Pages

Monday, May 30, 2011

Wa' z Agama Islam di China


Suruhanjaya Panduan Urusan Agama Islam anjuran Persatuan Islam China ditubuhkan 10 tahun lalu. Ketua Pengarah Persatuan Islam China, Imam Chen Guangyuan berkata, pihaknya telah mencapai kejayaan dalam usaha menjelaskan tentang ajaran Islam kepada orang-orang Islam di China dalam tempoh 10 tahun lalu.

Beliau berkata, "Huraian ajaran juga disebut sebagai Wa'z dalam bahsa Arab yang bermaksud memberikan nasihat kepada orang ramai untuk melakukan pembuatan yang baik. Wa'z atau huraian ajaran agama adalah keperluan perkembangan agama Islam di China pada zaman ini. Kami mengkaji dan menghuraikan tentang ajaran Islam, bagi membangkitkan semangat Islam yang baik di China, mempelajari pemikiran masyarakat Islam antarabangsa yang memboikot idea puak pelampau, memelihara kemurnian agama Islam, serta memastikan agama Islam berkembang di China."


Wa'z termasuklah kandungan mengenai ajaran, fahaman, kesusilaan, etika dan moral, tazkirah, dakwah agama Islam, sejarah dan tamadun Islam, sirah nabi, dan kisah teladan.

Koleksi Ceramah Wa'z Edisi Baru terbitan Suruhanjaya Panduan Urusan Islam China tersebut yang berjumlah 260 ribu perkataan mengandungkan 46 karya dalam bahasa Mandarin dan bahasa Uygur. Sebanyak 800 ribu buah buku ini disumbangkan ke masjid pelbagai tempat di China.


Dalam pada itu, suruhanjaya itu juga aktif bekerjasama dengan pihak luar. Naib Ketua Pengarah Persatuan Islam China, Adiljan Haj Kerim berkata, "Kami beberapa kali melawat negara-negara Islam, seperti Mesir, Maghribi dan Syria, untuk bertukar-tukar pandangan mengenai ajaran Islam dengan sarjana terkenal tempatan."

Menurut beliau, pihaknya juga memperkenalkan usaha Wa'z di China dalam Sidang Agama Islam Antarabangsa, termasuk bagaimana China mewujudkan budaya Islam, mengadakan ceramah Wa'z peringkat kebangsaan, Tilawah al-Quran, dan Program Imam Muda yang bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda Islam berwibawa. Usaha China mendapat sanjungan tinggi tokoh-tokoh agama di luar negara.



http://malay.cri.cn/681/2011/04/27/27s120215.htm

Tuesday, May 24, 2011

Ningxia Giat Mendidik Tenaga Profesional yang Fasih Bertutur dalam Bahasa Arab

(Guru dari Sekolah Pengajian Bahasa Antarabangsa Muslim Ningxia kelihatan sedang memberi kuliah)

Wilayah Autonomi Hui Ningxia merupakan tempat kediaman bagi pelbagai etnik, antaranya, etnik Uygur, Dongxiang, Kazak, Salar, Bao'an dan etnik utamanya, Hui yang beragama Islam. Penduduk etnik Hui berjumlah 2.1 juta orang dan mewakili 36% daripada jumlah keseluruhan penduduk di wilayah itu. Mereka beragama Islam, dan menghantar anak-anaknya ke masjid atau sekolah bahasa Arab untuk belajar bahasa Arab.


(Pelajar-pelajar kelihatan sedang mendengar syarahan dalam bahasa Arab)

Dengan meningkatnya pertukaran antara China dengan negara-negara Arab pada tahun-tahun kebelakangan ini, permintaan tenaga kerja yang mahir berbahasa Arab semakin bertambah. Sehubungan dengan itu, kerajaan Ningxia meningkatkan usaha dalam mendidik tenaga profesional yang fasih bertutur dalam bahsa Arab, dan menggalakkan institusi pengajian tinggi tempatan bekerjasama dengan negara-negara Islam di Asia Barat dalam bidang ini.



(Pelajar-pelajar kelihatan sedang membaca buku teks dalam bahasa Arab)

Sekarang, ramai penterjemah bahasa Arab yang dilatih di Ningxia bukan sahaja bertugas di bandar-bandar di China, malah bertugas di luar negara terutama negara-negara Asia Barat. Ada yang menubuhkan syarikat sendiri untuk berurus niaga dengan saudagar dari negara-negara Arab.


