Pages

Wednesday, May 18, 2011

Jin Meihua, Imam Wanita China


Jin Meihua, salah seorang imam wanita dari Wilayah Autonomi Hui Ningxia China. Etnik Hui adalah salah satu etnik minoriti yang jumlah penduduknya teramai di China. Etnik Hui di merata tempat di China beragama Islam. Wilayah Autonomi Hui Ningxia mempunyai jumlah penduduk etnik Hui yang paling ramai, wilayah itu dikenali sebagai kampung halaman etnik Hui.


Jin Meihua yang berjaya menjadi imam pada tahun 1996, kini merupakan imam wanita di Masjid Besar Wunan, di bandar Wuzhong. "Sebagai seorang wanita, saya tetap ingin menjadi seorang imam. Saya berharap agar mengubah pandangan tradisional yang kolot dan mengejar impian saya sendiri, iaitu menjadikan golongan wanita mengenali dan memahami agama Islam dengan lebih tepat dan menyeluruh." Katanya.


Menjadi seorang imam wanita bukan perkara yang mudah. Pada mulanya, anggota keluarga Jin Meihua tidak memberikan sokongan kepadanya. Tidak tahun betapa menyedihkannya seandainya impian itu tidak dapat diwujudkan. Kemudian, suaminya berjaya diyakinkan dan secara inisiatif meminta bantuan kepada imam di Masjid Besar Wunan sehingga Jin Meihua menjadi satu-satunya pelajar wanita di masjid itu.


Selepas menjadi seorang imam wanita, Jin Meihua rajin menunaikan kewajipannya. Beliau memberikan kuliah bahasa Arab kepada lebih 100 orang penganut wanita pada pukul 8.00 hingga 10.00 setiap pagi.


Selain mengajar asas bahasa Arab, Jin Meihua juga mengajarakan para pelajara wanita melafazkan kitab. Selepas kuliah, beliau masih tidak dapat balik ke rumah kerana beliau perlu menjawab pertanyaan pelajar-pelajarnya.


"Walaupun demikian, saya juga ada masa untuk membuat rumah tangga jika rajin, cuma tiada masa menjaga cucu. Tetapi semua anggota keluarga memberikan persefahaman dan sokongan kepada saya." katanya.



http://malay.cri.cn/681/2011/03/15/27s118865_1.htm

1 comment:

  1. contoh wanita trbaik utk dijadikan ikutan oleh para muslimat..:)

    ReplyDelete