Pages

Monday, September 26, 2011

China Pelawa Usahawan dari Negara Islam Melabur

China mempelawa lebih banyak syarikat swasta dari negara Islam melabur dan menjalinkan usahasama dengan syarikat tempatan di kawasan barat China.

Demikinan dinyatakan oleh Naib Menteri Perdagangan China, Jiang zengwei dalam Sidang Kemuncak Usahawan Muslim Antarabangsa China Tahun 2011 di Yinchuan, Ningxia hari ini.

Beliau berkata, prospek kerjasama China dengan negara Islam dalam bidang ekonomi dan perdagangan amat cerah.

China tetap melaksanakan dasar pintu terbukanya untuk menarik minat lebih banyak sektor korporat dari negara-negara Islam melabur di kawasan barat China dan Ningxia.

Jiang zengwei berkata, jumlah perdagangan China dengan dunia Arab telah mencatat USD 140 bilion pada tahun 2010. Selain bidang kemudahan asas, kewangan dan pelancongan, ahli perniagaan dari negara Islam disaran memperluaskan kerjasamanya dengan China dalam bidang perkhidmatan di luar negara. Selain itu penerokaan juga berpotensi dalam sektor gunatenaga, , perlindungan alam sekitar, sumber yang mesra alam dan industri kreatif pada masa depan.



http://malay.cri.cn/601/2011/09/20/241s124356.htm

Friday, September 23, 2011

57 Terkorban dalam Banjir di Sichuan, Shaanxi dan Henan


Menurut maklumat terbaru, Kementerian Hal Ehwal Awam China, banjir yang melanda di Provinsi Shaanxi, Sichuan dan Henan menyebabkan 57 terkorban manakala lebih 10 juta rakyat menderita. Banjir dan tanah runtuh yang berlaku sejak awal bulan ini akibat hujan lebat yang berterusan.


Berikutan dengan keadaan yang di luar jangkaan itu, pihak berkuasa China melancarkan operasi kecemasan.


Pasukan mencari dan menyelamat sudah dikerah ke kawasan tersebut. Selain itu, mereka akan menggunakan satelit kawalan jauh untuk memantau keadaan dan mengambil langkah menangani keadaan di kawasan tersebut.









http://malay.cri.cn/601/2011/09/20/241s124349.htm

Monday, September 19, 2011

Satelit " Zhongxing 1-A" China Berjaya Dilancar


China berjaya melancarkan satelit komunikasi baharunya, Zhongxing 1-A" dari Pusat Pelancaran Xichang, Provinsi Sichuan pada pukul 12.33 pagi tadi.

Satelit itu menggunakan roket pembawa "No.3 B Long March" menuju ke arah orbit yang ditetapkan.


Satelit "1-A Zhongxin" dimiliki oleh Perbadanan Satelit dan Telekomunikasi China.


Ia hasil ciptaan Akademi Teknologi Angkasa China di bawah Perbadanan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China. Satelit tersebut akan menyediakan perkhidmatan yang lebih bermutu tinggi dalam telekomunikasi dan penyiaran, termasuk perkhidmatan audio visual dan data.


http://malay.cri.cn/601/2011/09/19/241s124284.htm

Persatuan Agama Islam China Menentang Keganasan

Persidangan kebangsaan Persatuan Islam China kali ke-9 berakhir semalam. Imam Besar, Chen Guangyuan terus dilantik menerajui Persatuan tersebut. Menurutnya, Persatuan Islam China mewakili kepentingan kesemua 23 juta umat Islam di negara ini.

Persatuan itu akan melaksanakan prinsip asas parti dalam pembangunan negara dan menentang sebarang bentuk fahaman ekstrim, menentang keganasan dan pelampau. Malah, Islam sendiri menganjurkan kedamaian, mengutamakan persaudaraan dan keharmonian.

Imam Besar Chen Guangyuan turut berkata, persatuannya akan berusaha bersungguh-sunguh untuk meningkatkan kualiti hidup dan pendidikan umat Islam di China. Persatuan tersebut juga akan mendorong persefahaman komuniti islam dengan pelbagai etnik lain di China.



http://malay.cri.cn/601/2011/09/16/242s124213.htm

Tuesday, September 13, 2011

China Menyokong Penubuhan Negara Palestin yang Berdaulat

China menyokong penubuhan negara Palestin yang berdaulat dan usaha negara itu untuk menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jurucakap Kementerian Luar China, Jiang Yu hari ini berkata, penubuhan negara yang merdeka dan berdaulat merupakan hak mutlak rakyat Palestin. Ia juga prasyarat usaha berdamai Palestin dengan Israel yang menjurus kepada kestabilan dan keamanan di Asia barat.

China juga menyokong cadangan Palestin untuk menjadikan Baitulmuqadis Timur sebagai ibu negara berdasarkan rundingan sempadan yang dipersetujui kedua-dua pihak pada tahun 1967.



http://malay.cri.cn/601/2011/09/07/123s123875.htm

Wednesday, September 7, 2011

Pemimpin Wilayah Ningxia Melawat Penduduk Islam


Pengerusi Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, Encik Wang Zhengwei menyampaikan perutusan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Hanqiaoqu di Lingwu, Ningxia

Pemimpin-pemimpin Wilayah Autonomi Hui Ningxia melawat kaum Islam dan mengucapkan selamat hari raya Adilfitri kepada mereka hari ini.


Mereka berharap rakyat yang beragama Islam boleh bersama-sama dengan etnik yang lain untuk berusaha menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan keharmonian masyarakat majmuk di Ningxia.

Pengerusi wilayah itu, Wang Zhengwei menghadiahkan sumbangan wang kepada Masjid Hanjiaqu di Bandar Wuling.


Beliau berkata, Ningxia berkembang kian makmur dalam pimpinan kerajaan pusat. Pertumbuhan ekonomi Ningxia meningkat 2.7 kali ganda berbanding 15 tahun yang lalu. Kemakmuran dan keharmonian masyarakat di Ningxia pada masa ini merupakan hasil usaha sama penduduk wilayah itu termasuk kaum Islam.


http://malay.cri.cn/601/2011/08/31/241s123712.htm

Thursday, September 1, 2011

Makanan Hari Raya di Ningxia


Huahua, sejenis gorengan yang diperbuat daripada tepung gandum, telur dan gula merupakan makanan yang paling popular dalam kalangan umat Islam sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sanzi, sejenis gorengan yang diperbuat daripada tepung gandum, telur dan gula merupakan makanan yang paling popular dalam kalangan umat Islam sempena Hari Raya Aidilfitri. Sanzi amat laris dijual di Yinchuan, Ningxia.


http://malay.cri.cn/601/2011/08/31/261s123709.htm

Umat Islam di Ningxia Sambut Hari Raya Aidilfitri

Umat Islam daripada puak Sunah mazhab Hanafi aliran Qadim di bandar Wuzhong Wilayah Autonomi Hui Ningxia menyambut Hari Raya Adilfitri hari ini. Wuzhong merupakan kawasan kediaman etnik Hui di Ningxia, dan penduduknya yang beragama Islam menduduki lebih 50% daripada jumlah penduduk di bandar itu.


Sejak pukul 8 pagi, kaum lelaki daripada puak Sunah mazhab Hanafi aliran Qadim yang tinggal di sekitar Masjid Wunan, Daerah Litong, bandar Wuzhong telah berkumpul di masjid tersebut untuk bersama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri.


Kerajaan tempatan telah mengumumkan cuti selama empat hari bermula 31 Ogos hingga 3 September 2011 di Ningxia bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


http://malay.cri.cn/601/2011/08/30/261s123679.htm