(Pelajr-pelajar kelihatan sedang membaca al-Quran)

Sekolah Pengajian Bahasa Antarabangsa Muslim Ningxia yang ditubuhkan pada tahun 2007, kini sudah mendidik dan mengasuh kira-kira 400 orang pelajar yang menguasai bahasa Arab. Antaranya 24 orang telah mengambil kerja di negara-negara Arab, 67 orang melanjutkan pengajian di Mesir dan lebih 200 orang bekerja di bandar Guangzhou dan Yiwu, China.



http://malay.cri.cn/681/2011/03/30/27s119307_1.htm

Wednesday, May 18, 2011

Jin Meihua, Imam Wanita China


Jin Meihua, salah seorang imam wanita dari Wilayah Autonomi Hui Ningxia China. Etnik Hui adalah salah satu etnik minoriti yang jumlah penduduknya teramai di China. Etnik Hui di merata tempat di China beragama Islam. Wilayah Autonomi Hui Ningxia mempunyai jumlah penduduk etnik Hui yang paling ramai, wilayah itu dikenali sebagai kampung halaman etnik Hui.


Jin Meihua yang berjaya menjadi imam pada tahun 1996, kini merupakan imam wanita di Masjid Besar Wunan, di bandar Wuzhong. "Sebagai seorang wanita, saya tetap ingin menjadi seorang imam. Saya berharap agar mengubah pandangan tradisional yang kolot dan mengejar impian saya sendiri, iaitu menjadikan golongan wanita mengenali dan memahami agama Islam dengan lebih tepat dan menyeluruh." Katanya.


Menjadi seorang imam wanita bukan perkara yang mudah. Pada mulanya, anggota keluarga Jin Meihua tidak memberikan sokongan kepadanya. Tidak tahun betapa menyedihkannya seandainya impian itu tidak dapat diwujudkan. Kemudian, suaminya berjaya diyakinkan dan secara inisiatif meminta bantuan kepada imam di Masjid Besar Wunan sehingga Jin Meihua menjadi satu-satunya pelajar wanita di masjid itu.


Selepas menjadi seorang imam wanita, Jin Meihua rajin menunaikan kewajipannya. Beliau memberikan kuliah bahasa Arab kepada lebih 100 orang penganut wanita pada pukul 8.00 hingga 10.00 setiap pagi.


Selain mengajar asas bahasa Arab, Jin Meihua juga mengajarakan para pelajara wanita melafazkan kitab. Selepas kuliah, beliau masih tidak dapat balik ke rumah kerana beliau perlu menjawab pertanyaan pelajar-pelajarnya.


"Walaupun demikian, saya juga ada masa untuk membuat rumah tangga jika rajin, cuma tiada masa menjaga cucu. Tetapi semua anggota keluarga memberikan persefahaman dan sokongan kepada saya." katanya.



http://malay.cri.cn/681/2011/03/15/27s118865_1.htm

Thursday, May 12, 2011

Bekalan Elektrik di Kawasan Bencana Sichuan Dinaik Taraf


Bekalan elektrik, struktur grid dan peralatan teknikal di kawasan bencana Sichuan dinaik taraf dan adalah lebih baik daripada sebelum gempa bumi berlaku. Ini berikutan siap terbinanya 27 pencawang elektrik dan litar sepanjang 1200 kilometer dengan kapasiti melebihi 35 kilovolt. Projek pembangunan semula itu melibatkan kos sebanyak 14 bilion yuan pelaburan.

Syarikat Tenaga Elektrik Sichuan menyatakan demikian sempena ulang tahun ke-3 terjadinya gempa bumi Wenchuan di China.



 http://malay.cri.cn/601/2011/05/12/101s120723.htm

Friday, May 6, 2011

Hong Kong Tersenarai 10 Destinasi Terbaik Dunia


Hong Kong merupakan satu-satunya bandaraya di Asia yang terpilih sebagai 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia bagi tahun 2011. Turut disenaraikan, Cape Town, Paris, New York dan Rom.

Senarai itu dikeluarkan hasil kaji selidik laman sesawang Trip Advisor.


Jutaan pengundi memberikan sokongan kepada Hong Kong kerana selain mempunyai pemandangan malam yang menakjubkan, para pelancong juga boleh menikmati keenakan makanan dan keseronokan membeli-belah.



http://malay.cri.cn/601/2011/05/06/27s120523.htm