Pages

Tuesday, January 31, 2012

Pendapatan Pelancongan dalam Cuti Tahun Baharu Cina Mencecah RMB 101 Bilion


China menerima kunjungan pelancong seramai 176 juta orang pada musim perayaan Tahun Baharu Cina. Angka ini meningkat 14.9% berbanding tahun lepas. Jumlah pendapatan yang diperoleh sektor pelancongan pula meningkat 23.6%kepada RMB 101.4 bilion.



Bandar raya Beijing, Shanghai dan Guangzhou serta 39 bandar destinatsi pelancongan utama lain telah menerima kunjungan pelancong seramai 66.59 juta orang dengan pendapatan pelancongan melebihi RMB 38 bilion dalam musim perayaan ini.

Dalam pada itu, pendapatan syarikat penerbangan domestik mencatat RMB 5.5 bilion, manakala pendapatan oleh perkhidmatan kereta api pula melebihi RMB 3 bilion.




http://malay.cri.cn/601/2012/01/30/21s127810.htm

Monday, January 23, 2012

Pemimpin China Raikan Tahun Baharu Cina


Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara China mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2012 di Dewan Besar Rakyat semalam.



Presiden Hu Jintao

Presiden Hu Jintao, Perdana Menteri Wen Jiabao dan barisan pemimpin China yang lain termasuk Wu Bangguo, Jia Qinglin, Li Changchun, Xi Jinping, Li Keqiang, He Guoqiang, dan Zhou Yongkang hadir untuk memeriahkan sambutan bersama-sama dengan tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat.



Perdana Menteri Wen Jiabao



http://malay.cri.cn/601/2012/01/22/123s127637.htm

Sunday, January 22, 2012

Sejarah Tahun Baharu Cina Bermula Lebih 4000 Tahun


Bila sebenarnya perayaan Tahun Baharu Cina bermula? Menurut pakar astronomi dari Akademi Sains China, Wang Sichao, perayaan itu mempunyai sejarah lebih 4000 tahun.


Jelasnya, Tahun Baharu Cina biasanya disebut sebagai "Guo Nian". Pelbagai andaian dibuat mengenai asal usulnya. Namun yang diterima umum ialah mengenai Maharaja Shun yang naik takhta lebih 2000 tahun lalu.

Maharaja Shun dikatakan telah mengetuai upacara pemujaan langit dan bumi yang kemudiannya menjadi ikutan pegawai dan rakyat China. Sejak itu, hari itu diterima sebagai hari pertama imlek Tahun Baharu Cina yang kemudiannya disebut juga sebagai "Pesta Musim Bunga".




Menurut Wang Sichao lagi, sebagai perayaan tradisional yang paling penting dan meriah di China, sambutannya telah menjadi salah satu ciri utama dalam kebudayaan bangsa China.

Pelbagai cara sambutannya, terrmasuk membeli barangan baharu khusus untuk tahun baharu, melekatkan kuplet di pintu masuk kediaman, bermain mercun, mengucapkan Selamat Tahun Baharu antara satu sama lain, memberikan angpau dan sebagainya.




http://malay.cri.cn/601/2012/01/21/26s127629.htm

Saturday, January 21, 2012

Superkomputer Terpantas Ciptaan China Beroperasi


Komputer ciptaan China berjenama "Sunway BlueLight" yang dilengkapi unit pemprosesan pusat (CPU) dan perisian sistem buatan negara ini sendiri, mampu mencatat satu quadrillion pengiraan sesaat (petaflops).


Keupayaan komputer yang kini beroperasi di bandar Jinan, Shandong melonjakkan nama China sebagai negara ketiga yang mampu menyelidik dan membangunkan komputer terpantas atau "superkomputer" selepas Amerika Syarikat dan Jepun.


Kejayaan itu turut meningkatkan kecanggihan aplikasi komputer di China.

