Pages

Monday, November 28, 2011

China Berusaha Majukan Xinjiang


Anggota Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Zhou Yongkang berkata, pihaknya akan berusaha mengembangkang ekonomi dan memelihara keamanan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang.

Menurutnya, pertumbuhan ekonomi di Xinjiang amat pesat pada tahun ini dan taraf hidup penduduknya juga meningkat secara ketara. Selain itu, usaha kerajaan tempatan dalam melonjakkan tahap keselesaan perumahan dan tahap kemajuan pendidikan juga terbukti berhasil. Penduduk dari pelbagai kumpulan etnik hidup secara damai.


Tambah beliau, pihak berkuasa akan melaksanakan beberapa projek dalam bidang sumber tenaga, lalu lintas dan pengairan pada tahun hadapan untuk meningkatkan lagi taraf hidup penduduk di wilayah tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2011/11/26/41s126255.htm

Wednesday, November 23, 2011

15 Sijil Paten Iktiraf Teknologi Percantuman Angkasa


Berikutan kejayaan misi percantuman kapal angkasa Shenzhou-8 dengan modul eksperimen Tiangong-1, menghasilkan 15 sijil paten dianugerahkan kepada Akademi Teknologi Aeronautik Shanghai, yang membangunkan tekonologi percantuman tersebut.

Sijil itu dikeluarkan oleh Jabatan Harta Intelek Kebangsaan China (SIPO) dan kerajaan Shanghai semalam.

Difahamkan, paten tersebut merangkumi peralatan perantuman dan platform uji penimbal percantuman angkasa.

Pengarah Institut 805 Akademi Tekonologi Aeronautik Shanghai, Gao Songtao berkata, penyelidikan mengenai mekanisme percantuman mengambil masa 17 tahun. Para saintis berusaha menjalankan kajian terperinci dan melakukan inovasi teknologi yang intensif bagi memastikan kejayaan misi percantuman kali ini.

Kejayaan itu juga mencerminkan kehebatan China dalam teknologi percantuman angkasa.



http://malay.cri.cn/601/2011/11/23/241s126181.htm

Friday, November 18, 2011

Kapal Angkasa Shenzhou-8 Selamat Pulang ke Bumi


Kapsul kapal angkasa Shenzhou-8 selamat mendarat di Mongolia Dalam di utara China selepas berjaya menyelesaikan misi percantuman dengan modul eksperimen Tiangong-1.

Kejayaan tersebut sekali gus membuka lembaran baharu dalam sejarah pembangunan areoangkasa China.


Kapal angkasa Shenzhou-8 dilancarkan dengan roket pembawa "Long March II" di Pusat Pelancaran Jiuquan, Gansu pada 1 November lalu.

Kapal angkasa itu berjaya bercantum dengan modul pertama makmal angkasa China sendiri, Tiangong-1 sebanyak dua kali. Kejayaan itu menandakan misi percantuman selama 49 hari di angkasa lepas selesai dan sekali gus membuka laluan bagi China membina stesen angkasa lepas sekitar 2020.



http://malay.cri.cn/601/2011/11/18/121s126024.htm

Friday, November 11, 2011

China Jamin Kebebasan Beragama

Kerancakan pertumbuhan ekonomi dan kegiatan perdagangan di Bahagian Timur, China telah memperluaskan penyebaran Islam dari bahagian barat ke kawasan pertumbuhan baru. Kini bilangan umat Islam di Bahagian Timur termasuk di Shenzhen telah meningkat pesat.

Menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Islam China, Yang Zhibo, pembukaan kawasan baru di bahagian timur telah mencetus penghijrahan pekerja-pekerja imigran dari Asia Barat.

Menurutnya, dua buah masjid baharu dibina di Yiwu dan Shenzhen yang boleh menampung antara 7 ribu hingga 8 ribu jemaah. Itu menunjukkan pertambahan penduduk Islam terutamanya dari kaum etnik Uygur dan Hui yang sebelum ini hanya tertumpu kepada Wilayah Xinjiang dan Ningxia.

Yang Zhibo berkata, perkembangan pesat masyarakat Islam di China adalah hasil dasar terbuka dan jaminan kerajaan China kepada rakyatnya untuk bebas mengamalkan agama masing-masing termasuk agama Islam. Malah menurutnya, institusi Islam termasuk masjid boleh dibina di mana-mana dengan syarat mengikut prosedur kerajaan tempatan. Sejak 30 tahun lalu, agama Islam berkembang pesat di China. Lebih 35 ribu masjid dibina di seluruh negara dengan 45 ribu imam dilantik oleh pihak berkuasa agama Islam China. Terdapat lebih 23 juta penduduk Islam di seluruh negara.

