Pages

Friday, May 21, 2010

Abddul Rahman Na Zhong, Tokoh Islam yang Terkenal di China



Profesor Abddul Rahman Na Zhong yang berketurunan etnik Hui dilahirkan di Pekan Nagu Kaunti Tonghai Provinsi Yunnan China pada bulan Februari tahun 1910. Beliau merupakan pakar sejarah Arab, ahli pendidikan bahasa Arab dan ulama terkenal di China.

Setelah tamat daripada Sekolah Bahasa China-Arab Peringkat Tinggi Kunming pada tahun 1929, Na Zhong berkhidmat sebagai pengunting akhbar "Utusan Islam". Beliau menulis sejumlah besar rencana yang menonjolkan ajaran Islam dan budaya di Arab dalam akhabar Islam tersebut.

Bermula pada tahun 1931 hingga tahun 1940, Na Zhong melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam, bahasa Arab, sejarah dan kebudayaan Arab di Universiti Al-Azhar di Mesir.


Pada tahun 1932, Na Zhong menterjemahkan banyak karya Islam yang berbahasa Arab ke bahasa Mandarin. Karya-karya tersebut termasuklah "Agama Islam", "Tamadun Islam dan Arab" dan lain-lain.

Pada tahun 1936, Na Zhong memperoleh ijazah sarjana daripada Universiti Al-Azhar Mesir.

Setelah Na Zhong pulang ke tanah air pada tahun 1940, beliau menyandang jawatan Pengetua Sekolah Menengah Mingde Yunnan merangkap Ketua Editor akhbar "Utusan Islam".

Bermula pada bulan Februari tahun 1943, Profesor Na Zhong menyandang jawatan sebagai profesor atau dekan di Universiti Nanjing, Universiti Yunnan, Institut Hubungan Luar Beijing dan Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing. Dalam tempoh tersebut, Profesor Na Zhong telah menerbitkan atau menterjemahkan lebih 20 karya tentang agama Islam dan bahasa Arab.

Pada tahun 1961 dan tahun 1991, Profesor Na Zhong telah dua kali menerima anugerah sebagai guru cemerlang di Beijing. Pada tahun 1991, Profesor Na Zhong dianugerahkan sebagai pakar atas sumbangan besarnya terhadap pendidikan peringkat tinggi oleh Dewan Negara China. Beliau juga telah diberikan subsidi khas sebagai seorang pakar terkenal oleh kerajaan China.


Jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh Profesor Na Zhong termasuklah Ahli Akademi di Universiti Yunnan, Institut Hubungan Luar Beijing dan Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing. Beliau juga turut menjadi Pengerusi Persatuan Pengajian Sejarah Afrika China, ahli akademi Institut Pengajian Sejarah Dunia dan Institut Pengajian Asia Barat dan Afrika Akademi Sains Sosial China. Selain itu, beliua juga merupakan Anggota Persatuan Akademi Bahasa Arab Damsyik, Syria. Anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China, Anggota tetap dan penasihat Persatuan Agama Islam China dan lain-lain.

Hasil-hasil karya dan terjemahan Profesor Na Zhong termasuklah "Sejarah Arab" yang diterbitkan pada tahun 1997, "Sejarah Kebudayaan Negara-Negara Islam" yang diterbitkan pada tahun 1948, "Kebudayaan Islam" yang diterbitkan pada tahun 1941, "Sejarah Moden Mesir" edisi bahasa Mandarin dan edisi bahasa Arab pada tahun 1963, "Selayang Pandang Masyarakat Yemen pada tahun 1975, "Kesenian Iraq" pada tahun 1962 dan banyak lagi.



Pada bulan March 1943, Profesor Na Zhong menyampaikan kuliah bahasa Arab di Universiti Pusat dan menjadi penyunting buku teks bahasa Arab untuk institusi pengajian tinggi yang pertama di China.
Pada tahun 1945, Profesor Na Zhong menyampaikan kuliah sejarah dan kebudayaan Islam di negara Arab di universiti tersebut.

Profesor Na Zhong menubuhkan jurusan pengajian bahasa Arab di Institut Hubungan Luar Beijing pada tahun 1962. Beliau berusaha mendidik ramai tenaga profesional di institut berkenaan.

Pada tahun 1962, Profesor Na Zhong menubuhkan jurusan bahasa Arab di universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing. Buku teks bahasa Arab yang disunting oleh beliau sangat terkenal dalam bidang pengajian bahasa Arab di China.

Profesor Na Zhong telah memberikan sumbangan besar dalam usaha meningkatkan hubungan persahabatan dan pertukaran akademi antara China dengan negara-negara Arab.

Ketika menyertai "Persidangan Ulama Islam Antarabangsa" yang berlangsung di Islamabad Pakistan pada tahun 1983, Profesor Na Zhong membentangkan kertas kerja akademik yang bertajuk "Pengaruh Agama Islam terhadap Kebudayaan Dunia".

Pada tahun yang sama, Profesor Na Zhong telah mengadakan lawatan ke Malaysia dan telah menyampaikan ceramah di Institut Islam Negara. Beliau memperkenalkan sejarah, adat resam dan keadaan kehidupan penganut Islam China kepada saudaraIslam di Malaysia.

1 comment: