Pages

Saturday, March 11, 2017

Xinjiang akan Operasi 400 Kereta Api Kargo Antarabangsa


Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China akan meningkatkan skala pengangkutan antarabangsa pada tahun ini dengan menjalankan operasi 400 kereta api kargo. Angka ini meningkat 80 peratus berbanding dengan tahun lalu.

Menurut perancangan, Xinjiang akan menjalankan operasi 400 kereta api kargo ke barat dan menubuhkan pusat logistik Xinjiang bagi pengangkutan kereta api China-Asia Tengah dan China-Eropah.

Dimaklumkan, sejak operasi kereta api kargo antarabangsa China dari Xinjiang ke barat yang pertama pada Mac 2014 dimulakan, sebanyak 358 kereta api kargo telah beroperasi sehingga penghujung tahun lalu.



http://malay.cri.cn/601/2017/02/22/122s167307.htm

Wednesday, March 1, 2017

Lapangan Terbang Baiyun Guangzhou Kendalikan 1.29 Juta Penumpang pada Musuim Cuti TBC


Lapangan terbang Baiyun Guangzhou telah mengendalikan 1.29 juta penumpang pada tempoh cuti umum sempena Tahun Baharu Cina (TBC), yang meningkat 18.55% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pada 2 Feberuai, sebanyak 1299 buah pesawat berlepas atau mendarat di lapangan terbang itu dengan jumlah penumpang melebihi 200 ribu orang.

Gejala bilangan penumpang yang amat banyak di lapangan terbang Baiyun ini akan berlarutan sehingga 11 Februari iaitu Pesta Cap Goh Meh.



http://malay.cri.cn/601/2017/02/05/27s167061.htm