluruhanya, ekonomi di China akan mengekalkan trend perkembangan yang baik pada separuh tahun kedua tahun ini.



http://malay.cri.cn/601/2013/09/26/27s143728.htm

Sunday, September 22, 2013

Bakal Jemaah Haji Berlepas dari Lanzhou


Bakal jemaah haji dari provinsi Gansu, China berlepas dari lapangan terbang Lanzhou malam tadi. Jemaah kumpulan pertama terdiri daripada 297 orang.


Jumlah bakal haji di provinsi itu mencatat 2,288 orang dan berkurang kira-kira 600 orang berbanding tahun yang lalu. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Menunaikan Fardu Haji Biro Agama Gansu, Ma Shuyun, memandangkan kawasan di sekitar Kaabah sedang diperluas, bakal jemaah haji dari pelbagai negara berkurang kira-kira 20% atas permintaan kerajaan Arab Saudi.



http://malay.cri.cn/601/2013/09/20/41s143594.htm

Tuesday, September 17, 2013

Kumpulan ke-14 Armada China Lawat Thailand


Kumpulan ke-14 armada China yang menamatkan tugas perlindungan pelayaran di perairan Teluk Aden tiba di Pelabuhan Sattahip, Thailand semalam untuk mengadakan lawatan selama lima hari atas undangan angkatan tentera laut negara itu.

Armada ini terdiri daripada sebuah kapal pembinasa, sebuah kapal frigat dan sebuah kapal logistik.



http://malay.cri.cn/901/2013/09/13/102s143444.htm

Thursday, September 12, 2013

Mesyuarat Pertahanan China-AS Ke-14 Di Beijing



Mesyuarat Pertahanan China-AS ke-14 diadakan di Beijing semalam. Mesyuarat yang disifatkan sebagai telus dan membina ini dipengerusikan bersama oleh Naib Ketua Turus Agung Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), Wang Guanzhong dan Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, James Miller.

Dalam mesyuarat tersebut, Wang Guanzhong menyatakan, kata sepakat yang dicapai oleh Presiden Xi Jinping dan Presiden Barack Obama mengenai hubungan model baharu antara kuasa besar telah menjadi arahan dan sasaran perkembangan hubungan kedua-dua negara pada masa depan. Dalam pada itu, hubungan ketenteraan dan keselamatan merupakan inti dalam hubungan China-AS. Beliau turut menjelaskan pendirian China dalam usaha meningkatkan rasa saling mempercayai strategik serta interaksi yang positif di rantau Asia-Pasifik.

James Miller menyatakan, AS bersikap positif terhadap tentera kedua-dua negara patut mengadakan interaksi di rantau Asia-Pasifik dan bersedia terus membincangkan mekanisme saling memaklumkan operasi ketenteraan penting dan kod tatalaku keselamatan ketenteraan laut dan udara dengan China.



Saturday, September 7, 2013

Presiden Xi Temui Obama


Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama di luar Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Saint Peterburg semalam.

Dalam pertemuan itu, Xi berkata, China akan mengekalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di samping mempercepat transformasi struktur ekonomi. Hal ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada kerjasama dua hala.


Menurut beliau, China mengambil berat keprihatinan pihak AS terhadap isu akses pasaran dan perlindungan hak harta intelek. Dalam pada itu, AS patut melonggarkan sekatan terhadap pengeksportan produk berteknologi tinggi ke China dan berusaha menyediakan suasana yang adil kepada syarikat China yang melabur di AS.

Tambah beliau, Asia Pasifik antara rantau yang tertumpunya kepentingan bersama China-AS. Potensi kerjasama antara kedua-dua negara lebih banyak daripada percanggahan pendapat.



Obama pula menyatakan hasratnya untuk menjalinkan perkongsian yang menyeluruh dengan China dalam hal-ehwal Asia Pasifik serta memperkasakan kerjasama serantau. AS berharap perselisihan di rantau itu dapat diselesaikan melalui saluran diplomatik.



http://malay.cri.cn/601/2013/09/07/21s143219.htm

Monday, September 2, 2013

Transit Tanpa Visa di Chengdu untuk 45 Negara


Mulai 1 September lalu, pelancong asing dibenarkan transit tanpa visa di bandar Chengdu, provinsi Sichuan selama 72 jam. Chengdu menjadi bandar keempat yang melaksanakan dasar transit tanpa visa selama 72 jam selepas Beijing, Shanghai dan Guangzhou,

Berikutan pelaksanaan dasar itu, warga 45 buah negara termasuk AS dan Britain boleh menikmati kemudahan masuk tanpa visa ke Chengdu selama 72 jam dengan syarat mempunyai visa masuk dan tiket penerbangan ke negara ketiga. Walau bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan mengunjungi bandar-bandar lain di China dalam tempoh tersebut, dan mesti mengambil penerbangan keluar dari Chengdu.



