Pages

Friday, February 24, 2017

China Jadi Negara Pengeluar Emas Terbesar


Menurut statistik terkini Persatuan Emas China, China telah menjadi negara pengeluar emas terbesar dunia selama 10 tahun berturut-turut dan merupakan negara pengguna emas terbesar dunia selama 4 tahun berturut-turut.

Emas yang dihasilkan di China pada tahun 2016 telah mencatat 453.486 tan, meningkat 3.434 tan, iaitu kira-kira 0.76 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Selain itu, jumlah penggunaan emas di seluruh negara pula mencecah 975.38 tan pada tahun 2016, susut 6.74 peratus berbanding tahun 2015.

Memandangkan ekonomi global yang tidak stabil pada masa ini, penggunaan emas sebagai mata wang semakin menonjol dan memainkan peranan yang tidak dapat diganti dalam mengekalkan kestabilan kewangan dan keselamatan ekonomi negara.



http://malay.cri.cn/601/2017/01/26/122s166961.htm

Sunday, February 19, 2017

Pesta Ais dan Salji di Dalian


Pesta Salji dan Ais Laohutan 2017 dirasmikan di Taman Laut Laohutan Dalian, China pada 20 Januari lalu.

Pihak penganjur menyediakan pelbagai acara yang menarik untuk para pelancong.

Pelbagai spesies burung penguin akan mengadakan persembahan.

Pelancong boleh mendekati burung penguin di "kampung kutub selatan" dalam pesta tersebut.

Pesta kali ini akan berakhir pada 12 Februari.



http://malay.cri.cn/601/2017/01/24/41s166926.htm

Tuesday, February 14, 2017

Lif Menara Shanghai Terpantas Dunia


Perkhidmatan lif Menara Shanghai, China dilaporkan menerima pengiktirafan daripada Guinness World Record baru-baru ini kerana kelajuannya yang luar biasa.

Mail Online melaporkan, lif tersebut dikatakan mampu berge­rak pada kelajuan hingga 69 kilometer sejam dan sampai ke puncak menara setinggi 632 meter itu dalam masa 53 saat.

Pengiktirafan yang diberikan kepada perkhidmatan lif di Menara Shanghai itu juga membuktikan bahawa teknologi lif yang terdapat di Asia kini jauh lebih hebat berbanding tempat lain di dunia.

Data semasa turut menunjukkan, tujuh daripada sembilan perkhid­matan lif terpantas dunia terhadap di Asia, empat daripadanya berada di China.

Sumber dari Utusan Online



http://malay.cri.cn/601/2017/01/07/122s166712.htm

Thursday, February 9, 2017

5.43 juta Orang di Yunnan Atasi Kemiskinan


Taraf hidup penduduk di Yunnan, China meningkat dengan ketara dalam tempoh lima tahun yang lalu. Menurut statistik, 5.43 juta orang penduduk di kawasan desa provinsi itu dibantu mengatasi kemiskinan dalam tempoh empat tahun yang lalu. Pembinaan semula pasca bencana di beberapa kawasan termasuk Ludian dan Jinggu dijalankan dengan berjaya.

Walau bagaimana pun, provinsi Yunnan tetap menghadapi beberapa cabaran dan kesulitan seperti pembangunannya kurang seimbang dan masih wujud jurang perbezaan yang besar sepanjang proses pembangunan. Pihak berkuasa provinsi itu berikrar agar mengekalkan usaha membasmi kemiskinan dan mengambil pelbagai langkah yang tertumpu pada rumah kediaman, pendidikan, kesihatan, kewangan dan prasarana.



http://malay.cri.cn/601/2016/12/20/41s166465.htm

Saturday, February 4, 2017

Lebih 2 Juta Pokok Ditanam di Sansha 2016


Menurut maklumat pihak berkuasa bandar Sansha China, bandar itu sentiasa mengutamakan amalan menghijaukan pulau dan terumbu.

Oleh itu, sebanyak lebih 2 juta pokok telah ditanam pada tahun 2016, dengan 85 peratus daripadanya tumbuh dengan baik.

Amalan menghijaukan pulau dan terumbu adalah masalah yang sentiasa wujud.
Bandar Sansha telah mengundang pakar ke bandar itu untuk membuat tinjauan dan telah memilih lebih 30 spesies pokok yang sesuai untuk ditanam di pulau dan terumbu di sana.

Selain itu, kerajaan Sansha telah memasang mesin penyahmasinan, sistem penyimpanan air hujan dan kemudahan lain untuk mengatasi masalah kekurangan air tawar di bandar itu.



http://malay.cri.cn/601/2017/01/16/26s166820.htm