Pages

Monday, August 29, 2011

Tugas Rutin Kapal Peronda China di Perairan Pulau Diaoyu


China mempertahankan aktiviti kapal peronda perikanannya dekat Pulau Diaoyu sambil berkata pegawai berkenaan sedang menjalankan tugas rondaan biasa untuk melindungi nelayan China.

Perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak Jepun.


Demikian reaksi Jurucakap Kementerian Luar China, Ma Zhaoxu semalam ketika menjawab pertanyaan pemberita di Beijing.

Jepun membuat bantahan selepas dua kapal peronda perikanan China didakwa menceroboh kawasan perairan laut yang jaraknya 12 batu nautikal dari Pulau Diaoyu semalam.


Pulau Diaoyu dan persekitarannya adalah wilayah kedaulatan China sejak Zaman Purba.


http://malay.cri.cn/601/2011/08/25/241s123553.htm

Pembangunan Hong Kong Menjadi Tumpuan Kerajaan China


Naib Perdana Menteri China, Li Keqiang tiba di Hong Kong untuk mengadakan lawatan selama 3 hari. Beliau berharap lawatan akan lebih kerap diadakan bagi mengikuti perkembangan di Hong Kong.


Li Keqiang berkata, Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China bagi Tempoh Lima Tahun Ke-12 juga melibatkan pembangunan Hong Kong sekaligus memperlihatkan tumpuan kerajaan pusat .

Sepanjang lawatannya di Hong Kong, Naib Perdana Menteri mempunyai aturcara yang padat. Beliau dijadual menyampaikan ucaptama dalam forum pada 17 Ogos. Beliau akan bertemu dengan tokoh termasuk Ketua Eksekutif Hong Kong Donald Tsang serta menghadiri sambutan 100 tahun Universiti Hong Kong.


Beliau turut dijadual melawat Lembaga Perumahan Hong Kong serta membincangkan isu pembangunan sosioekonomi dengan pemain industri dan perdagangan. Dalam kesempatan itu juga, beliau turut melawat rumah penjagaan warga tua, dan penduduk di Hong Kong .




http://malay.cri.cn/601/2011/08/16/61s123304.htm

Tuesday, August 23, 2011

Satelit "HY-2" China Berjaya Dilancarkan


Satelit "HY-2" China telah berjaya dilancarkan dengan roket pembawa "Long March 4(念Four)B" di Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan.

 
Satelit "HY-2" merupakan satelit pertama untuk memantau, mengesan dan mengkaji persekitaran maritim untuk mencegah dan mengurangkan bencana maritim. Satelit itu juga berfungsi sebagai saluran maklumat kawalan jauh bagi penyelidikan sains lautan dan perubahan cuaca iklim global serta ramalan keadaan laut.




Satelit "HY-2" dan roket pembawa "Long March 4B" adalah hasil rekacipta oleh Akademi Teknologi Angkasa Lepas China dan Akademi Teknologi Kapal Angkasa Shanghai di bawah naungan Syarikat Kumpulan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China.




http://malay.cri.cn/601/2011/08/16/241s123282_1.htm

Wednesday, August 17, 2011

Perasmian Sukan Universiti Dunia ke-26 di Shenzhen

 
Sukan Universiti Dunia ke-26 (Universiade) telah dirasmikan di Shenzhen


Presiden China, Hu Jintao telah menghadiri dan merasmikan pembukaan upacara Universiade kali ini.


Menteri Pendidikan, Yuan Guiren sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Universiade Shenzhen 2011 dan Naib Pengerusinya, Wang Rong serta Pengerusi Persekutuan Universiti Antarabangsa (FISU), George Killian turut berucap. Ucapan menyentuh mengenai penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk tenaga pekerja dan sukarelawan bagi menjayakan Universiade kali ini.

