Pages

Monday, July 27, 2015

Xi Berucap dalam Sidang Kemuncak BRICS ke-7


Pertemuan Pemimpin Negara-Negara BRICS ke-7 dirasmikan di Ufa, Rusia semalam. Presiden China, Xi Jinping, Presiden Rusia, Vladimir Putin, Presiden Brazil, Dilma Rousseff, Perdana Menteri India, Narendra Modi. dan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma turut hadir dalam sidang kemuncak itu. Mereka bertukar-tukar pandangan dan mencapai konsensus mengenai hubungan rakan BRICS, situasi antarabangsa dan kerjasama antara negara BRICS.


Xi Jinping menyampaikan ucaptama yang bertajuk "bersama-sama menjalinkan hubungan rakan untuk menciptakan masa depan yang cerah". Beliau telah mengenang kembali proses kerjasama dan mengemukakan hala tuju hubungan rakan negara-negara BRICS.


Menurut beliau, kita perlu meningkatkan hubungan rakan dan berusaha mencapai perkara-perkara berikut. Pertama, membina hubungan rakan yang sama-sama memelihara keamanan dunia; kedua, membina hubungan rakan yang membangun bersama; ketiga, membina hubungan rakan yang mengembangkan kepelbagaian tamadun; dan keempat, membina hubungan rakan demi meningkatkan tadbir urus ekonomi global.

Pemimpin kelima-lima negara telah membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

Deklarasi Ufa dan pelan tindakan telah diumumkan selepas sidang kemuncak itu berakhir.



http://malay.cri.cn/601/2015/07/10/27s157486.htm

Wednesday, July 22, 2015

Pertemuan Xi, Putin di Ufa


Presiden China, Xi Jinping menemui rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin di Ufa, Rusia semalam. Pertemuan ini merupakan pertemuan kali kedua antara kedua-dua pemimpin tersebut pada tahun ini.


Xi berkata, ekonomi China dan Rusia saling melengkapi, prospek kerjasama dan ruang pasaran amat meluas. Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) perlu menjadi wadah penting dalam menghubungkan zon ekonomi Laluan Sutera dengan entiti ekonomi Eropah-Asia, selain memperluas ruang kerjasama pragmatik antara satu sama lain demi menggalakkan pembangunan, kerjasama dan kemakmuran benua Eropah-Asia.


Putin pula berkata, perkongsian strategik komprehensif Rusia-China kini kian erat. China telah menjadi rakan perdagangan terbesar bagi Rusia.

Putin menambah, kerjasama kewangan antara kedua-dua negara kini terus meningkat. Pihaknya aktif menyertai usaha penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) anjuran China. Dalam pada itu, kerjasama dua hala dalam bidang infrastruktur, sumber tenaga, angkasa lepas dan teknologi tinggi semakin erat.



http://malay.cri.cn/601/2015/07/09/27s157457.htm

Tuesday, July 7, 2015

China, Australia Tandatangani FTA


Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) China-Australia ditandatangani di Canberra. Pemeteraian oleh Menteri perdagangan China, Gao Hucheng dan Menteri Perdagangan dan Pelaburan Australia, Andrew Robb itu turut disaksikan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.


FTA tersebut meliputi lebih 10 bidang termasuk perdagangan komoditi, perkhidmatan dan pelaburan, dan merupakan salah sebuah FTA yang paling tinggi tahap kebebasannya antara China dengan negara lain.

Penandatanganan FTA itu bakal membolehkan 85.4% produk yang diperdagangkan antara kedua-dua negara menikmati status bebas tarif.



http://malay.cri.cn/601/2015/06/17/21s157036.htm

Thursday, July 2, 2015

Pasukan China Berlatih untuk Piala Dunia


Pada 9 Jun lalu, pasukan bola sepak China berlatih di Kunming, provinsi Yunnan sebagai persiapan untuk peringkat saringan Piala Dunia 2018 yang akan diadakan di Rusia.








http://malay.cri.cn/601/2015/06/12/21s156907_1.htm