Pages

Sunday, February 26, 2012

Xi Jinping: Kerjasama China dan AS Beri Faedah Bersama


Sempena lawatannya ke AS, Naib Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-AS di Los Angeles semalam.


Dalam ucapanya, Naib Presiden Xi terkata, konsensus yang dicapai oleh kedua-dua pemimpin China dan Amerika telah membina hubungan persahabatan dan kerjasama mengikut ciri-ciri dan tuntutan hubungan bilateral pada situasi baharu.Untuk mendorong agar hubungan ekonomi dan perdagangan lebih mantap dan berterusan, beliau mencadangkan empat perkara.


Pertama, merebut peluang pasaran untuk mengimbangi perdagangan. Kedua, mewujudkan suasana pelaburan yang baik di kedua-dua negara. China berharap AS menyediakan persekitaran yang adil dan mudah kepada pelabur China serta mengelakkan campur tangan politik. Ketiga, meneroka bidang kerjasama baharu seperti sumber tenaga dan teknologi maklumat. Dan ketempat, bersama-sama mengatasi cabaran dan bekerjasama untuk mengukuhkan tadbir urus sejagat.



http://malay.cri.cn/601/2012/02/18/26s128307.htm

Tuesday, February 21, 2012

Kismis Xinjiang Laris Dijual di Dunia


Lembah Turpan, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang merupakan kawasan mengeluarkan kismis utama di China. Kawasan tanaman anggur seluas 33 ribu hektar. Jumlah pengeluaran anggur mencatat 500 ribu tan setahun yang mewakili 40% daripada jumlah keseluruhan pengeluaran anggur di China. Anggur di Turpan melebihi seratus jenis. Kini, kismis Xinjiang laris dijual di pasaran AS, Eropah dan Asia Tenggara. Pengguna AS dan Eropah suka kismis merah, manakala kismis hijau diminati ramai di Asia Tenggara.


Menurut statistik Jabatan Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin Xinjiang, jumlah eksport kismis Xinjiang ke pasaran AS, Eropah dan Asia Tenggara mencatat 7161.025 tan yang bernilai USD 16.18 juta pada tahun lalu.



http://malay.cri.cn/681/2012/02/14/27s128179.htm

Thursday, February 16, 2012

China Harap Eropah Longgar Sekatan Eksport



Perdana Menteri China, Wen Jiabao memberi keyakinan kepada Eropah untuk mengimport lebih banyak produknya sambil berharap entiti itu turut melonggar sekatan terhadap eksportnya. Eropah juga disaran menyediakan persekitaran yang baik bagi keseimbangan dagangan bilateral.

Demikian harapan Wen Jiabao dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak Industri dan Perniagaan China-Eropah ke 7 di Beijing semalam.




Ucaptamanya bertajuk " Masa Depan Cerah, Kerjasama Ekonomi China-Eropah Dalam Situasi Menang-Menang".

Sidang itu turut dihadiri Presiden Majlis Eropah, Herman Van Rompuy dan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Jose Manuel Durap Barroso serta pegawai kerajaan kanan dan ahli kalangan ekonomi kedua-dua pihak.




http://malay.cri.cn/601/2012/02/15/26s128227.htm

Saturday, February 11, 2012

Pekerja China yang Ditawan di Sudan Pulang ke Tanah Air



Kesemua 29 rakyat China yang ditawan di Sudan pulang ke tanah air malam tadi selepas 24 jam berada di Nairobi, Kenya.




Dua doktor China dari pasukan perubatan bantuan Sudan telah menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk kesemua 29 pekerja yang turut didapati berada dalam keadaan baik dan sihat.




Pada 28 Januari lalu, tapak pembinaan Syarikat Sinohydro di wilayah Kordofan Selatan diserang Tentera Liberasi Rakyat Sudan (SPLA). Seramai 29 daripada 47 pekerja di tempat kejadian ditawan sekumpulan bersenjata antikerajaan, dan seorang lagi yang hilang ditemui mayatnya kemudian.



http://malay.cri.cn/601/2012/02/09/101s128083.htm

Monday, February 6, 2012

China-Jerman Tingkatkan Kerjasama Strategik


Dalam situasi antarabangsa dan serantau yang penuh dengan pancaroba sekarang ini, China dan Jerman patut meningkatkan kerjasama strategik. Demikian saranan Perdana Menteri China, Wen Jiabao ketika bertemu dengan Canselor Jerman, Angela Merkel di Beijing.


Merkel berkata, pihaknya memandang serius hubungan dengan China, dan bersedia meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan dengan negara ini.

Jerman juga akan meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan China dalam urusan antarabangsa dan serantau untuk melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.  



http://malay.cri.cn/601/2012/02/03/61s127911.htm

Wednesday, February 1, 2012

Kawasan Ekonomi Istimewa Kashgar Xinjiang


Bandar Kashgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang yang terletak di kawasan paling barat di China, merupakan titik pertemuan benua Asia dan Eropah. Ia mempunyai catatan sejarah yang berusia lebih 2,100 tahun. "Pandangan Mengenai Penubuhan Kawasan Ekonomi Istimewa Kashgar" yang diluluskan oleh Dewan Negara China pada 30 September tahun lalu, menandakan Kashgar menjadi kawasan ekonomi isitimewa peringkat negara pertama di kawasan pedalaman China sejak 30 tahun lalu.


Setiausaha Jawatankuasa Bandar Kashgar Parti Komunis China, Chen Xuguang berkata, pihaknya akan mengekalkan struktur ekonomi dalam bidang kewangan, pelancongan, serta menarik lebih ramai tenaga profesional dari seluruh dunia untuk menggalakkan pembangunan urbanisasi. Kashgar yang kaya dengan sumber tenaga, membangunkan ekonominya di samping memelihara alam sekitar.


Kashgar juga merupakan tempat asal budaya etnik Uygur. Tapak peninggalan sejarah, termasuk Masjid Eidgah dan Makam Apak Hoja, yang terkenal di dunia. Dengan kepadatan penduduk seramai 4 juta orang, 90 peratus penduduk Kashgar yang majoritinya dari etnik Uygur adalah beragama Islam. Tidak hairanlah seni bina, pakaian dan makanan di sini dipengaruhi etnik Uygur selain terdapat campuran pengaruh dari Asia Barat seperti negara-negara Arab dan Turki. Kashgar mempunyai sumber pelancongan yang kaya. Selain itu, Kashgar juga mempunyai kelebihan kedudukan geografi. Ia bersempadan dengan lapan buah negara. Garis sempadan sepanjang 888.5 kilometer. Menurut Encik Chen Xuguang, 70% peruntukan kerajaan digunakan dalam projek berkaitan untuk memperbaiki taraf kehidupan rakyat.



http://malay.cri.cn/681/2012/02/01/27s127842.htm