Persembahan yang bertemakan "Kita" menjadi acara kemuncak dalam upacara perasmian


Universiade kali ini akan berlangsung selama 12 hari hingga 23 Ogos depan. Terdapat 24 acara termasuk olahraga dan renang, dan dua lagi acara tambahan yang lebih diminati oleh para mahasiswa, iaitu aerobik serta catur antarabangsa .



http://malay.cri.cn/601/2011/08/12/241s123205.htm

Thursday, August 11, 2011

China larang Uighur berpuasa



URUMQI 7 Ogos - Bulan Ramadan kali ini tidak bermakna bagi masyarakat Islam Uighur di Urumqi, Xinjiang, barat laut China selepas kerajaan mengharamkan mereka menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.

Penganut Islam di Xinjiang dilarang daripada menunaikan ibadah tersebut selepas kerajaan memaksa mereka menandatangani satu 'dokumen' yang melarang mereka daripada berbuat demikian.

Larangan terbaru itu menekankan lagi layanan buruk kerajaan China terhadap penduduk minoriti Uighur yang sering berdepan tindakan keras pihak berkuasa sebelum ini dan dinafikan hak mereka.

Jurucakap Kongres Sedunia Uighur yang beribu pejabat di Munich, Dilxat Raxit berkata, syarikat-syarikat swasta di sini turut menyediakan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam dan mereka boleh kehilangan kerja atau bonus tahunan sekiranya enggan makan.

"Tokoh agama juga boleh kehilangan lesen menyampaikan ceramah sekiranya mereka mengadakan aktiviti keagamaan atau menyeru penganut Islam berhimpun bagi menjalankan kegiatan agama," katanya kepada agensi penerbitan dalam talian, Eurasia Review.

Jelasnya, pegawai turut menyasarkan golongan pelajar beragama Islam dengan menyediakan bekalan makanan semasa waktu rehat sepanjang bulan Ramadan.

Seorang penduduk Uighur yang enggan dikenali berkata, restoran-restoran di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam juga diarah menjalankan perniagaan walaupun ketika hari siang.

"Orang ramai juga sukar memasuki masjid untuk bersembahyang. Mereka perlu menunjukkan kad pengenalan diri dan mendaftar jika ingin masuk ke masjid," katanya.

Sehari sebelum Ramadan, seramai 18 maut dan 31 yang lain cedera dalam dua pertempuran etnik terbaru di Xinjiang, dua tahun selepas insiden berdarah di wilayah ini mengakibatkan 200 maut sementara 1,700 yang lain cedera.

Xinjiang dicemari pergolakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melibatkan pertempuran antara etnik Uighur dengan kumpulan majoriti China Han di ibu negara, Urumqi pada Julai 2009. - Agensi


Ulasan :

Pihak kami sedang mencari berita yang lebih jelas mengenai pergolakan yang berlaku di wilayah yang majoriti penganut Islam di China ini.

Jika ianya benar seperti yang diberitakan oleh pihak agensi maka sejarah berulang kembali di zaman gelap Islam di China semasa zama Mao satu masa dulu.

Friday, August 5, 2011

Sun Yang Pecah Rekod Dunia


 (Sun Yang)
Atlet China, Sun Yang memecah rekod dunia dalam acara berenang 1500 meter gaya bebas lelaki dalam Kejohanan Berenang Dunia 2011 di Shanghai, China semalam.

Rekod tersebut sebelum ini, dicapai oleh atlet Australia, Grant Hackott pada Julai 2001.

Sun Yang juga meraih pingat emas dan pingat perak dalam acara 400 dan 800 meter gaya bebas lelaki.


(Majlis Penutupan Kejohanan Berenang Dunia di Shanghai)
Dalam kejohanan yang ditutup semalam, A.S., China dan Rusia masing-masing menduduki tiga tempat teratas.


(Majlis Penutupan Kejohanan Berenang Dunia di Shanghai)

Kejohanan kali ini merupakan pertandingan berenang paling berprestig dan terbesar menjelang Sukan Olimpik 2012 di London. Seramai 5,724 atlet dari 181 negara dan kawasan bertanding dalam temasya sukan tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2011/08/01/41s122904.htm