Pages

Thursday, January 28, 2016

Tu Youyou Terima Hadiah Nobel 2015


Ahli farmasi China, Tu Youyou menerima Hadiah Nobel 2015 dalam Fisiologi atau Perubatan di Sweden semalam.

Tu, 84, menerima medal, diploma dan dokumen perakuan ganjaran Hadiah Nobel daripada Raja Sweden, Carl XVI Gustaf di Dewan Konsert Stockholm.

Ganjaran untuk Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan tahun ini berjumlah 8 juta krona Sweden (kira-kira USD 920 ribu). Tu memperoleh separuh ganjaran tersebut, dan bakinya dikongsi oleh dua ahli sains lain.



http://malay.cri.cn/601/2015/12/11/123s160149.htm

Saturday, January 23, 2016

Amaran Jerebu Tahap Merah di Beijing


Beijing mengeluarkan amaran jerebu tahap merah hari ini, menyarankan sekolah ditutup dan masa kerja fleksibel dilaksanakan selain mengehadkan bilangan kereta di jalan raya mengikut nombor pendaftaran ganjil dan genap di bandar raya ini.

Tahap merah itu adalah amaran paling serius dalam sistem amaran empat peringkat yang mula digunakan lebih dua tahun lalu.


Ini merupakan kali pertama amaran tahap merah dikeluarkan di Beijing, sekali gus menunjukkan jerebu teruk dijangka berterusan lebih tiga hari.

Amaran tahap merah yang berkuat kuasa bermula pada pukul 7 pagi 8 Disember hingga pukul 12 tengah hari 10 Disember ini bertujuan untuk melindungi kesihatan penduduk awam dan mengurangkan tahap pencemaran udara teruk.



http://malay.cri.cn/601/2015/12/08/21s160083.htm

Monday, January 18, 2016

China dan Afrika Selatan Mahu Tingkatkan Hubungan Dua Hala

China dan Afrika Selatan perlu melaksanakan persepakatan yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara dan Rancangan Strategi Kerjasama 5 hingga 10 Tahun China-Afrika Selatan, supaya mendorong hubungan dua hala melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Demikian persepakatan yang dicapai oleh Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Afrika Selatan, Jacob Zuma ketika mengadakan rundingan di Pretoria, ibu negara Afrika Selatan semalam.


Presiden Xi berkata, hubungan rakan strategik komperhensif China-Afrika Selatan mengekalkan momentum perkembangan yang baik, kesalingpercayaan politik kian ditingkatkan, dan ini benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Xi menambah, China dan Afrika Selatan harus mengoptimumkan kelebihan masing-masing bagi menjalankan kerjasama yang saling melengkapi dalam bidang ekonomi maritim, kapasiti pengeluaran, sumber tenaga, perdagangan dan pelaburan.

Zuma pula berkata, pihaknya berharap untuk memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan, sains dan teknologi, sumber tenaga, hasil laut, dan mengalu-alukan China terus meningkatkan pelaburan di negara itu.





http://malay.cri.cn/601/2015/12/03/27s160004.htm

Wednesday, January 13, 2016

Maraton Pantai Antarabangsa Haikou 2015


Maraton Pantai Antarabangsa Haikou 2015 yang diadakan di provinsi Hainan, China pada 28 November lalu menarik penyertaan lebih 4,000 atlet dan peminat sukan ini dari 20 buah negara dan wilayah.


Atlet dari Kenya, Paul menjuarai acara lelaki 10.5 kilometer dengan masa 31'56''.



http://malay.cri.cn/601/2015/12/02/21s159994.htm

Friday, January 8, 2016

Sidang Kemuncak Media BRICS di Beijing


Mesyuarat Presidium Sidang Kemuncak Media BRICS pertama diadakan di Beijing petang semalam.


Presiden Agensi Berita Xinhua, China yang juga pengerusi eksekutif Sidang Kemuncak Media BRICS, Cai Mingzhao mempengerusikan mesyuarat itu. Petugas media dari Syarikat Komunikasi Negara Brazil, Agensi Maklumat dan Berita Rusia, RIA Novosti (RIA), syarikat akhbar The India dan Kumpulan Media Bebas Afrika Selatan menghadiri mesyuarat tersebut.


Bagi memperkasakan kerjasama antara negara BRICS pada masa depan, enam cadangan kerjasama pragmatik telah diluluskan pada mesyuarat itu, termasuk menubuhkan pejabat perhubungan Sidang Kemuncak Media BRICS, menubhkan tabung Media BRICS, menawarkan Anugerah Kewartawanan Media BRICS, mengadakan pameran foto bersama Media BRICS, menjalankan latihan dan pertukaran wartawan BRICS dan memperkukuh penyelarasan dalam liputan penting di dunia.



http://malay.cri.cn/601/2015/12/01/27s159971.htm

Sunday, January 3, 2016

Marcello Lippi Jumpa Pemain Bola Sepak Muda China


Jurulatih terkemuka dari Itali, Marcello Lippi berjumpa dengan pemain pasukan bola sepak sekolah tempatan di Sanya, provinsi Hainan, China pada 29 November lalu.


Lippi menyuarakan harapan supaya Sanya dapat melahirkan pemain sehebat Lionel Messi pada masa akan datang.





http://malay.cri.cn/601/2015/11/30/21s159957.htm