Pages

Saturday, April 26, 2014

China Sediakan Bekalan Logistik Bagi Jamin Operasi Pencarian


Tentera China secara cemas menghantar 400 liter minyak pelincir enjin pesawat dari Guangzhou ke Perth Australia untuk menjamin operasi mencari MH370 yang disertai oleh Tentera Udara China dapat diteruskan.


Memandangkan jangka operasi mencari yang tidak menentu, Tentera Udara China telah meminta bantuan dari sebuah syarikat perkhidmatan minyak Singapura di Perth pada 13 April lalu untuk menyediakan minyak pelincir enjin sebanyak dua kali kepada pesawat tentera China. Namun, pihak Singapura malam kelmarin memaklumkan kepada China bahawa mereka tidak mampu membekalkan minyak pelincir kali kedua sebelum 22 April.


Dalam konteks ini, pihak tentera China memulakan mekanisme tindak balas kecemasan untuk menjamin operasi pencarian dijalankan dengan lancar. Dengan kerjasama pelbagai jabatan berkenaan, 400 liter minyak pelincir telah dihantar ke Perth pada subuh semalam.



http://malay.cri.cn/901/2014/04/19/102s148389.htm

Monday, April 21, 2014

Presiden, PM China Utus Kawat Takziah Atas Nahas Feri RoK


Presiden China, Xi Jinping semalam mengutuskan kawat takziah kepada rakan sejawatnya di Republik Korea (RoK), Park Geun-hye atas nahas feri "Sewol" yang telah mengakibatkan ramai penumpang maut, cedera dan hilang.

Presiden Xi berkata, beliau amat terkejut dan sedih ketika mendengar berita tentang insiden feri Sewol RoK yang mengakibatkan ramai maut, cedera dan hilang, lebih-lebih lagi kebanyakn penumpang ialah pelajar yang muda. Beliau mewakili kerajaan dan rakyat China dan secara peribadi menyampaikan takziah kepada mangsa yang terkorban dan simpati kepada penumpang yang cedera dan hilang serta keluarga mereka. Persabahatan antara rakyat kedua-dua negara sangat mesra dan beliau amat prihatin kepada tragedi ini. China bersedia menyediakan sokongan dan bantuan yang diperlukan kepada RoK pada bila-bila masa.

Perdana Menteri China, Li Keqiang juga mengutuskan kawat takziah kepada rakan sejawatnya dari RoK, Jung Hong-won semalam atas nahas tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2014/04/18/102s148375.htm

Wednesday, April 16, 2014

Presiden Xi: Usaha Cari MH370 akan Diteruskan


Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di Beijing semalam.

Xi dalam pertemuan itu merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Australia yang menghulurkan bantuan kepada China dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, sambil menambah bahawa China akan meneruskan usaha pencarian tersebut.

Ketika memberikan taklimat berhubung usaha pencarian pesawat MH370 itu, Abbott berkata bahawa China antara negara yang paling awal mengerahkan kapal ke koridor selatan untuk melalukan operasi pencarian. Australia akan terus mengukuhkan komunikasi dan kerjasama dengan China dalam operasi berkenaan.

Semasa menghadiri jamuan makan tengah hari di Shanghai semalam, Abbott berkata, "Kami yakin lokasi kotak hitam pesawat MH370 berada dalam lingkungan beberapa kilometer. Namun hal ini tidak bermakna kami dapat mengesan bangkai pesawat di dasar laut sedalam hampir 4.5 kilometer, dan seterusnya mengetahui apa yang telah berlaku dalam pesawat tersebut." Beliau turut menyifatkan pencarian kali ini sebagai "operasi yang paling sukar dalam sejarah manusia."



http://malay.cri.cn/601/2014/04/12/21s148226.htm

Friday, April 11, 2014

Haixun 01 China Berusaha Mencari Kotak Hitam MH370


Kapal China "Haixun 01" hari ini tiba di kawasan perairan yang baharu untuk operasi mencari. Bot pencari kotak hitam yang dibawa "Haixun 01" mula menjalankan operasi.

Kapten "Haixun 01", Jiang Long menyatakan, operasi mencari di kawasan perairan ini merupakan misi terkini pihak Australia. Tambahan lagi kuasa bateri pada kotak hitam MH370 akan habis.


Bagaimanapun, operasi mencari kotak hitam menghadapi kesukaran besar, khususnya lokasi pencarian yang tidak dapat dipastikan. Kawasan perairan ini juga lebih dalam berbanding kawasan pencarian dua hari yang lalu, iaitu mencapai kira-kira 5000 meter. Hal ini menambah lagi kesukaran usaha mendapatkan isyarat kotak hitam berkenaan.



http://malay.cri.cn/901/2014/04/04/102s148087.htm

Tuesday, April 1, 2014

Presiden Xi: China Membangun secara Damai


Presiden China, Xi Jinping ketika memberikan ucapan atas undangan Dana K Rber Jerman petang semalam telah membentangkan dasar luar China yang mempertahankan pembangunan secara damai dan inisiatif. Menurutnya, pembangunan secara damai merupakan tradisi dan warisan bangsa China. Beliau juga mengharapkan pelbagai negara di dunia memilih membangun secara damai.

China bersedia berdialog dan berkomunikasi dengan negara-negara asing secara terbuka dan bersikap inklusif. Negara-negara asing juga dikehendaki memandangkan China dengan objektif dan menyeluruh. China sama sekali tidak akan mengorbankan kepentingan negara-negara yang lain, sebagai prasyarat menjana pembangunan sendiri .



http://malay.cri.cn/601/2014/03/29/41s147897.htm