Pages

Tuesday, December 29, 2015

Pesawat Buatan China ARJ21 Mula Beroperasi






Selepas pesawat penumpang besar buatan China pertama, C919, dipertontonkan kepada khalayak ramai di Shanghai pada awal bulan ini, satu lagi kejayaan cemerlang dalam industri penerbangan terserlah pada peristiwa pemindahan pesawat komersial ARJ21 dari Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) di Shanghai kepada Chengdu Airlines Co.,LTD, hari ini.




Pesawat ARJ21 yang memiliki 90 tempat duduk tersebut merupakan jet jarak pendek dan sederhana yang bertenaga turbokipas yang dibangunkan oleh China sendiri. Pada fasa pertama, pesawat itu akan beroperasi di laluan-laluan yang melibatkan Beijing, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen, Wuhan dan Xi'an.




Menurut COMAC, setelah jet ARJ21 berkenaan berjaya melakukan uji terbang pertama pada 28 November 2008, terdapat lima buah lagi dibangunkan untuk ujian terbang dengan waktu penerbangan kumulatif mencatat 5,258 jam.



http://malay.cri.cn/601/2015/11/29/125s159935.htm

Saturday, December 19, 2015

Pertemuan Perdana Menteri China, India


Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatanya dari India, Narendra Modi pagi tadi di Kuala Lumpur, Malaysia.

Li berkata, sebagai dua negara membangun yang terbesar di dunia, China dan India mempertingkatkan kesalingpercayaan dan kerjsama bilateral bukan sahaja dapat memangkin pertumbuhan ekonomi dunia, malah juga bermanfaat untuk memelihara keamanan, perkembangan dan kemakmuran rantau Asia bahkan dunia.

Beliau berkata, China bersedia bekerjasama dengan India untuk membantu pembinaan Koridor Ekonomi Bangladesh, China, India and Myanmar membuahkan hasil yang awal.

Beliau menegaskan bahawa China juga bersedia bersama dengan India meningkatkan koordinasi urusan multilateral untuk menangani cabaran globalisasi termasuk ancaman kegasanan.


Modi berkata, hubungan India dan China berkembang baik berikutan kesalingpercayaan politik dan komunikasi strategik serta kerjasama perdagangan dan pelaburan terus diperkasakan. Negaranya bersedia bersama-sama dengan China untuk mencapai kemajuan baharu dalam kerjasama dua hala agar memacu pertumbuhan ekonomi Asia bahkan dunia.



http://malay.cri.cn/601/2015/11/21/261s159818.htm

Monday, December 14, 2015

Sistem Superkomputer Tianhe II China di Tempat Pertama


Sistem superkomputer Tianhe II atau Galaxy II yang dikaji dan dibangunkan oleh Universiti Teknologi Pertahanan Negara (NUDT) China menduduki tempat pertama dalam senarai 500 superkomputer terbaik di dunia kali ke-46 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Top500 Antarabangsa baru-baru ini.



Ini merupakan kali keenam sistem superkomputer ini memperoleh anugerah tersebut, dan merupakan superkomputer pertama dalam sejarah yang menduduki tempat pertama sebanyak enam kali berturut-turut.

Kejayaan Tianhe II membuktikan teknologi dan pembuatan superkomputer China telah berada pada kedudukan teratas di dunia.



http://malay.cri.cn/601/2015/11/17/241s159726.htm

Wednesday, December 9, 2015

Pertemuan Xi Jinping dengan Ma Ying-jeou


Pertemuan pemimpin Tanah Besar China dan Taiwan, Xi Jinping dan Ma Ying-jeou diadakan di Hotel Shangri-la Singapura pada pukul 3.00 petang tadi.

Pertemuan pertama antara pemimpin Tanah Besar China dengan Taiwan selepas tahun 1949 ini adalah peristiwa penting dalam sejarah perkembangan hubungan antara kedua-dua pihak Selat Taiwan.

Perkara ini turut menjadi tumpuan masyarakat dari dalam dan luar negara.

Kira-kira 620 wartawan dari Tanah Besar, Taiwan, Hong Kong, Makau dan luar negara akan membuat liputan tentang pertemuan tersebut.



http://malay.cri.cn/601/2015/11/07/124s159568.htm

Friday, December 4, 2015

China dan Vietnam Komuniti Berkongsi Nasib


Presiden China, Xi Jinping menemui Perdana Menteri Vietnam,Nguyen Tan Dung di Hanoi semalam.
Xi Jinping berkata, China dan Vietnam merupakan negara jiran dan rakan kerjasama yang penting. 

Sebagai negara Sosialisme yang di bawah pimpinan Parti Komunis, China dan Vietnam merupakan komuniti berkongsi nasib. Kedua-dua negara sama-sama bersedia mewarisi dan memelihara persahabatan yang sudah wujud sekian lama dan menggalakkan perkongsian strategik komperhensif China-Vietnam berkembang secara sihat dan mapan.


Xi menegaskan, China-Vietnam perlu mengembangkan hubungan dua hala dari segi strategik dan pandangan jangka panjang, berusaha bersama-sama untuk membina komuniti berkongsi nasib bagi membawa kesejahteraan kepada rakyat kedua-dua negara dan memberi sumbangan demi kestabilan dan pembangunan serantau bahkan seluruh dunia. Kedua-dua negara perlu meningkatkan perasaan saling percaya mempercayai dalam bidang politik, memperkasakan kerjasama pragmatik dalam bidang ekonomi, mengdakan perbincangan mengenai kerjasama dalam rangka "Satu jalur, satu laluan"dan "Dua koridor, satu lingkaran", di samping memelihara kestabilan maritim dan menggalakkan kerjasama maritim. China bersedia bersama dengan Vietnam menggalakkan proses integrasi ekonomi serantau.

Nguyen Tan Dung pula berkata, lawatan Presiden Xi kali ini memainkan peranan peneraju bagi mengembangkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pemimpin kedua-dua negara telah mencapai banyak persepakatan yang penting demi memperkasa kerjasama dalam bidang yang meluas. Vietnam dan China perlu mengekalkan interaksi pucuk pimpinan dan pegawai pelbagai peringkat, menaiktarafkan tahap kerjasama ekonomi dan perdagangan, selain meningkatkan kerjasama kewangan. Beliau komited untuk berusaha bersama-sama dengan China mengawal dan menangani perselisihan dengan sempurna.



http://malay.cri.cn/901/2015/11/06/27s159535.htm