Pages

Saturday, April 30, 2011

Masjid Huaisheng Guangzhou


Masjid Huaisheng yang dibina pada tahun 627, iaitu pada zaman Dinasti Tang merupakan salah sebuah masjid yang awal dibina setelah agama Islam tersebar di tanah besar China.

"Huaisheng" bermaksud peringatan Nabi dalam bahasa Mandarin. Nama ini diberikan sebagai memperingati pengasas ajaran Islam, Nabi Muhammad.

Masjid ini mempunyai keluasan kira-kira 3,200 meter persegi. Seni bina bangunan masjid ini menggabungkan unsur klasik China dan ciri-ciri Arab. Ketika memasuki pintu masjid ini, terdapat bangunan bernama Bangunan Menikmati Bulan. Walaupun bangunan yang dibina semula pada tahun 1695 ini tidak berapa besar, tetapi ia kelihatan begitu cantik jika dilihat dari jauh. Dua serambi yang panjang terletak di kedua-dua belah Bangunan Menikmati Bulan. Di dalamnya terdapat kira-kira 10 buah batu bersurat yang mencatatkan sejarah Masjid Huaisheng.

Berhampiran dengan dewan sembahyang yang menghadap ke arah tanah suci Mekah ialah bilik simpanan kitab. Ia disediakan untuk menyimpan pelbagai salinan Al-Quran.

Selain itu, terdapat sebuah Menara Bercahaya setinggi 36.3 meter berdiri tegak di bahagian barat daya halaman masjid tersebut. Badan menara ini berbentuk bulat bujur manakala bahagian atasnya tajam. Sehubungan dengan itu, Masjid Huaisheng juga dipanggil masjid Guangta oleh penduduk tempatan.

Pejabat-pejabat Persatuan Islam Guangzhou juga terletak dalam masjid tersebut.


Add: No.56, Jalan Guangta, Daerah Yuexiu, Guangzhou

Tel: +86-20-83333593

Panduan perjalanan ke Masjid Huaisheng, Guangzhou:

Subway Line 1 (Stesen Ximenkou)

Bus No.58、56、233、286、250、102 (Stesen Jalan Guangta atau Jalan Chaotian)

Sunday, April 24, 2011

Hu Jintao Kunjungi Universiti Tsinghua


Presiden China, Hu Jintao mengunjungi, Universiti Tsinghua sempena ulang tahun ke-100 tertubuhnya.
Beliau melawat pameran sejarah dan pameran jayaan hasil penyelidikan sains Universiti Tsinghua.
Beliau berharap agar universiti itu terus maju bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pengajian sains supaya muncul sebagai universiti terkemuka di dunia.



http://malay.cri.cn/601/2011/04/21/27s120002.htm

Monday, April 18, 2011

25 Negara Sertai Pertandingan Layang-layang Sedunia di Weifang


Pertandingan Layang-layang Sedunia kali ke-7 dirasmikan di bandar Weifang, provinsi Shandong, China. Skuad layang-layang dari 25 buah negara dan kawasan, termasuk Malaysia, Jepun, Republik Korea, Australia, A.S. menyertai pertandingan dua hari ini.


Menurut pihak penganjur, peraturan pertandingan anjuran Jabatan Pentadbiran Am Negara China ini mengikut syarat yang ketat di peringkat antarabangsa.



http://malay.cri.cn/601/2011/04/18/27s119874.htm

Tuesday, April 12, 2011

Cawangan CRI di Armenia


Radio Antarabangsa China CRI melebarkan sayapnya di Armenia menjadikan operasinya di Eravan, cawangan yang ke 56 di seberang laut.

Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang sedang melawat negara itu, Li Changchun dan Perdana Menteri Armenia, Tigran Sarkisyan menghadiri upacara perasmian itu.

Presiden CRI, Wang Gengnian menyatakan bahawa Radio CRI FM106.5 di Armenia akan menyiarkan maklumat ekonomi, politik dan budaya dari China.



http://malay.cri.cn/601/2011/04/13/26s119710.htm

Wednesday, April 6, 2011

Kawasan Makam Kuno Pendakwah Islam Guangzhou


Lebih 40 orang pendakwah Islam yang terkemuka termasuk Allahyarham Abu Wagas dikebumikan dalam Kawasan Makam Kuno Pendakwah Islam Guangzhou. Kawasan makam ini sudah bersejarah selama lebih 1,300 tahun.


Allahyarham Abu Wagas datang ke Guangzhou untuk menyebarkan agama pada zaman Dinasti Tang (iaitu kira-kira tahun 626).



Sebuah dewan sembahyang yang baru telah siap dibina dalam kawasan makam tersebut. Dewan sembahyang yang dapat menampung 3,000 jemaah ini akan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan bagi umat Islam dari pelbagai negara Asia sempena Sukan Asia ke-16 yang berlangsung di Guangzhou.