Yang Zhibo memberitahu para wartawan dari Malaysia dan Indonesia yang tiba di Beijing untuk meneruskan fasa terakhir program Kembara Muslim China 2011. Progaram anjuran CRI ini telah menjelajah kehidupan masyarakat Uygur di Kashgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dan di Yinchuan, Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia.

Tegasnya, walaupun angka pertambahan penduduk Islam tidak diperolehi, namun daripada pembinaan masjid dan institusi agama di China bertambah 5 ribu lagi sejak 10 tahun lalu. Ketika ini, bilangan masjid di China sudah dapat menampung bilangan penduduk Islam.

Yang Zhibo berkata, peningkatan itu jauh lebih tinggi daripada negara Arab Saudi. Bagi menjamin kebebasan beragama, kerajaan China juga mempunyai undang-undang untuk menghukum sesiapa yang menyekat kebebasan beragama oleh kaum etnik minoriti. Ini termasuk dijatuhi penjara antara 3 hingga 5 tahun.



http://malay.cri.cn/681/2011/11/09/181s125721.htm

Monday, November 7, 2011

Umat Islam China Sambut Hari Korban


Umat Islam China mengadakan pelbagai program untuk menyambut Hari Korban.


Pada 6 November, Persatuan Islam China mengadakan majlis jamuan makan malam untuk menyambut hari kebesaran tersebut. Presidennya, Haji Sabarudin Chen Guangyuan, ketika berucap pada majlis tersebut berjanji akan memimpin semua umat Islam untuk memberi sumbangan yang wajar kepada pembangunan sosioekonomi negara.



Sehari sebelumnya, temu mesra untuk menyambut hari kebesaran itu telah diadakan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Pemimpin wilayah itu menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada umat Islam dari pelbagai etnik minoriti.

Di Beijing pula, kira-kira 400 orang umat Islam dari lebih 10 etnik minoriti yang berhijrah dari Xinjiang juga mengadakan persembahan malam gembira untuk menyambut perayaan itu.




http://malay.cri.cn/601/2011/11/07/121s125661.htm

Thursday, November 3, 2011

The World's Most Powerful People, 2011


Name: Hu Jintao
Rank: 3
Age: 68
Title: President, People's Republic of China
Residence: Beijing, China

Hu currently holds all 3 offices required to be considered China's Paramount Leader: Communist Party General Secretary, President and Commander in Chief. But as part of a well-orchestrated succession plan, he will gradually give up his titles over the next few years, starting with the most important one — General Secretary — next year. His presumed successor, Xi Jinping, will assume the presidency a year later.

2011 Lowlight: In a rare display of independence, Chinese media exposed government cover-up of a deadly bullet train crash in July.



http://finance.yahoo.com/career-work/article/113736/worlds-most-powerful-people-forbes;_ylt=AoUTC5gwEOg1IkvjuZxvah4z0tIF;_ylu=X3oDMTBzbjB1NGhqBHBvcwMxBHNlYwNhcnRpY2xlRmluYWwEc2xrAzI-

Tuesday, November 1, 2011

LRT Binaan CRCC di Mekah Akan Beroperasi

Transit Aliran Ringan (LRT) yang dibina oleh Syarikat Pembinaan Landasan Kereta Api China Berhad (CRCC) akan mula beroperasi pada 3 November dan berkhidmat dalam sepanjang lima hari bagi jemaah haji menunaikan fardu haji di Mekah nanti.


Pengerusi Jawatankuasa Fardu Haji Pusat Arab Saudi yang juga Gabenor Provinsi Mekah, Putera Khaled Ballam telah membuat tinjauan ke tapak pembinaan landasan LRT tersebut semalam.



Rangkaian LRT di Mekah mula dibina pada tahun 2008. Dijangka, kira-kira 3 juta penumpang akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan itu dalam tempoh lima hari.


Pada masa itu, kebanyakan bakal haji yang ulang alik antara tempat-tempat suci untuk menunaikan fardu haji akan memilih menaiki LRT yang baru siap ini dan kesesakan lalu lintas pada masa puncak dijangka akan berkurangan.


http://malay.cri.cn/601/2011/10/30/241s125400.htm