Pages

Saturday, November 26, 2016

China Hendak Anjur Piala Dunia 2030


Naib Pengerusi Persatuan Bola Sepak China (CFA), Zhang Jian ketika diwawancara baru-baru ini berkata, pihaknya hendak memohon untuk menganjur Piala Dunia Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Sepak (FIFA) 2030. Menurutnya, menganjurkan piala dunia menjadi impian bagi semua peminat bola sepak China.

Memandangkan Piala Dunia 2022 bakal diadakan di Qatar, tahun 2026 tidak mungkin lagi menyaksikan negara Asia sebagai tuan rumah kejohanan itu dengan adanya peraturan Piala Dunia tidak boleh diadakan di satu benua secara berterusan. Maka, tahun 2030 barulah dilihat peluang yang baik kepada China.



http://malay.cri.cn/601/2016/09/29/41s165124.htm

Monday, November 21, 2016

Makmal Tiangong-2 Bakal Bercantum dengan Kapal Angkasa Lepas Shenzhou-11


Pusat Kawalan Angkasa Lepas Beijing telah berjaya menjalankan kawalan orbit sebanyak dua kali semalam bagi menghantar Makmal Tiangong-2 ke orbit yang berjarak 393 kilometer dari bumi.

Hal tersebut menandakan Makmal Tiangong-2 telah memasuki fasa persiapan untuk bercantum dengan kapal angkasa lepas Shenzhou-11.



http://malay.cri.cn/601/2016/09/26/26s165054.htm

Wednesday, November 16, 2016

Pameran Sejarah Perkembangan Hak Asasi Manusia di PBB


China telah mencapai kemajuan pesat dan hasil yang cemerlang dalam usaha perlindungan hak asasi manusia.

Kejayaan tersebut mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa.
Demikian dinyatakan Naib Menteri Luar China, Li Baodong ketika mengunjungi pameran fotografi yang bertajuk "Usaha Gigih China dalam Perkembangan Pesat Hak Asasi Manusia" yang diadakan di ibu pejabat PBB pagi semalam.

Menurut beliau, usaha menggalakkan perkembangan hak asasi manusia di China yang mempunyai 1.3 bilion penduduk bukanlah hal yang mudah untuk dilakukan.
Hasil yang dicapai jelas mencerminkan China amat mengutamakan rakyatnya dan mementingkan hak asasi manusia.


Pameran yang diadakan sempena Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-71 itu akan membantu masyarakat antarabangsa untuk memahami kemajuan China dalam usaha perlindungan hak asasi manusia.

Pameran yang memaparkan lebih 80 gambar tersebut dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China dengan kerjasama Radio Antarabangsa China (CRI).

Sejak dirasmikan pada 19 September lalu di ibu pejabat PBB, pameran itu telah berjaya menarik perhatian ramai peserta persidangan UNGA.



http://malay.cri.cn/601/2016/09/23/102s165012.htm

Friday, November 11, 2016

Xin Jinping Ditemui Putin


Presiden China, Xi Jinping telah ditemui rakan sejawatnya dari Rusia, Viladimir Putin di Hangzhou hari ini.

Xi Jinping mengalu-alukan kedatangan Putin untuk menyertai Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20). Beliau menegaskan bahawa China dan Rusia perlu mengeratkan lagi kerjasama strategik komprehensif, menyokong sepenuhnya usaha masing-masing untuk memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara. Kedua-dua pihak diharap menggalakkan penggabungan strategik pembangunan kedua-dua negara antara pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan pembinaan Kesatuan Ekonomi Eurasia, antaranya termasuklah menggalakkan kerjasama pragmatik yang melibatkan pembinaan prasarana, sumber tenaga, penerbangan, aeroangkasa dan teknologi canggih, di samping memperkasakan pertukaran ketenteraan dan kerjasama keselamatan.

Kedua-dua negara juga perlu mengeratkan koordinasi dan kerjasama dalam hal ehwal antarabangsan dan serantau, memelihara prinsip dan tujuan Piagam PBB serta norma asas hubungan antarabangsa dengan bersungguh-sungguh, menjaga kesaksamaan dan keadilan antarabangsa, di samping menggalakkan kedamaian, kestabilan dan kemakmuran dunia.


Dalam pertemuan itu, Putin menyatakan bahawa Rusia bersedia untuk bersama-sama dengan China mendorong daya kekuatan yang lebih besar berdasarkan rasa saling mempercayai dalam politik dan persahabatan rakyat kedua-dua negara, memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, kewangan, sumber tenaga serta sains dan teknologi bagi membawa lebih banyak faedah kepada rakyat kedua-dua negara.



http://malay.cri.cn/601/2016/09/04/26s164685.htm

Saturday, November 5, 2016

China dan AS Kekalkan Kerjasama


Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah mengadakan pertemuan di Hangzhou semalam.

Kedua-dua pemimpin telah bertukar-tukar pendapat secara mendalam, mesra serta mencapai konsensus mengenai hubungan dua hala dan isu-isu antarabangsa dan rantau yang menjadi tumpuan bersama.

Xi Jinping menyatakan bahawa China menyanjung kerjasama dan sokongan AS terhadap China sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20). China bersedia untuk bersama-sama dengan AS dan pihak-pihak yang terlibat memastikan sidang kali ini mencapai hasil positif bagi menyuntik daya kekuatan dan merangsang keyakinan ekonomi dunia.

Menurut Xi Jinping, China dan AS adalah pihak yang paling awal meratifikasi Persetujuan Paris dan menyerahkan dokumen berkenaan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kedua-dua pihak akan terus memperluas kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, antaranya termasuklah penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau, sumber tenaga bersih, jaringan elektrik pintar, pelabuhan hijau dan bandar rendah karbon.


Dalam pertemuan itu, Xi Jinping juga menyatakan bahawa China bersunguh-sungguh memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah, di samping menentang sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang cuba memisahkan Taiwan daripada Tanah Besar China. China berharap agar AS mematuhi dasar Satu China dan prinsip tiga pengumuman bersama China-AS serta mengambil tindakan yang praktikal bagi mengekalkan keharmonian hubungan Tanah Besar China-Taiwan dan kerjasama bilateral China-AS.

Obama pula menyatakan bahawa tindakan AS dan China yang mendahului pihak-pihak lain dalam Persetujuan Paris mencerminkan pengaruh kerjasama kedua-dua negara berkenaan. AS bersedia untuk menjalinkan kerjasama penguatkuasaan undang-undang dengan China dalam usaha memerangi jenayah rentas sempadan, mengadakan perbincangan lanjut dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan serta meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang keselamatan serantau dan global.

Ketika membicarakan isu Taiwan, Obama menyatakan bahawa dasar Satu China yang dijalankan oleh AS tidak pernah berubah, bahkan turut menentang sebarang tindak-tanduk yang cuba mewujudkan "Kemerdekaan Taiwan". Selain itu, AS juga mengiktiraf Tibet sebagai wilayah China.



http://malay.cri.cn/601/2016/09/04/26s164679.htm