Pages

Sunday, December 30, 2012

China Tegas Menentang Pembinaan Pusat Penempatan Orang Yahudi oleh Israel


China tegas menentang tindakan Israel membina pusat penempatan orang Yahudi di Baitulmuqaddis Timur dan Tebing Barat Sungai Jordan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying hari ini berkata, China menggesa Israel mengelakkan tindakan yang meruncingkan ketegangan dengan Palestin dan menghalang pemulihan rundingan. Israel sepatutnya mengambil langkah berkesan bagi mewujudkan kepercayaan dengan Palestin dan menyumbang kepada proses damai di Asia Barat.




http://malay.cri.cn/601/2012/12/21/21s136921.htm

Tuesday, December 25, 2012

Dasar Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Macau China Kekal



Naib Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China, Leung Chun-ying dan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macau, Chui Sai On di Beijing semalam. Beliau turut diberi taklimat hasil kerja kedua-dua pegawai berkenaan serta situasi terkini pentadbiran kerajaan Hong Kong dan Macau.

Xi berkata, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China akan mengekalkan dasar ''Satu Negara Dua Sistem" dan menghormati dan memelihara kewibawaan Undang-Undang Asas Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Undang-Undang Asas Wilayah Pentadbiran Khas Macau .




http://malay.cri.cn/601/2012/12/21/61s136908.htm

Thursday, December 20, 2012

China Berjaya Lagi Jelajah Angkasa Lepas


Satelite Chang'e-2 China berjaya terbang melintasi asteroid Tourtatis, kira-kira 7 juta kilometer dari bumi pada 13 Disember lalu.


Ini merupakan kali pertama China merealisasikan penjelajahan lintas terbang terhadap asteroid. Kejayaan itu amat bermakna bagi pembangunan teknologi penjelajahan angkasa jauh China, sekali gus menjadikan China negara keempat yang mampu meninjau asteriod dengan menggunakan kapal angkasa lepas selepas AS, Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan Jepun.



Gambar Asteroid Toutatis
Dimaklumkan, Chang'e-3 yang sedang dibangunkan akan dilancarkan pada separuh kedua tahun depan. Satelit itu akan buat kali pertama melakukan pendaratan kapal angkasa lepas China di cakerawala.




http://malay.cri.cn/601/2012/12/16/123s136765.htm

Saturday, December 15, 2012

Nanjing Peringati Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai


Hari ini merupakan ulang tahun ke-75 tragedi pembunuhan beramai-ramai yang melibatkan 300 ribu rakyat Nanjing. Untuk memperingati mangsa dan berdoa untuk keamanan sejagat, satu upacara diadakan di Dewan Peringatan Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing oleh Tentera Jepun, di Nanjing pada pukul 8.00 malam semalam.


Hampir seribu orang dari pelbagai negara turut berkabung dengan memegang lilin yang dinyalakan sebagai tanda berdukacita dan berdoa demi keamanan dunia yang berkekalan.





http://malay.cri.cn/601/2012/12/13/123s136692.htm

Monday, December 10, 2012

Xi Jinping Ziarahi Pesakit Aids


Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping melawat pos perkhidmatan perubatan di Taman Puhuangyu, Daerah Fengtai, Beijing pagi semalam untuk menziarahi pesakit Aids dan menghadiri temu ramah dengan sukarelawan pencegahan penyakit Aids sempena kempen latihan dan interaksi.


Menurut Xi, kejahilan dan diskriminasi merupakan cabaran yang paling besar dalam usaha merawat dan mencegah penyakit Aids. Pesakit yang dijangkiti virus HIV tetap saudara kita. Seluruh masyarakat perlu mengambil kira mereka dengan kesayangan


Beliau pula berkata, PKC, kerajaan dan seluruh masyarakat perlu berusaha untuk mencegah penularan penyakit Aids.



http://malay.cri.cn/601/2012/12/01/41s136376.htm

Wednesday, December 5, 2012

Ucapan Pemimpin China tentang Kebangkitan Semula Bangsa Tarik Perhatian Media



Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), yang juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat PKC, Xi Jinping serta pemimpin yang lain melawat ke pameran "Jalan Menuju ke Kebangkitan Semula" di Muzium Negara semalam. Mereka menyeru para anggota parti agar membangunkan negara dan bangsa, dan terus berusaha untuk merealisasikan matlamat kebangkitan semula bangsa China.

Akhbar Renminribao edisi seberang laut menyiarkan rencana yang menyeru semua rakyat China perlu berusaha bersungguh-sungguh menjayakan wawasan kebangkitan semula bangsa China.

Akhbar Harian Pemuda China menerbitkan rencana pengarang yang berkata, ucapan kumpulan pemimpin negara tersebut menunjukkan keprihatinan mereka terhadap hasrat rakyat dan harapan kepada golongan belia. Selain itu, gagasan para pemimpin ini juga memperlihatkan keyakinan tentang kebangkitan semula bangsa serta pembangunan dan pembaharuan negara.

Akhbar Berita Beijing menyiarkan rencana tentang kebangkitan semula bangsa merupakan matlamat seluruh masyarakat. Pencapaian matlamat tersebut akan membawa faedah kepada seluruh rakyat.




http://malay.cri.cn/601/2012/11/30/41s136368.htm