Pages

Tuesday, February 25, 2014

Li Keqiang Ditemui Nguyen Thien Nhan


China dan Vietnam diharap menggunakan pelbagai mekanisme termasuk Jawatankuasa Pemandu Kerjasama Dua Hala, dan tiga regu kerja yakni Regu Kerja Penerokaan Laut Bersama, Regu Kerja Kerjasama Infrastruktur dan Regu Kerja Kerjasama Kewangan untuk mendorong kemajuan kerjasama di laut, darat dan kewangan. Demikian kata Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika ditemui Pengerusi Jawatankuasa Pusat Barisan Tanah Air Vietnam, Nguyen Thien Nhan di Beijing semalam.



Menurut Nguyen Thien Nhan, pihaknya bersedia melaksanakan kata sepakat yang tercapai, dan memperhebat interaksi pengalaman pentadbiran bagi mendorong perkembangan hubungan kedua-dua negara



http://malay.cri.cn/901/2014/02/25/101s147059.htm

Thursday, February 20, 2014

Gempa Bumi Jejas 450 Ribu Penduduk di Xinjiang, China


Gempa bumi yang melanda kaunti Yutian, Xinjiang China menyebabkan kehidupan 450 ribu penduduk tempatan terjejas selain merosakkan lebih 236 ribu buah rumah. Namun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan setakat ini.




Pelbagai jenis barangan bantuan termasuk khemah dihantar segera ke kawasan bencana. Lebih 85 ribu penduduk tempatan kini telah dipindahkan ke pusat penempatan yang selamat. Keadaan di kawasan bencana amat teratur.





http://malay.cri.cn/601/2014/02/16/21s146840.htm

Saturday, February 15, 2014

Minum Teh Tanda Perdamaian


Zhang Zhijun (kanan) dan Wang Yu-chi

Ketua Pengarah Pejabat Hal-Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Zhang Zhijun dan Ketua Majlis Hal-Ehwal Tanah Besar China Taiwan, Wang Yu-chi berbincang sambil minum teh di Peace Hotel Shanghai malam semalam.

Kedua-dua pihak memuji pertemuan yang julung kali antara ketua badan yang bertanggungjawab mengendalikan hubungan rentas selat ini sebagai amat bermakna untuk menggalakkan perkembangan menyeluruh hubungan rentas selat. Mereka berharap dapat bertemu semula di Taiwan tidak lama lagi.



http://malay.cri.cn/601/2014/02/14/241s146822.htm

Monday, February 10, 2014

231 Juta Pelancong Lawat China Sempena Tahun Baharu Cina


231 juta orang pelancong melawat China dalam tempoh cuti Tahun Baharu Cina tahun ini, meningkat 14% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Jumlah pendapatan sektor pelancongan mencecah kira-kira RMB126.4 bilion, meningkat 16.4% berbanding tahun lepas.





http://malay.cri.cn/601/2014/02/10/21s146705.htm

Wednesday, February 5, 2014

100 Juta Penumpang Guna Kereta Api Sempena TBC


Menurut statistik jabatan kereta api China, seramai 102.3 juta orang penumpang menggunakan kereta api sejak musim pengangkutan puncak sempena sambutan Tahun Baharu Cina dalam 17 hari lalu. Angka tersebut meningkat kira-kira 13 juta berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu.



http://malay.cri.cn/601/2014/02/04/261s146563.htm