Pages

Saturday, March 11, 2017

Xinjiang akan Operasi 400 Kereta Api Kargo Antarabangsa


Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China akan meningkatkan skala pengangkutan antarabangsa pada tahun ini dengan menjalankan operasi 400 kereta api kargo. Angka ini meningkat 80 peratus berbanding dengan tahun lalu.

Menurut perancangan, Xinjiang akan menjalankan operasi 400 kereta api kargo ke barat dan menubuhkan pusat logistik Xinjiang bagi pengangkutan kereta api China-Asia Tengah dan China-Eropah.

Dimaklumkan, sejak operasi kereta api kargo antarabangsa China dari Xinjiang ke barat yang pertama pada Mac 2014 dimulakan, sebanyak 358 kereta api kargo telah beroperasi sehingga penghujung tahun lalu.



http://malay.cri.cn/601/2017/02/22/122s167307.htm

No comments:

Post a Comment