Pages

Thursday, May 30, 2013

Pasukan Pesawat Berpangkalan di Kapal Induk Pertama China


Pasukan pesawat yang berpangkalan di kapal induk pertama dalam tentera laut China ditubuhkan secara rasmi semalam. Ini bermakna perkembangan kemampuan bertempur pasukan kapal induk China memasuki tahap yang baharu.


Pasukan pesawat itu merupakan komponen utama dalam sistem pertempuran pasukan kapal induk. Ia terdiri daripada jet pejuang, pesawat latihan serta helikopter antiselam, penyelamat, pengawal dan lain-lain.



http://malay.cri.cn/601/2013/05/11/102s140318.htm

Saturday, May 25, 2013

China dan Vietnam Banteras Jenayah Pemerdagangan Kanak-Kanak


Polis China menyelamatkan 10 orang kanak-kanak warga Vietnam yang dijual secara haram dan menyerahkan mereka kepada kerajaan Vietnam di bandar Fangchenggang, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi hari ini.


Ketika diselamatkan, kebanyakan kanak-kanak yang berusia antara kira-kira 10 hari hingga tujuh bulan itu menghidap penyakit seperti radang paru-paru. Kanak-kanak berkenaan telah dihantar ke hospital provinsi Guangdong dan wilayah Guangxi untuk menerima rawatan dengan kerjasama jabatan kesihatan dan hal-ehwal awam China.





http://malay.cri.cn/901/2013/05/03/41s140157.htm

Monday, May 20, 2013

Duta Besar China ke Malaysia Melawat CRI


Chai Xi bertemu dengan Naib Ketua Editor CRI, Ma Bohui.

Hubungan ekonomi dan perdagangan yang semakin erat antara China dengan Malaysia menjadi asas bagi kedua-dua pihak untuk menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang lain, termasuk kerjasama kebudayaan, pendidikan dan media. Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke Malaysia, Chai Xi ketika melawat ke Radio Antarabangsa China (CRI) hari ini.

Naib Ketua Editor CRI, Ma Bohui telah menerima kunjungan Chai Xi dan memaklumkan perkembangan 
CRI kepada beliau.


Chai Xi mendengar perkenalan sejarah CRI dari Ketua Pengarah Pusat Penyiaran Asia Tenggara CRI, An Xiaoyu.

Chai Xi memuji CRI yang memberi sumbangan besar yang membantu rakyat di luar negara untuk memahami keadaan yang benar dan terkini di China. Menurut beliau, jumlah perdagangan China-Malaysia dijangka akan mencapai USD 100 bilion pada tahun ini. Malaysia merupakan rakan dagang terbesar bagi China di ASEAN dan juga rakan dagang ketiga terbesar di Asia selepas Jepun dan Republik Korea. Hubungan ekonomi dan perdagangan yang erat menjadi asas yang kukuh bagi kedua-dua pihak untuk menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang lain. Kini, projek Taman Perindustrian China-Malaysia di Qinzhou dan Taman Perindustrian Malaysia-China di Kuantan telah dirasmikan. Sepasang panda China pula akan dipinjam ke Malaysia. Universiti Xiamen China juga akan membuka cawangan di Malaysia. Kerjasama badan media kedua-dua negara pula patut ditingkatkan.



http://malay.cri.cn/901/2013/05/03/102s140155.htm

Wednesday, May 15, 2013

Hubungan China-Thailand Mantap dan Penting


Menteri Luar China, Wang Yi ketika bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra berkata, hubungan antara China dengan Thailand unik, stabil dan penting. 

Wang Yi berkata, keunikan tersebut kerana hubungan kedua-dua negara merupakan hubungan rakan, sahabat dan saudara. Kedua-dua negara mengekalkan kestabilan dan berkembang secara berterusan tanpa menghiraukan perubahan situasi dalam dan luar negara. Selain itu, hubungan China dan Thailand penting dan kekal menempati kedudukan utama dalam hubungan antara China dengan negara jiran, dan menjadi contoh bagi meningkatkan hubungan antara China dengan negara ASEAN.



http://malay.cri.cn/901/2013/05/02/61s140119.htm

Friday, May 10, 2013

Sambutan Hari Pekerja Antarabangsa di Beijing


Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China merangkap Pengerusi Persekutuan Kesatuan Sekerja Seluruh China (ACFTU), Li Jianguo menyampaikan salam kepada pekerja, petani dan golongan profesional serta golongan lain sempena Hari Pekerja pada 1 Mei.

Dalam sambutan Hari Pekerja sempena Persidangan Pengiktirafan Sumbangan kepada Usaha Pembangunan Masyarakat Makmur yang diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam, Li Jianguo menegaskan, pembangunan masyarakat makmur secara menyeluruh dan pencapaian dua matlamat "ketika ulang tahun ke-100" yang dikemukakan dalam Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China sebagai permulaan hala tuju baharu bangsa China merealisasikan "Impian China". "Impian China" itu merupakan impian yang paling besar bagi negara, rakyat dan bangsa sejak zaman kontemporari. Kesatuan sekerja dari segenap peringkat bertanggungjawab menggerakkan pekerja seluruh negara demi matlamat berkenaan.

Dalam persidangan tersebut, pingat dan gelaran dianugerahkan kepada individu dan kumpulan yang cemerlang.



http://malay.cri.cn/601/2013/04/29/101s140035.htm

Sunday, May 5, 2013

China-Perancis Eratkan Hubungan Rakan Strategik


Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Francois Hollande di Beijing semalam. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengeratkan kerjasama rakan strategik secara menyeluruh berdasarkan prinsip saling menghormati, dan saling menguntungkan.

Xi menyatakan, China dan Perancis perlu saling menyokong dan memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan untuk mewujudkan demokrasi dalam hubungan antarabangsa, mendorong order antarabangsa lebih saksama dan rasional, menetapkan peraturan antarabangsa yang sama kedudukan dan rundingan, menyelesaikan pertikaian antarabangsa secara damai melalui dialog, memelihara kedamaian dan kestabilan dunia bagi mewujudkan perkembangan dan kamakmuran bersama.

Francois Hollande pula menytakan, sebagai dua negara besar yang bertanggungjawab, Perancis dan China perlu meningkatkan dialog, penyelarasan dan kerjasama ketika menangani isu penting antarabangsa untuk mendorong kawalan ekonomi sejagat dan memelihara kedamaian dan kemakmuran dunia.

Selepas rundingan itu, pemimpin kedua-dua negara menyaksikan penandatanganan pelbagai dokumen kerjasama antara kerajaan dan syarikat kedua-dua negara yang melibatkan inovasi sains dan teknologi, mesra alam, pembangunan bandar yang mantap, kebudayaan, pelancongan, tenaga nuklear, tenaga elektrik, penerbangan, insurans kewangan, bahan makanan dan keselamatan bahan makanan.



http://malay.cri.cn/601/2013/04/26/61s139980.htm