http://malay.cri.cn/601/2013/09/02/123s142978.htm

Wednesday, August 28, 2013

Panda Berwarna Coklat


Adakah semua panda berwarna hitam putih? Jawapannya adalah "tidak". Di pusat penyelidikan hidupan liar di provinsi Shaanxi, barat laut China, terdapat seekor panda bernama Qizai yang mempunyai kulit berwarna coklat. Pakar berkenaan menyatakan bahawa berbanding dengan panda yang mempunyai bulu yang berbintik coklat, Qizai mempunyai kulit yang berwarna coklat sepenuhnya. Panda sebegini jarang ditemui.



http://malay.cri.cn/601/2013/08/27/26s142829.htm

Friday, August 23, 2013

Sukan Belia Asia Dirasmikan di Nanjing


Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong

Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong telah berucap merasmikan temasya sukan kali ini. Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Asia, Putera Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah dan Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik China, Liu Peng serta tetamu kehormat dari pelbagai negara turut hadir dalam majlis perasmian tersebut.


Persembahan kesenian yang bertemakan "Biar impian kita terbang" telah diadakan dalam majlis tersebut.

Temasya sukan ini akan berlangsung selama 9 hari dan telah menarik penyertaan lebih 3,000 orang atlet dari 45 buah negara dan kawasan Asia.



http://malay.cri.cn/601/2013/08/17/122s142602.htm

Sunday, August 18, 2013

"Air Mata Biru" di Fujian


Pada malam 13 Ogos yang lalu, pantai di Pingtantan, provinsi Fujian kelihatan berwarna biru pendarfluor seperti galaksi. Suasana di sana seperti filem "Avatar". Gejala ini akibat terkumpulnya sejenis mikrob yang hidup di bawah laut.





http://malay.cri.cn/621/2013/08/15/41s142555.htm

Tuesday, August 13, 2013

420 Tan Tepung Susu Dumex Bermasalah


Sebanyak 420 tan tepung susu Dumex yang mengandungi clostridium botulinum dipercayai telah diedarkan ke pasaran di Tanah Besar China. Jabatan penyeliaan dan kuarantin bandar Shanghai telah mengarahkan Syarikat Dumex supaya menutup semua bahan yang bermasalah itu di samping memanggil balik tepung susu yang telah dipasarkan.

Dimaklumkan, syarikat Dumex mengimport tepung susu sebanyak 208.55 tan dari syarikat Fonterra New Zealand untuk pengeluaran tepung susu bayi di China.

Pihak berkuasa mengingatkan pengguna menghentikan penggunaan tepung susu itu.



http://malay.cri.cn/601/2013/08/05/21s142281.htm

Thursday, August 8, 2013

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Quanzhou


Hari Raya Aidilfitri disambut meriah oleh penduduk Islam di seluruh China pada 8 Ogos.


Di bandar Quanzhou, provinsi Fujian, majlis sambutan hari raya yang besar-besaran diadakan di Masjid Qingjing pagi tadi. Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri turut disertai oleh 300 penduduk Islam di masjid itu.


Bandar Quanzhou dikenali sebagai titik permulaan "Jalan Sutera Laut". Agama Islam mula disebarkan ke Quanzhou pada Abad Ke-7. Masjid Qingjing yang mula dibina pada tahun 1009 Masihi di bandar itu antara salah sebuah masjid tertua di China.



http://malay.cri.cn/601/2013/08/08/21s142380.htm

Saturday, August 3, 2013

Gunung Api di Xinjiang Betul-Betul Berapi


Huoyanshan atau Gunung Api, salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Turpan, wilayah Xinjiang China dilanda cuaca yang panas baru-baru ini. Pada 30 Julai, suhu permukaan bumi di kawasan Gunung Api ini mencatat 78 darjah Celsius.


Suhu tersebut boleh dilihat dengan jelas pada alat pengukur suhu berbentuk belantan emas gergasi ini.



http://malay.cri.cn/601/2013/07/31/21s142203.

Monday, July 29, 2013

Xi Jinping Temui Angkasawan Shenzhou Ke-10


Presiden China, Xi Jinping menemui angkasawan dan pekerja yang terlibat dalam penerbangan kapal angkasa lepas Shenzhou ke-10 pagi semalam. Menurutnya, kejayaan dalam bidang penerbangan membawa angkasawan memperlihatkan semangat dan kekuatan China serta keazaman dan keyakinan rakyat untuk merealisasikan "Impian China".

Penerbangan kapal angkasa lepas pembawa angkasawan Shenzhou ke-10 yang sudah dijayakan ini menandakan tamatnya fasa pertama dalam tugas peringkat kedua Projek Penerbangan Angakasa Lepas Membawa Angkasawan. Beliau yakin China akan mencapai kecemerlangan yang lebih besar dalam bidang tersebut pada masa akan datang.



http://malay.cri.cn/601/2013/07/27/41s142103.htm