Pages

Friday, October 30, 2015

Dua Rumah Api Siap Dibina di Laut China Selatan


Upacara perasmian Rumah Api Huayang dan Chigua anjuran Kementerian Pengangkutan China diadakan di Terumbu Huayang, Laut China Selatan semalam.

Laut China Selatan merupakan laluan laut yang penting antara China dengan pelbagai negara di dunia serta laluan yang menyambungkan Lautan Pasifik dengan Lautan Hindi. Kedua-dua rumah api tersebut akan membaiki persekitaran perkapalan serta memberikan panduan, isyarat dan bantuan kecemasan kepada kapal-kapal pelbagai negara yang belayar di kawasan perairan tersebut.


Kementerian Pengangkutan China akan terus meningkatkan pembinaan kemudahan yang berkaitan di Laut China Selatan agar menyediakan syarat perkapalan yang baik serta berkhidmat untuk kapal pelbagai negara yang belayar di kawasan perairan tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2015/10/10/41s159087.htm

Sunday, October 25, 2015

Forum Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan di Beijing

Forum Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan Global bakal diadakan di Beijing pada 16 Oktober ini.

Naib Pengarah Jabatan Pembasmian Kemiskinan Dewan Negara, Hong Tianyun, dalam sidang akhbar hari ini mengumumkan, forum tersebut bertemakan "Ganding Bahu Basmi Kemiskinan Demi Pembangunan Bersama."

Presiden China, Xi Jinping, akan menyampaikan ucaptama dalam forum itu.

Menurut beliau, jumlah peserta dalam forum tersebut dijangka lebih ramai berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Kehadiran pemimpin China dalam forum tersebut turut memperlihatkan komitmen dan iltizam kerajaan China untuk membasmi kemiskinan, serta hasrat negara ini untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2015/10/12/21s159119.htm

Tuesday, October 20, 2015

Ulang Tahun Ke-90 Muzium Kota Larangan


Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong ketika menghadiri aktiviti memperingati ulang tahun ke-90 penubuhan Muzium Kota Larangan (The Palace Museum) pagi semalam berkata, pihak-pihak berkenaan perlu meningkatkan perlindungan dan penggunaan Kota Larangan serta mengembangkan pembangunan barang antik dan muzium di China.



Menurutnya, Kota Larangan menjadi lambang warisan budaya China. Sejumlah besar barang antik yang terbaik di China tersimpan di muzium tersebut. Dalam tempoh 90 tahun yang lalu, tinggalan sejarah itu telah mempengaruhi pembangunan muzium komtemporari dan moden serta memberikan sumbangan yang penting bagi melindungi dan mewarisi budaya tradisional China.



http://malay.cri.cn/601/2015/10/11/41s159095.htm

Saturday, October 10, 2015

Ahli Farmasi China Terima Hadiah Nobel 2015


Institut Karolinska Sweden semalam mengumumkan ahli farmasi China, Youyou Tu, saintis Ireland, William C Campbell dan saintis Jepun, Satoshi Omura berkongsi Hadiah Nobel 2015 dalam Fisiologi atau Perubatan atas sumbangan mereka dalam bidang kajian perubatan penyakit berparasit.

Tu merupakan saintis China pertama yang memenangi hadiah tersebut, dan juga wanita ke-12 dalam sejarah Hadiah Nobel yang menerima hadiah berkenaan


Ganjaran untuk Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan tahun ini berjumlah 8 juta Krona Sweden (kira-kira USD 920 ribu). Tu memperoleh separuh ganjaran tersebut, dan bakinya dikongsi oleh kedua-dua ahli sains yang lain.

Sumbangan Tu yang paling cemerlang ialah pasukan penyelidikan yang diketuai oleh beliau telah berjaya menghasilkan ubat antimalaria baharu, iaitu Artemisinin dan Dihydroartemisinin.



http://malay.cri.cn/601/2015/10/06/123s159011.htm

Monday, October 5, 2015

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan RRC ke-66


Dewan Negara China mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-66 penubuhan Republik Rakyat China (RRC) di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam.

Presiden Xi Jinping, Perdana Menteri Li Keqiang dan lebih 1100 tokoh dari dalam dan luar negara menghadiri majlis tersebut.

Li Keqiang ketika menyampaikan ucapan berkata, usaha pembangunan sosialisme yang bercirikan China mencapai kemajuan yang cemerlang sejak penubuhan republik ini, terutamanya pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Beliau berkata, walaupun ekonomi dunia lembap pada ketika ini dan ekonomi China juga menghadapi tekanan yang besar, pembangunan ekonomi China tetap berada pada tahap yang rasional.

Matlamat pembangunan sosioekonomi tahun ini dapat dicapai.

Beliau menegaskan, China akan terus mematuhi prinsip "Satu Negara, Dua Sistem", "orang Hong Kong mentadbir Hong Kong" dan "orang Makau mentadbir Makau" untuk menyokong kemakmuran, kestabilan dan keharmonian Hong Kong dan Makau, di samping berganding bahu dengan saudara setanah air di Taiwan, untuk berkongsi nasib dan peluang.



http://malay.cri.cn/601/2015/10/01/124s158965.htm