Pages

Monday, March 28, 2016

Sukan Musim Sejuk Popular semasa TBC


Setelah China berjaya memperoleh hak penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, acara sukan musim sejuk semakin popular dalam kalangan rakyat China.

Chongli, lokasi penganjuran temasya sukan tersebut telah menerima 532 ribu orang pengunjung ketika cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina (TBC) baru-baru ini.

Jumlah pendapatan sektor pelancongan mencatat RMB 436 juta (RM277 juta).

Kira-kira 20 ribu orang daripada 126 ribu orang penduduk daerah Chongli, bandar Zhangjiakou, provinsi Hebei terlibat dengan sukan ski dan sektor pelancongan.


Di Beijing pula, pusat-pusat peranginan ski telah menerima 84 ribu orang pengunjung dalam tempoh cuti umum TBC.

Jumlah tersebut meningkat 8.6 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.



http://malay.cri.cn/601/2016/02/16/41s161194.htm

Wednesday, March 23, 2016

23 Maut Dalam Gempa Bumi Taiwan


Menurut statistik Jabatan Bomba bandar Tainan, setakat pukul 12.30 petang ini, sebanyak 23 orang termasuk 6 kanak-kanak maut dalam gempa bumi di selatan Taiwan.

Gempa bumi yang berukuran 6.7 pada skala Richter telah melanda selatan Taiwan awal pagi Sabtu lalu.


Sebuah bangunan 16 tingkat runtuh dan mengakibatkan kerugian besar. Berdasarkan statistik pusat penyelamatan, masih terdapat 120 orang sedang menunggu penyelamatan.



http://malay.cri.cn/601/2016/02/07/27s161112.htm

Friday, March 18, 2016

Piala Dunia Polo Salji 2016


Piala Dunia Polo Salji Fortune Heights ke-5 dibuka tirainya di Kelab Polo Goldin Metropolitan Tianjin.



Enam pasukan dari seluruh dunia, termasuk Argentina, Britain, Perancis dan Hong Kong China, akan merebut gelaran juara dalam pertandingan anjuran Persekutuan Polo Antarabangsa ini, dari 26 hingga 31 Januari.



http://malay.cri.cn/601/2016/01/27/21s160920.htm

Sunday, March 13, 2016

Sidang Media AIIB Diadakan di Beijing


Bank Infrastruktur dan Pelaburan Asia (AIIB) semalam mengadakan sidang media buat pertama kalinya selepas beroperasi secara rasmi pada 16 Januari lalu di Beijing.

Jin Liqun, Gabenor AIIB penggal pertama menjawab pertanyaan pemberita dalam sidang media tersebut.


Jin Liqun dipilih sebagai Gabenor AIIB dalam Perhimpunan Penubuhan Lembaga AIIB yang diadakan pada 16 Januari lalu.


Beliau dalam sidang media tersebut memaklumkan bahawa terdapat 30 buah negara anggota pengasas telah menandatangani Perjanjian AIIB dan turut menyerahkan dokumen perjanjian berkenaan, sekali gus menjadikan peratus keseluruhan modal mencapai 74 peratus.


Menurut perjanjian, sekurang-kurangnya sepuluh negara anggota pengasas yang telah memeterai perjanjian menyerahkan dokumen perjanjian dan modal permulaan tidak kurang daripada 50 peratus daripada jumlah keseluruhan modal yang telah dipersetujui, barulah perjanjian tersebut berkuat kuasa.

Majlis perasmian AIIB yang telah diadakan di bangunan ibu pejabat AIIB di Jalan Kewangan, daerah Xicheng, Beijing pada pagi 17 Januari lalu menandakan secara rasminya bangunan ibu pejabat AIIB memulakan operasi.



http://malay.cri.cn/601/2016/01/18/241s160780.htm

Tuesday, March 8, 2016

Ujian Penerbangan China di Terumbu Yongshu Berjaya


China berjaya mengadakan ujian penerbangan di lapangan terbang baharu yang dibina di Terumbu Yongshu, kepulauan Nansha semalam.

Hal ini membuktikan lapangan terbang tersebut berkemampuan untuk menjamin keselamatan operasi pesawat bersaiz besar, di samping menyediakan lapangan terbang alternatif yang baharu serta pilihan laluan yang lebih ekonomi dan fleksibel untuk penerbangan rentas Atlantik di Laut China Selatan.

Dalam hal ini, pakar, sarjana dan media asing berpendapat, tindakan tersebut adalah dalam ruang lingkup kedaulatan China. Negara lain tidak berhak untuk campur tangan.

China menunaikan tanggungjawab dan kewajipan antarabangsa di Kepulauan Nansha, termasuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan menjamin keselamatan pelayaran. Hal ini adalah kondusif bagi pembangunan damai serantau.


Penganalisis politik Indonesia berkata, tindakan China membina lapangan terbang, pelabuhan dan kemudahan komunikasi di pulau dan terumbu di Laut China Selatan akan memudahkan pelayaran kapal dagang yang melalui kawasan perairan tersebut serta misi bantuan kemanusiaan negara-negara serantau.

Kapal dagang dan bot nelayan Vietnam dan Filipina akan turut memperoleh manfaat.

Dalam isu Laut China Selatan, negara-negara ASEAN tidak boleh dipengaruhi oleh negara-negara luar rantau, sebaliknya perlu memperkukuh kerjasama muhibah dengan China bagi membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura memetik kenyataan pemerhati sebagai berkata, lapangan terbang baharu yang dibina oleh China akan digunakan untuk tujuan awam.



http://malay.cri.cn/601/2016/01/07/21s160626.htm

Thursday, March 3, 2016

Penubuhan Pusat Ketumbukan Am Tentera Darat, Tentera Roket dan Tentera Sokongan Strategik PLA

Upacara penubuhan Pusat Ketumbukan Am Tentera Darat Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), Tentera Roket PLA dan Tentera Sokongan Strategik PLA diadakan di Beijing Khamis lalu. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Presiden, dan juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Xi Jinping menyerahkan panji kepada tentera-tentera tersebut, dan menyampaikan ucapan.


Menurut beliau, penubuhan Pusat Ketumbukan Am Tentera Darat PLA, Tentera Roket PLA dan Tentera Sokongan Strategik PLA antara keputusan Jawatankuasa Pusat PKC dan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat untuk mewujudkan sistem kuasa ketenteraan moden yang bercirikan China. Ia tentu akan menjadi batu tanda sejarah dalam usaha pemodenan tentera China.



http://malay.cri.cn/601/2016/01/02/27s160512.htm