Pages

Monday, January 30, 2017

Lelaki China Beli Kereta dengan 100,000 Duit Syiling




Seorang lelaki dari provinsi Henan, China yang dikenali sebagai Guo agaknya mengejutkan kakitangan di sebuah kedai kereta Toyota kerana dia membayar bil bagi sebuah kereta baharu dengan menggunakan 100,000 duit syiling!

Empat orang staf menghabiskan lebih 12 jam untuk mengira tukaran kecil itu bagi sebuah kereta Toyota Prado.




Guo yang mempunyai sebuah kedai tepung itu, membawa beg-beg yang diisi penuh duit syiling 10 sen, 50 sen dan 1 yuan serta wang kertas satu yuan, sehingga terpaksa mendapatkan bantuan ahli keluarga untuk menghantar guni-guni besar itu kepada kedai kereta tersebut.





http://malay.cri.cn/601/2016/11/29/125s166142.htm

Wednesday, January 25, 2017

Haerbin Tawan Hati Pelancong


Pemandangan di sana membuatkan ramai pengunjung mencipta "kenangan yang sukar dilupakan bagi seumur hidup".

Masih berbaki tempoh seminggu lagi sebelum taman tersebut dibuka kepada orang awam.

Mercu tanda taman, iaitu Menara Puncak Huaxia yang bakal dibina hingga mencecah belasan meter memerlukan kira-kira 18 ribu meter padu ais dan salji, sekali gus mencatat rekod baharu.



http://malay.cri.cn/601/2016/12/16/122s166410.htm

Friday, January 20, 2017

Persidangan Islam Kebangsaan ke-10 Di Beijing


Persidangan Islam Kebangsaan ke-10 China telah diadakan di Beijing pada 26 hingga 28 November lalu. Persidangan itu membuat rumusan tentang kerja-kerja yang dirancang dalam Persidangan Islam Kebangsaan ke-9 dan mencadangkan tugas dan hala tuju kerja pada masa depan.

Dalam sidang itu, Laporan Kerja Jawatankuasa ke-9 Persatuan Islam China (IAC) dan pindaan Piagam IAC telah diluluskan, di samping pemilihan secara kolektif 22 pemimpin baharu IAC, yang diketuai oleh Yang Faming. Sebanyak 372 wakil dari 31 provinsi, wilayah autonomi etnik dan bandar di bawah pimpinan terus kerajaan pusat China telah menghadiri sidang itu.


Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC) China, Yu Zhengsheng telah menemui para pemimpin baharu IAC di Dewan Rakyat di Beijing semalam. Beliau menegaskan bahawa perkembangan agama Islam di China perlu berdasarkan keadaan China, mewarisi dan mengembangkan ajaran agama Islam dengan baik di China, memandu penganut Islam meningkatkan kesedaran terhadap negara, undang-undang dan kewarganegaraan, mencegah pengaruh daripada pelbagai fahaman pelampau dan mengambil tindakan yang relevan bagi mempertahankan perpaduan bangsa, agama dan kestabilan masyarakat.



http://malay.cri.cn/601/2016/11/29/26s166135.htm

Sunday, January 15, 2017

Kereta Api Maglev yang Pertama di Beijing


Kereta api maglev yang pertama diangkut ke Beijing yang bakal dijalankan operasi percubaan di Laluan S1. Wartawan dimaklumi daripada Pejabat Projek Besar Beijing semalam, dengan beroperasinya Laluan S1 secara rasmi menjelang tahun 2017 nanti, perjalanan dari kawasan Mentougou ke stesen Pingguoyuan, kawasan Shijingshan hanya akan memakan masa 20 minit. Ini dilihat amat memudahkan penduduk di sebelah barat bandar raya Beijing.



Kereta api maglev yang pertama diangkut ke Beijing yang bakal dijalankan operasi percubaan di Laluan S1. Wartawan dimaklumi daripada Pejabat Projek Besar Beijing semalam, dengan beroperasinya Laluan S1 secara rasmi menjelang tahun 2017 nanti, perjalanan dari kawasan Mentougou ke stesen Pingguoyuan, kawasan Shijingshan hanya akan memakan masa 20 minit. Ini dilihat amat memudahkan penduduk di sebelah barat bandar raya Beijing.






http://malay.cri.cn/601/2016/12/26/26s166551.htm

Tuesday, January 10, 2017

Guangzhou Duduki Tempat Pertama HDI Bandar China

Menurut laporan Pembangunan Mapan Bandar China 2016: Menilai Pelaburan Ekologi dan Pembangunan Manusia yang dikeluarkan oleh Program Pembangunan PBB (UNDP) baru-baru ini, bandar Guangzhou menduduki tempat pertama ranking bandar China dengan mata pencapaian 0.869 berdasarkan indeks pembangunan manusia (HDI), manakala bandar Beijing, Nanjing, Shenyang, dan Shenzhen masing-masing menduduki tempat kedua hingga tempat kelima.

HDI boleh digunakan untuk menilai tahap kebajikan manusia dalam proses pembangunan mapan.

Pengarah Pejabat UNDP di China, Agi Veres berkata, pelaburan secara berterusan dalam bidang perubatan dan kesihatan, pendidikan dan ekonomi menunjukkan bahawa bandar-bandar utama di China telah mencapai taraf perkembangan negara maju.

Bagaimanapun, beliau juga mengingati bahawa usaha-usaha seumpama itu yang dinilai sebagai pembangunan manusia yang bertaraf tinggi, sudahpun mengorbankan alam sekitar.



http://malay.cri.cn/601/2016/12/05/123s166250.htm

Thursday, January 5, 2017

Jambatan Tertinggi Dunia Dibuka


Menurut portal berita mirror.co.uk, jambatan yang menelan belanja 114 juta pound (RM625.9 juta) itu dibina merentasi Sungai Beipan untuk menghubungkan bandar Xuan­wei di provinsi Yunnan dan Shuic­heng di provinsi Guizhou.



'Tergantung' hampir 565 meter di atas gaung, jambatan yang dikenali sebagai Jambatan Beipanjiang berfungsi untuk mengurangkan masa perjalanan selama hampir empat jam bagi pengguna jalan raya yang bergerak ke dua bandar berkenaan.

Jambatan sepanjang 1.33 kilometer dengan infrastuktur canggih serta empat lorong untuk menampung aliran trafik yang tinggi dalam satu masa itu mengambil masa hampir tiga tahun untuk disiapkan.



http://malay.cri.cn/601/2016/12/31/122s166619.htm