Pages

Tuesday, December 31, 2013

Jaringan Kereta Api China Sepanjang 100 Ribu Kilometer


Rangkaian landasan kereta api di China mengatasi 100 ribu kilometer berikutan beberapa jalan baharu yang dimulakan operasinya semalam. Antara yang baharu itu ialah jalan kereta api Xiamen-Shenzhen, jalan kereta api kelajuan tinggi Xi'an-Baoji, jalan kereta api Chongqing-Lichuan dan beberpa lain di kawasan pantai wilayah Guangxi, China.


Menurut Perbadanan Landasan Kereta Api China, antara keseluruhan rangkaian tersebut, yang kelajuannya melebihi 120 km sejam berjumlah 40 ribu km; yang mecatat 160 km sejam sepanjang 20 ribu km; manakala, jaringan kereta api kelajuan tinggi mececah 10 ribu km. Ini membuatkan China sebagai negara yang memiliki jalan kereta api kelajuan tinggi yang paling panjang di dunia.


Berdasarkan pelan rangkaian kereta api nasional, menjelang tahun 2015, jaringan kereta api kelajuan tinggi dijangka mencatat 19 ribu km. Panjang keseluruhan jalan kereta api yang berada dalam operasi akan mencapai 120 ribu km menjelang tahun 2020.



http://malay.cri.cn/601/2013/12/29/125s145831.htm

Saturday, December 21, 2013

Bangladesh, China, India dan Myanmar Bentuk Mekanisme Penggalakan Kerjasama


Hua Chunying

Bangladesh, China, India dan Myanmar telah membentuk mekanisme penggalakan kerjasama antara keempat-empat negara. Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China Hua Chunying ketika memberi makluman tentang mesyuarat pertama kumpulan kerja bersama berhubung koridor ekonomi Bangladesh, India, China dan Myanmar semalam.


Hua Chunying menyatakan bahawa mesyuarat itu diadakan dengan jayanya di Kunming, Yunnan China pada 18-19 Disember lalu. Para peserta telah mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai prospek pembangunan koridor ekonomi itu, bidang kerjasama utama dan pembinaan mekanisme. Pelbagai pihak telah mencapai persepakatan mengenai kerjasama dalam bidang infrastruktur pengangkutan, pelaburan, perdagangan dan pertukaran sosiobudaya. Dalam mesyuarat itu, para peserta telah menandatangani minit mesyuarat dan rancangan penyelidikan koridor ekonomi, di samping membentuk secara rasmi mekanisme penggalakan kerjasama antara keempat-empat negara.



Monday, December 16, 2013

Pendaratan Chang'e-3 Jadi Tumpuan Media Antarabangsa


Alat peninjau bulan China, Chang'e-3 selamat mendarat di bulan malam semalam, sekali gus menjadikan China negara ketiga di dunia yang berjaya melakukan pendaratan lembut di permukaan bulan. Pendaratan itu turut menjadi tumpuan media antarabangsa termasuk Rusia, AS, Eropah dan India.

Laman web akhbar Russian Gazeta dalam laporanya berkata, setelah alat peninjau terakhir Kesatuan Soviet mendarat di bulan pada 24 Ogos 1976, tiada satu pun negara yang mencapai kejayaan tersebut dalam tempoh 37 tahun yang lalu.

Agensi berita The Associated Press (AP) melaporkan, dengan pendaratan itu, China dijangka akan menjadi pesaing bagi AS dan Rusia dalam bidang penerokaan angkasa lepas dalam tempoh 10 hingga 20 tahun yang akan datang.

Menurut BBC pula, pendaratan Chang'e-3 ini menandakan China sudah mencapai satu lagi kejayaan yang besar dalam program angkasa lepasnya.



http://malay.cri.cn/601/2013/12/15/41s145538.htm

Wednesday, December 11, 2013

Presiden Ukraine Lawat CRI


Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych yang sedang dalam lawatan rasminya ke China melawat ke CRI pagi tadi untuk Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-5 CRI Online - Radio Dalam Talian Bahasa Ukraine CRI.

Sebelum majlis bermula, Viktor Yanukovych diberi taklimat oleh Presiden CRI, Wang Gengnian tentang usaha pembangunan siaran antarabangsa China dan pembangunan siaran bahasa Ukraine. Beliau turut meninjau ke pameran siaran bahasa Ukraine dan berinteraksi dengan staf bahagian tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2013/12/05/242s145300.htm

Friday, December 6, 2013

China Longgar Dasar Satu Anak


China akan melonggarkan dasar satu anak yang dilaksanakan mulai tahun 1978, bagi membenarkan pasangan memiliki dua anak jika salah seorang daripada mereka ialah anak tunggal.

Demikian menurut keputusan Parti Komunis China (PKC).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas Sidang Pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC yang berlangsung pada 9 hingga 12 November lepas, China akan melaksanakan dasar baharu tersebut di samping mengekalkan dasar perancangan keluarga.


Kenyataan itu berkata, dasar kelahiran akan diubahsuai dan diperbaiki secara berperingkat bagi menggalakkan perkembangan populasi yang seimbang dalam jangka panjang.

Pegawai Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Negara China berkata, pelonggaran dasar tersebut akan membolehkan kadar kelahiran China kekal pada tahap yang stabil.



http://malay.cri.cn/601/2013/11/16/241s144836.htm

Sunday, December 1, 2013

Pasukan Perubatan China Rawat Lebih 1,000 Orang Filipina


Pasukan perubatan China yang dihantar ke Filipina telah merawat lebih 1,000 orang pesakit tempatan. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang semalam.


Dimaklumkan, pasukan tersebut memberi rawatan perubatan, pembedahan, ortopedik, pediatrik dan ginekologi kepada mangsa bencana. Sumbangannya amat dihagai kerajaan dan rakyat tempatan.



http://malay.cri.cn/901/2013/11/28/101s145149.htm