Komputer "Sunway BlueLight" akan dimanfaatkan untuk memajukan teknologi dan sosioekonomi di Provinsi Shandong di samping menyumbang kepada pembangunan teknologi dan ekonomi negara.



http://malay.cri.cn/601/2012/01/20/241s127610.htm

Friday, January 20, 2012

Arus Penumpang Memuncak Sempena Musim Tahun Baharu Cina


Pengangkutan musim Tahun Baharu Cina kini semakin memuncak dengan bilangan pengguna jalan raya semalam mencatat 81.67 juta orang, manakala lebih 1.14 juta orang mengguna pengangkutan air.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan China, He Jianzhong berkata, dijangka jumlah pengguna jalan raya meningkat kepada 83 juta orang setiap hari sebelum Tahun Baharu China, meningkat 10% berbanding tahun lalu.


Sejajar dengan keperluan itu, pihaknya menawarkan 840 ribu buah bas bagi memastikan 2.6 juta jadual perjalanan sehari.



http://malay.cri.cn/601/2012/01/20/26s127607.htm

Sunday, January 15, 2012

China Berjaya Lancarkan Satelit Fengyun II


China berjaya melancarkan satelit Fengyun II dengan roket pembawa Long March 3 di Pusat Pelancaran Xichang China pada pukul 8.56 pagi tadi.


Satelit Fengyun II itu untuk memantau perubahan cuaca bagi kegunaan data meteorologi, selain mengumpul data oseanografi dan hidrologi serta pemantauan persekitaran angkasa. Data itu untuk kegunaan Jabatan Meteorologi Negara China.



http://malay.cri.cn/601/2012/01/13/61s127442.htm

Tuesday, January 10, 2012

China Kukuhkan Hubungan Diplomatik Dengan Negara Jiran


China akan aktif menjalankan hubungan diplomatik dengan negara jirannya tahun ini. Demikian dinyatakan oleh Penolong Menteri Luar China, Liu Zhenmin di Beijing baru-baru ini.

Beliau berkata, China akan mengukuhkan pertukaran budaya dengan negara Asia. Di samping itu, negara ini juga akan terus melaksanakan strategi menang-menang, menggalakkan perusahaan China meningkatkan pelaburan di negara jiran untuk menjayakan pembangunan kawasan perdagangan bebas.

China juga akan merapatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan negara tersebut.




http://malay.cri.cn/601/2012/01/10/61s127333.htm

Pesta "Tahun Baharu China Yang Meriah" di 82 Negara


Pesta "Tahun Baharu China Yang Meriah Ke-3" yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan China telah dirasmikan di 144 bandar di 82 negara dan kawasan di seluruh dunia hari ini.

Pesta itu melibatkan lebih 300 aktiviti seperti persembahan kesenian, pameran, persembahan adat resam, pameran bergambar dan jualan buku.


Bagi menarik penyertaan pengguna multimedia tempatan dan asing, pesta tersebut dan pengetahuan budaya Tahun Baharu China turut dibuat secara aplikasi atas talian mengguna versi iPAD Apple Store baru-baru ini.



http://malay.cri.cn/601/2012/01/10/61s127326.htm

Thursday, January 5, 2012

Temasya Sukan Kebangsaan Musim Sejuk China ke-12 Dirasmikan


Temasya Sukan Kebangsaan Musim Sejuk China ke-12 dirasmikan oleh anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Liu Yandong di Changchun, provinsi Jilin malam semalam.


Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Sukan Nasional China, Liu Peng dalam ucapannya pada majlis pembukaan berkata, temasya itu dapat memperkenal dan menggalak acara sukan musim sejuk di kalangan rakyat. Ia juga boleh meningkatkan daya saing atlet China di arena antarabangsa. Temasya sukan kali ini juga dijadikan medan ujian sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk Tahun 2014.


Seramai 1,067 orang atlet akan beraksi dalam 105 acara bagi lima jenis sukan untuk merebut 115 pingat emas.



http://malay.cri.cn/601/2012/01/04/26s127160.htm