Pages

Wednesday, June 25, 2014

Adat Perkahwinan di Urumqi, Xinjiang


Satu majlis perkahwinan mengikut adat resam tradisional tempatan diadakan di Destinasi Peranginan Ngarai Gunung Tianshan, bandar Urumqi Xinjiang pada 21 Jun lalu.


Dua pasangan pengantin baharu yang masing-masing dari etnik Kazak dan etnik Hui mengadakan upacara perkahwinan tradisional bagi mempromosikan adat resam dan budaya tradisi etnik minoriti tempatan.





http://malay.cri.cn/601/2014/06/24/21s149943.htm

Friday, June 20, 2014

PM China Lawat Britain


Perdana Menteri China, Li Keqiang tiba di Lapangan Terbang Heathrow London, Britain petang semalam untuk memulakan lawatan rasminya ke negara itu.


PM Li menyatakan, tahun ini adalah ulang tahun ke-10 terjalinnya hubungan rakan strategik menyeluruh antara China dengan Britain. Hubungan kedua-dua negara itu menghadapi peluang perkembangan yang penting. Beliau berharap agar lawatan ini dapat menggaris pelan tindakan dan menyuntik tenaga baharu bagi hubungan bilateral dalam tempoh sedekad seterusnya.

Sewaktu lawatan itu, Li akan mengadap Ratu Elizabeth II dan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Britain, David Cameron‎, selain menghadiri beberapa aktiviti berkaitkan isu ekonomi.



http://malay.cri.cn/601/2014/06/17/125s149798.htm

Sunday, June 15, 2014

Rombongan Belia China Lawat Indonesia


Rombongan belia China yang terdiri daripada 100 orang melawat Indonesia baru-baru ini.

Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia mengadakan jamuan makan malam untuk menyambut ketibaan mereka di Jakarta kelmarin.

Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng yang turut hadir dalam majlis makan malam itu menyatakan harapan agar rombongan belia China mengadakan komunikasi dengan rakyat pelbagai lapisan masyarakat Indonesia termasuk sekolah, syarikat serta jabatan sejarah dan budaya supaya mendapat pemahaman terhadap negara itu. Pada masa yang sama, beliau juga mengundang lebih ramai kawan dari Indonesai untuk melawat ke China bagi memahami China yang sedang mengamalkan dasar pintu terbuka dan pembaharuan serta membangun secara damai dan mendekati rakyat China yang ramah tamah.

Semasa berucap dalam majlis itu, Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Roy Suryo pula berkata, kerjasama Indonesia-China dalam bidang politik, ekonomi dan budaya semakin mendalam dan mengekalkan trend perkembangan yang baik. Lawatan rombongan belia China kali ini akan menintensifkan pertukaran belia yang diputuskan secara sebulat suara oleh pemimpin kedua-dua negara. Menurut beliau, terdapat ratusan pertubuhan belia di Indonesia, mereka berhasrat menjalinkan hubungan kerjasama yang pragmatik dengan pertubuhan belia China dengan peluang ini.



http://malay.cri.cn/901/2014/06/13/102s149688.htm

Tuesday, June 10, 2014

Ekspo China-Asia Selatan ke-2


Ekspo China-Asia Selatan ke-2 dan Pameran Komoditi Import dan Eksport Kunming China ke-22 dirasmikan di Kunming, provinsi Yunnan petang semalam.

Naib Perdana Menteri China, Wang Yang ketika berucap merasmikan ekspo tersebut berkata, kerjasama antara China dengan negara-negara Asia Selatan amat dinamik dan berhasil. Jumlah perdagangan bilateral antara kedua-dua pihak mencatat hampir USD 100 bilion pada tahun 2013. Jumlah pelaburan syarikat China di negara-negara Asia Selatan pula melebihi USD 4 bilion. Pihak berkuasa China menyokong provinsi Yunnan meningkatkan hubungan ekonomi dengan negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara. China juga mengalu-alukan syarikat dari negara-negara tersebut mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan Yunnan.



http://malay.cri.cn/601/2014/06/07/41s149550.htm

Thursday, June 5, 2014

China, Kuwait Perkasa Persahabatan, Kerjasama


China bersedia memperkasakan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan kesalingpercayaan politik dengan Kuwait, serta saling menyokong dengan negara itu dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan utama masing-masing, sekali gus meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap baharu.


Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian ketika bertemu dengan Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Jaber Al-Mubarak Al-Hamad Al-Sabah di Beijing petang semalam.



Li berkata, China bersedia mengambil bahagian dalam projek pembinaan landasan kereta api Kuwait, dan mengalu-alukan negara itu menyertai pembangunan zon ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.



Sheikh Jaber Al-Mubarak Al-Hamad Al-Sabah berkata, China merupakan sahabat baik bagi negara Arab. Kuwait menghargai peranan membina China dalam hal-ehwal antarabangsa dan serantau. Kuwait akan terus memainkan peranan positif untuk menggalakkan hubungan antara China dengan negara Arab serta hubungan China dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).



http://malay.cri.cn/601/2014/06/04/241s149481.htm