Pages

Sunday, November 29, 2015

China, Malaysia Eratkan Hubungan Ketenteraan


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ditemui ahli Dewan Negara merangkap Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan di Kuala Lumpur semalam.

Najib berkata, pertemuan antara pemimpin Malaysia dengan China semakin kerap diadakan, kerjasama kedua-dua negara dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kewangan dan sosiobudaya perlu dipergiat dan hubungan bilateral mesti terus diperkukuh.

Najib menyatakan harapan agar pihak tentera Malaysia dan China terus meningkatkan pertukaran dan kerjasama peringkat tinggi bagi menggalakkan perkembangan hubungan pertahanan kedua-dua negara. Menurut beliau, pembangunan negara anggota ASEAN bergantung pada keamanan dan kestabilan serantau. Malaysia berusaha mendorong pembinaan mekanisme kerjasama serantau.

Chang Wanquan berkata, China bersedia untuk melaksanakan persepakatan yang telah dicapai pemimpin kedua-dua negara, menggalakkan pertukaran dan kerjasama tentera dan memperkukuh perkongsian strategik yang komprehensif China-Malaysia.
China berusaha mengamalkan dasar luar, iaitu "keakraban, keikhlasan, saling menguntungkan dan toleransi" yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping, membangunkan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN dan memelihara keamanan dan kestabilan serantau.



http://malay.cri.cn/901/2015/11/04/101s159495.htm

Tuesday, November 24, 2015

Separa Maraton di Tasik Hongze


Separa Maraton Antarabangsa Tasik Hongze diadakan di bandar Huaian, provinsi Jiangsu pada 1 November lalu. Perlumbaan itu disertai oleh hampir 1,000 peminat maraton dengan berlari menyusuri tebing Tasik Hongze.


Separa Maraton Antarabangsa Tasik Hongze diadakan di bandar Huaian, provinsi Jiangsu pada 1 November lalu. Perlumbaan itu disertai oleh hampir 1,000 peminat maraton dengan berlari menyusuri tebing Tasik Hongze.



http://malay.cri.cn/601/2015/11/04/21s159491_1.htm

Thursday, November 19, 2015

China dan Perancis Buka Lembaran Baharu dalam Hubungan Kerjasama


Presiden China, Xi Jinping ditemui rakan sejawatnya dari Perancis, François Hollande di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam. Pemimpin kedua-dua negara menyanjung tinggi perkembangan hubungan dua hala dan bersetuju untuk membuka lembaran baharu dalam menjalin kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua negara.


Xi berkata, China menghargai dan mendukung usaha Perancis mengadakan persidangan perubahan iklim di Paris. China berharap agar pihak tuan rumah terus memainkan peranan sebagai penyelaras dan mendorong pencapaian yang eksklusif dan seimbang dalam persidangan tersebut.


Setelah pertemuan tersebut berakhir, pemimpin kedua-dua negara menandatangani kenyataan bersama China dan Perancis mengenai perubahan iklim dan menyaksikan penandatanganan beberapa dokumen kerjasama antara kerajaan dan antara syarikat dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kewangan, sumber tenaga, perlindungan alam sekitar dan sosiobudaya.



http://malay.cri.cn/601/2015/11/03/101s159462.htm

Saturday, November 14, 2015

Pesawat C919 Buatan China Berjaya Dikeluarkan

Pesawat C919, pesawat pertama yang hak harta inteleknya dimiliki oleh China berjaya dikeluarkan hari ini. Pesawat tersebut akan digunakan dalam penerbangan laluan utama komersial.




Pesawat penumpang COMAC 919 atau singkatannya C919 mula dibina pada November 2008. Bahagian pesawat mula disambungkan pada 19 September 2014 dan dikeluarkan hari ini.







Menurut laporan, 517 buah pesawat C919 telah ditempah oleh 21 syarikat penerbangan setakat ini. 135 buah antaranya ditempah oleh tujuh buah syarikat penerbangan domestik, manakala 17 buah ditempah oleh dua syarikat penerbangan luar negara dan 365 buah lagi ditempah oleh 12 syarikat pemajakan kewangan dari dalam dan luar negara.



http://malay.cri.cn/601/2015/11/02/27s159443.htm

Monday, November 9, 2015

Presiden Xi Hadiri Majlis Perasmian Sidang Tahunan Institut Konfusius Britain


Presiden China, Xi Jinping yang membuat lawatan rasmi di Britain menghadiri majlis perasmian Sidang Tahunan Institut Konfusius dan Bilik Darjah Konfusius Britain di London pada 22 Oktober waktu tempatan.



Presiden Xi dalam ucapan berkata, beliau merasa sangat gembira berikutan begitu banyak guru mengajar dan pelajar mempelajari bahasa Mandarin di Britian, terutamanya begitu banyak pelajar Britaiin berminat terhadap bahasa dan budaya China.



Xi menegaskan, sebagai jendela dan jambatan pertukaran bahasa dan budaya antara China dengan negara asing, Institut Konfusius dan Bilik Darjah Konfusius memainkan peranan yang proaktif bagi rakyat pelbagai negara di dunia untuk belajar dan memahami kebudayaan China.



Beliau menambah, kini, Britain telah menubuhkan 29 buah Institut Konfusius dan 126 buah Bilik Darjah Konfusius yang angka tersebut menduduki tempat pertama di Eropah. Institut Konfusius diharap terus menyebarkan budaya demi kepelbagaian tamadun dunia.





http://malay.cri.cn/601/2015/10/23/241s159302.htm