Pages

Tuesday, October 30, 2012

Sambutan Hari Raya Aidiladha di Beijing


Di Beijing, penganut Islam pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Aidiladha,dan melakukan korban dengan menyembelih lembu dan kambing.


( Masjid Dongsi di pusat bandar Beijing)


(Kambing-kambing yang akan dikorbankan)





http://malay.cri.cn/601/2012/10/26/26s135407_1.htm

Thursday, October 25, 2012

Umat Islam Di Xinjiang Buat Persiapan Sambut Aidiladha


Umat Islam di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 26 hari bulan ini.


Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan yang disambut oleh 13 juta orang penganut Islam lebih sepuluh etnik di Xinjiang.





http://malay.cri.cn/601/2012/10/25/21s135399.htm

Saturday, October 20, 2012

TRIP KE 8 KL > GUANGZHOU & SHENZHEN 24 – 31 MAC 2013

24 MAC Day One (SUNDAY)
01:30 pm - Check In at LCCT
04:50 pm - Flight to SHENZHEN
08:45 pm - Arrive at Shenzhen Bao'an International Airport
09:45 pm - Dinner
11:00 pm - Check in Hotel

25 MAC Day Two (MONDAY)
Breakfast
Window of The World
Lunch
Splendid China & Chinese Folk Culture Village
Dinner
Dong Men Commercial Street (Shenzhen Night Market)
Back to Hotel / Rest

26 MAC Day Three (TUESDAY)
Breakfast
Fairy Lake Botanical Garden
Lunch
Mangrove National Park
Dinner 
Luohu (caontonese Lo Wu) Commercial City
Back to Hotel / Rest

27 MAC Day Four (WEDNESDAY)
Breakfast
Check Out Hotel
Go to GUANGZHOU (by train)
Lunch
Check In Hotel
Baiyun Leather at San Yuan Li
Dinner
Beijing Lu (Guangzhou Night Market)
Back to Hotel / Rest

28 MAC Day Five (THURSDAY)
Breakfast
Masjid Huai Sheng
Lunch
Digital / Electronic centre at Hai Yin
Textiles and Silk at Zhong Da
Dinner
Pearl River Boat Ride
Back to Hotel / Rest

29 MAC Day Six (FRIDAY)
Breakfast
Zhong Xi Road (jam tangan)
Lunch
Makam Saad Abi Waqas (solat jumaat)
Dinner
Shang Xia Jiu Lu (Guangzhou Night Market)

30 MAC Day Seven (SATURDAY)
12:00 pm: Check Out Hotel
Lunch
One Link International Toys and Gift Centre
Own Activities
05:00 pm - Moves to Airport
07:05 pm - Check In at Guangzhou Baiyun International Airport
09:05 pm - Flight to Kuala Lumpur
(31 MAC Day Eight (SUNDAY)) 12:05 am - Arrive at LCCT Airport

Untuk tempahan, sila SMS
1. Nama
2. No Kad Pengenalan
3. No Pasport
4 .Tarikh Luput Passport

HARGA TERMASUK:
- Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang
- Pengangkutan dengan kenderaan berhawa dingin
- Tipping kepada pemandu pelancong
- Makan 3 x sehari (MUSLIM MEALS)
- Lawatan sebagaimana dalam aturcara

HARGA TIDAK TERMASUK:
 -Tiket penerbangan pergi balik
- Pengurusan VISA
- Kegunaan peribadi seperti panggilan telefon, dobi dan sebagainya
- Lawatan selain dari aturcara
- Lebihan timbangan bagasi

UNTUK PENGESAHAN TEMPAHAN sila masukkan RM 1000 sebelum @ pada 31 DISEMBER 2012 seorang ke bank CIMB no akaun 01080033399520 nama MUHD NAQIEUDDIN BIN NASARUDDIN & baki RM 1000 perlu di jelaskan sebelum @ pada 28 FEBRUARI 2013

*** PENTING!!! sila SMS nama, tarikh dan masa bank in

KEPERLUAN UTAMA:
- Passport Antarabangsa (tamat tempoh tidak kurang daripada 6 bulan dari tarikh lawatan)

Monday, October 15, 2012

Pusat Persidangan Kebangsaan Laos Siap Dibina


Pusat Persidangan Kebangsaan Laos siap dibina semalam. Pusat yang dibina atas bantuan China ini bakal menjadi tempat Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-9 yang dijadualkan di Vientiane pada November tahun ini.


Petugas Kementerian Perdagangan China ke projek pembinaan pusat tersebut, Wang Yue berkata, projek berkenaan mula dibina pada 31 Disember tahun lalu. Pembinaan seluruh dan pemasangan mekanikal dan elektrikal telah diselesaikan semalam. Ia akan diserahkan kepada kerajaan Laos pada 20 Oktober ini.


Pusat dengan keluasan 70 ribu meter persegi dan pelaburan sebanyak RMB 450 juta tersebut terletak di pusat bandar Vientiane.



http://malay.cri.cn/901/2012/10/09/101s134961.htm

Wednesday, October 10, 2012

Landasan Kereta Api Laju Pertama di Kawasan Paling Sejuk Beroperasi


Landasan kereta api kelajuan tinggi Harbin ke Dalian China beroperasi secara percubaan mulai hari ini. Perjalanan sejauh 921 kilometer itu akan memakan masa hanya empat jam. Landasan itu merupakan landasan kereta api laju yang pertama di dunia yang merentasi kawasan paling sejuk dengan suhu udara hingga 40 darjah di bawah paras sifar.



Kereta api berkenaan direka dengan kelajuan 350 kilometer sejam, namun dalam tempoh percubaan ini akan bergerak dengan kelajuan 300 kilometer sejam. Landasan kereta api tersebut merentasi tiga provinsi di kawasan timur laut China dan 24 buah stesen.




http://malay.cri.cn/601/2012/10/08/26s134947.htm

Friday, October 5, 2012

Majlis Sambut Hari Kebangsaan



Dewan Negara China mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-63 penubuhan Republik Rakyat China di Dewan Besar Rakyat.

Pemimpin China dan 1,200 orang tokoh dari dalam dan luar negara menghadiri majlis tersebut.

Perdana Menteri, Wen Jiabao ketika menyampaikan ucapan berkata, sejak ditubuhkan, negara ini mengalami perubahan yang agak besar, khususnya selepas dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan. Ekonomi China tumbuh dengan pesat, taraf hidup rakyat meningkat dengan ketara, kekuatan bersepadu serta pengaruh China di arena antarabangsa turut meningkat.

Menurutnya, China akan terus mengekalkan dasar luar yang berkecuali dan damai, memelihara kedaulatan negara dan keutuhan wilayah, serta memberikan sumbangan bagi mewujudkan dunia yang damai, makmur dan harmoni.

Tegasnya lagi, Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China bakal diadakan. China akan terus mengekalkan dasar pembangunan sosialisme yang bercirikan China.




http://malay.cri.cn/601/2012/09/30/27s134782.htm