Pages

Thursday, April 26, 2012

Persembahan Pesona Xinjiang


Rombongan kesenian "Kebudayaan China dan Pesona Xinjiang" telah mengadakan persembahan di Indonesia, Brunei Darussalam dan Malaysia. Persembahan ini mendapat sambutan hangat penonton ketiga-tiga negara.

Profesor dari sebuah universiti di Indonesia, Abdul Hadi berkata, irama muzik "Mukam" etnik Uygur Xinjiang China yang mirip dengan kesenian Islam amat menarik.



Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam, Pehin Dato Paduka Seri Haji Awang Badaruddin berkata, pertukaran kebudayaan ini mengeratkan kerjasama dan meningkatkan persefahaman antara rakyat yang bermanfaat bagi meningkatkan hubungan kedua-dua negara. Brunei Darussalam juga akan menghantar kumpulan kesenian untuk mengadakan persembahan ke China, khususnya ke Xinjiang.



http://malay.cri.cn/381/2012/04/24/27s130160.htm

Saturday, April 21, 2012

Pelayaran Misi Harmoni Kapal Cheng Ho Dimulakan


Kapal "Cheng Ho" tentera laut China berlepas dari pelabuhan tentera Dalian pada pukul 9.00 pagi tadi untuk pelayaran global yang bernama "Misi Harmoni" selama lebih lima bulan. Kapal itu sebagai utusan persahabatan tentera China, akan melawat 11 buah negara. Lebih 300 orang tentera laut China dan wakil institusi angkatan laut dari 13 buah negara turut serta dalam pelayaran itu.


Naib Ketua Turus Angkatan Laut China, Liao Shining berkata, kapal itu akan melawat pelabuhan di 11 negara, termasuk Vietnam, Malaysia, Indonesia, Itali dan Spanyol, dan akan belayar lebih 30 ribu batu nautika selama lebih 5 bulan.


Kapal itu juga mengundang pelajar dari institut angkatan laut negara mengikuti pelayaran, menyertai latihan dan aktiviti lain bersama-sama anggota tentera laut China.




http://malay.cri.cn/601/2012/04/16/61s129939.htm

Monday, April 16, 2012

Pesta Barang Mainan Antarabangsa Chenghai China ke-14


Pesta Hadiah dan Barang Mainan Antarabangsa Chenghai China ke-14 bermula di Chenghai, bandar Shantou provinsi Guangdong semalam. Pengeluar barang mainan dari Eropah, Amerika, Asia Barat, Asia Tenggara, Australia, Afrika serta China akan mempamerkan produk mereka.


Tapak pesta berkeluasan 18 ribu meter persegi itu menawarkan 580 buah gerai yang mempamerkan dan menjual pelbagai jenis barang mainan serta barang keperluan bayi dan kanak-kanak. Selain itu, pameran berkaitan reka bentuk, mesin dan kemudahan, pembungkusan dan alat ganti elektronik juga diadakan.


Sempena pesta selama empat hari ini juga akan diadakan Persidangan Pengedar Barang Mainan Chenghai 2012, Forum Piawaian Barang Mainan dan persembahan animasi.



http://malay.cri.cn/601/2012/04/13/26s129876.htm

Wednesday, April 11, 2012

Wen Jiabao Adakan Perbincangan dengan Recep Tayyip Erdogan


Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan di Beijing.

Wen Jiabao berkata, China menghargai kedudukan dan peranan Turki sebagai negara besar yang baharu. Kedua-dua pihak akan membincangkan kerjasama ekonomi dan perdagangan jangka panjang antara China dengan Turki, bekerjasama untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau serta menggalakkan pembangunan bersama.Wen Jiabao menambah, kerajaan China menyokong pertukaran dan kerjasama antara Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dengan pihak Turki.



Recep Tayyip Erdogan berkata, pihaknya bersedia meningkatkan pertemuan dan interaksi peringkat tinggi dan perbincangan strategik dengan China, meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan, merapatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara demi kepentingan bersama. Kerajaan Turki berikrar untuk melaksanakan dasar Satu China, dan tidak mengizinkan sebarang tindakan anti-China di Turki. 

Kedua-dua pihak turut bertukar-tukar pendapat mengenai isu Syria dan Iran.



http://malay.cri.cn/601/2012/04/10/61s129750.htm

Friday, April 6, 2012

Forum Asia Boao 2012 Ditutup


Forum Asia Boao 2012 yang berlangsung selama tiga hari telah ditutup di Hainan, China. Forum kali ini bertemakan "Asia di dunia yang sedang berubah-ubah, menuju ke pembangunan yang kukuh dan berterusan". Seramai 1,432 orang wakil termasuk 1,105 orang usahawan mengadakan perbincangan bagi mencari dan menyiasat punca-punca ketidaktentuan dalam operasi ekonomi dunia, pembaharuan serta transformasi, dan inovasi serta pembangunan secara berterusan di Asia.

Forum Boao yang ditubuhkan pada tahun 2001 berperanan menyediakan wadah yang penting bagi kerjasama ekonomi dan pembangunan secara berterusan di Asia sejak sekian lama.



http://malay.cri.cn/601/2012/04/04/41s129624.htm

Sunday, April 1, 2012

Leung Chun-ying, Ketua Eksekutif ke-4 Hong Kong


Leung Chun-ying mencapai undi terbanyak dan menang dalam pemilihan Ketua Eksekutif ke-4 Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, China.

Pengundian bermula di Pusat Pameran dan Konvensyen Hong Kong pada pukul 9.00 pagi tadi. Seramai 1,200 anggota Suruhanjaya Pemilihan Ketua Eksekutif membuang undi.

Leung Chun-ying yang memperoleh 689 undi akan dilantik sebagai Ketua Eksekutif oleh kerajaan pusat China nanti.



http://malay.cri.cn/601/2012/03/25/27s129320.htm